Anda di halaman 1dari 11

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KECERGASAN FIZIKAL (KOORDINASI) KBSR TAHUN EMPAT

Mata Pelajaran Tujang Tajuk Sub tajuk / Kemahiran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid

: : : : : : : :

Pendidikan Jasmani Kecergasan Kecergasan Fizikal Koordinasi 26 JUN RANCANGAN 2013 PENGAJARAN HARIAN 8.10 pagi 9.10 pagi 4 Maju L 20 P 20

Golek dan tangkap bola berpasangan

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: Psikomotor 1. menggolek bola ke arah sasaran yang statik, serta menangkap bola yang digolek dari pelbagai arah pada jarak sekurangkurangnya 3 meter dengan adanya penghalang. Kognitif 1. menyatakan masa, arah dan kepada siapa bola digolek dalam aktiviti-aktiviti di bahagian perkembangan. 2. menyatakan tujuan menggolek dan menangkap bola semasa bermain permainan bersyarat di bahagian kemuncak. Afektif 1. menunjukkan perasaan seronok melalui sorakan dan mimik muka. 2. menghargai usaha dan keupayaan diri dan rakan menerusi interaksi semasa melakukan aktiviti.

Penerapan nilai Kemahiran berfikir Strategi utama

: : :

Memberi kerjasama kepada rakan dan guru. Membuat ramalan dan memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Kontekstual

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahan Sumber P & P Skitel besar Skitel kecil Bola besar (Fitball) Papan tanda berwarna Dadu lalu lintas Bilangan 8 32 4 3 4 Bahan Sumber P & P Tag simbol lalu lintas Bola getah Radio Kad merah Papan skor Bilangan 40 40 1 1 1

Bahagian/ Masa Permulaan ( 7 minit )

Aktiviti 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Lampu Isyarat

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.

Catatan

Fokus Pembelajaran Memanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri. Organisasi Kelas Guru memperkenalkan warna-warna lampu isyarat. Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan. Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna hijau dipamerkan, murid-murid mula berlari anak bebas dalam kawasan aktiviti. Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna kuning dipamerkan, murid-murid mula berhenti berlari, berdiri kaki kangkang dan mengangkat tangan ke atas. Apabila wisel ditiup dan papan tanda merah dipamerkan, murid-murid segera membongkok. Aktiviti diulang beberapa kali dalam masa 3 minit.

Ciri Strategi : Menghubungkait (Relating)

BSPP: 1. Skitel besar 2. Papan tanda berwarna (Hijau, Kuning dan Merah) 3. Wisel

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkaraperkara berikut: a. mewujudkan kesediaan diri. b. mematuhi lampu isyarat jalan raya

Murid-murid berlari bebas

Murid-murid berdiri kaki kangkang dan mengangkat tangan

Murid-murid membongkok

Bahagian/ Masa Perkembangan ( 20 minit )

Aktiviti Aktiviti 1 Polis Trafik

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Fokus Pembelajaran Menggolek bola ke arah sasaran yang statik. Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan perlu menggantungkan tag simbol lalu lintas pada tengkok masing-masing. Antara simbol lalu lintas adalah seperti berikut: i. Berhenti ii. Kanak-kanak Melintas Jalan iii. Dilarang Masuk iv. Dilarang Memotong v. Dilarang Berpusing Balik vi. Dilarang Meletak Kenderaan Murid-murid berdiri dalam bentuk bulatan besar, menghadap skitel besar. Setiap murid dibekalkan sebiji bola.

Catatan Ciri Strategi Mengalami (Experiencing) BSPP 1. Skitel besar 2. Bola getah 3. Dadu Lalu Lintas

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan menggolek bola ke arah sasaran pada jarak tertentu. situasi semasa menggolek bola dengan memberi fokus kepada bila dan arah bola digolek, serta daya yang diaplikasikan semasa menggolek bola.

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Salah seorang daripada murid-murid diberi peranan sebagai polis trafik. Polis Trafik menggolekkan dadu lalu lintas. Murid-murid yang memakai tag simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke atas, akan menggolekkan bola ke arah skitel besar. Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit. Murid-murid secara bergilir memainkan peranan sebagai Polis Trafik.

