Murid yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh masa yang panjang/lama atas sebab kesihatan:
1. Mendapatkan surat doktor kerajaan/laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit. 2. Melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah.Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. 3. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah 4. Skor bagi komponan Pentaksiran Pusat akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.
Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerajaan yang lain.
Pihak sekolah lama murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: 1. Memastikan evidens PBS murid berkenaan telah diserahkan kepada murid berkenaan atau ke sekolah baru. 2. Mengemaskini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut. 3. Pengetua/ Guru Besar sekolah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS Pejabat Pelajaran Daerah dan Pegawai PBS Jabatan Pelajaran Negeri.
Murid yang bertukar dari sekolah kerajaan ke sekolah kerajaan yang lain
Pihak sekolah baru murid hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: 1. Mendapatkan surat rasmi dari sekolah lama murid yang menyatakan sebab-sebab PBS tidak dapat dijalankan dan murid tiada skor. 2. Melaksanakan PBS untuk murid berkenaan jika skor semasa murid tidak dapat dikesan/diterima bagi komponan Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.Bagi komponan Pentaksiran Pusat, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Harapan dan Sekolah Integriti) :
Pihak yang bertanggungjawab ke atas murid berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
1. Tiada sebarang pengecualian terhadap murid berkenaan dalam pelaksanaan PBS. 2. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisma yang sesuai. 3. Kaedah pelaksanaan PBS tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.Memfailkan semua keputusan mesyuarat JK PBS Sekolah. 4. Memohon untuk mendapatkan makluman bagi membuat tindakan lain yang dianggap sesuai dari Pengarah Peperiksaan bagi melaksanakan Pentaksiran Pusat untuk murid berkenaan.