BSPP/ Catatan

Aktiviti 2 Traffic Jam

Fokus Pembelajaran Menangkap bola yang digolek dari pelbagai arah. Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Kedudukan murid-murid seperti di dalam gambar rajah. Setiap kumpulan dibekalkan sebiji bola besar (Fitball). Apabila muzik dimainkan, murid-murid dikehendaki menggolekkan bola besar mengikut arah lawan jam kepada rakan di sebelah kanan. Apabila muzik diberhentikan, murid yang memperolehi bola besar bertindak dengan pantas untuk menggolek bola tersebut ke arah rakan-rakan di zon menangkap. Murid-murid yang berada di zon menangkap akan bergerak ke pelbagai arah untuk menangkap bola besar. Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing) BSPP 1. Skitel besar 2. Skitel kecil 3. Bola besar (Fitball) 3. Radio Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan menggolek bola tepat pada sasaran pada jarak tertentu. situasi semasa menangkap bola dengan memberi fokus kepada arah bola digolek, serta koordinasi mata dan tangan.

Kemuncak ( 20 minit )

Saman

Fokus Pembelajaran Permainan bersyarat Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan (Hijau dan Kuning) Kawasan permainan dibahagikan kepada tiga iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Zon A dan C mengandungi dua orang pemain Hijau dan dua orang pemain Kuning. Zon B pula mengandungi empat orang pemain Hijau dan empat orang pemain Kuning. Murid-murid mula menggunakan kemahiran menggolek bola besar kepada rakan sepasukan serta menangkap bola besar semasa menerima bola besar daripada rakan sepasukan. Pasukan akan memperolehi mata apabila bola digolek melepasi pintu yang ditandakan dua skitel kecil. Pasukan akan memperolehi kad merah (saman) dan mata yang telah diperolehi akan terbatal apabila bola digolek melalui pintu yang tertutup.

Ciri Strategi Memindahkan (Transfering)

BSPP 1. Bola besar (Fitball) 2. Skitel besar 3. Skitel kecil 4. Kad merah 5. Papan skor

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat memindahkan: kemahiran menggolek bola ke arah sasaran pada jarak tertentu serta menangkap bola yang digolek dari pelbagai arah. kemahiran yang dikuasai dalam situasi permainan bersyarat berkomunikasi dengan rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

ZON A

ZON B

ZON C

Bahagian/ Masa Penutup ( 13 minit )

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan Ciri Strategi Menghubungkait

Speed Trap

Fokus Pembelajaran Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan. Organisasi Kelas Murid-murid berbaris dalam kumpulan (Empat orang setiap kumpulan). Setiap murid memakai tag simbol lalu lintas. Dengan iringan muzik, murid-murid berjalan mengikut laluan yang disediakan sambil memegang bahu rakan di hadapan. Empat orang murid dilantik sebagai polis trafik. Keempat-empat Polis Trafik berdiri di lokasi yang ditetapkan sambil memegang dadu lalu lintas. Polis Trafik akan menggolekkan dadu lalu lintas apabila kumpulan murid-murid tiba di lokasi berkenaan. Murid yang memakai simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke atas, dikehendaki keluar dari kumpulan. Murid yang terkeluar dari kumpulan dikehendaki mengambil alih peranan sebagai Polis Trafik Aktiviti diteruskan selama 3 minit.

(Relate)
BSPP 1. Skitel besar 2. Dadu lalu lintas 3. Radio Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai: kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan. had kelajuan semasa di jalan raya

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan kemahiran yang dipelajari.

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran

lrm/pjk/2013

Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu dan bercapah mengenai koordinasi mata dan tangan di dalam aktiviti. Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut: i. Apakah alat yang anda gunakan untuk menggolek tadi? ii. Kenapa bola boleh digolek? iii. Kenapa anda menggolek bola besar tadi? iv. Ke manakah bola besar tadi digolek? v. Kenapa anda bergerak ke pelbagai arah untuk menagkap bola besar tadi? v. Apa yang perlu anda lakukan semasa menangkap bola besar tadi? vi. Kenapa anda dilarang menggolek bola ke arah pintu yang ditutup dengan skitel? vii. Apa yang berlaku apabila anda melanggar peraturan permainan tadi? viii.Kalau di jalan raya, apa yang anda terima daripada Polis Trafik sekiranya anda tidak mematuhi peraturan jalan raya? Isi pelajaran mengenai koordinasi mata dan tangan dihuraikan.

Anda mungkin juga menyukai