Anda di halaman 1dari 3

© Muhammad Firdaus bin Ariff

Gapura Dimensi
CERN, Geneva, Switzerland

Salam melemparkan pandangan ke pergunungan Jura. Mengambil udara segar,


merehatkan diri setelah berminggu-minggu bertungkus-lumus di dalam makmal.

Ma Yu mampir, mengambil tempat di sebelahnya menghenyak rumput-rumput.


Rambutnya yang tidak terurus diselindung di bawah kufi. Di tangannya ada komputer
bimbit.

“Bagaimana, sudah selesai perkiraanmu terhadap persaamaan itu?”

Komputer bimbit dibuka dahulu sebelum menjawab. “Sudah, semuanya ada dalam
komputer ini. Jumlah tenaga yang diperlukan telah ditentukan, begitu juga dengan
konfigurasi gerbang.”

“Bagus, dengan itu kita boleh memulakan eksperimen kita. Moga-moga kita dapat
membuka laluan ke dimensi lain.”

“Kau sudah jumpa laluan yang sesuai untuk membuka laluan itu?”

Salam angguk. Dia menerangkan bahawa bacaan menunjukkan ada satu dimensi yang
tidak stabil antara dimensi ini dan dimensi yang satu lagi. Tahap tenaga yang tidak stabil
itu menyebabkan dimensi itu musnah dan membentuk wormhole. Wormhole itu akan
digunakan sebagai jambatan untuk ke dimensi yang satu lagi.

“Bagaimana pula ada dimensi yang tidak stabil? Sedangkan dimensi lain boleh
berkembang dan memuatkan alam seperti dunia kita ini?”

“Mengikut teori Dr. Andrei Linde, perkara itu terjadi kerana tahap tenaga dalam dimensi
itu tidak melepasi satu tahap kritikal. Setelah itu, barulah dimensi itu boleh berkembang
dan menampung kehidupan.”

Ma Yu lantas mengalunkan ayat al-Quran yang bermaksud. “Dan langit itu Kami bangun
dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.”

Senyuman terukir di bibir Salam, hatinya sejuk mendengar ayat daripada kitab suci itu.
“Di CERN ini, jarang benar ada penyelidik yang membaca kitab-kitab agama. Apatah
lagi membuat petikan daripadanya. Dahulu, hanya mendiang Leonardo Vetra yang
membaca kitab-kitab agama.”

“Kita mengambil manfaat daripada penyelidikannya tentang anti-matter untuk menjana


kuasa bagi gerbang dimensi ini. Siapa kata membaca kitab-kitab agama menghalang
kemajuan seorang saintis?”

1
© Muhammad Firdaus bin Ariff

Sinis Salam menjawab, “Menghalang kemajuan pangkat mungkin.”

Tertawa Ma Yu mendengarnya. “Benar kata kau. Kita dapat meneruskan eksperimen ini
pun kerana ada jutawan Muslim yang menaja. Jika tidak, kita berdua harus pulang ke
kampung halaman.”

“Mari kita pulang ke bilik dan berehat. Esok pagi-pagi selepas subuh kita akan
memulakan eksperimen.”

Makmal Vetra, CERN

Setelah imbasan retina dan cap jari, Salam dan Ma Yu melangkah masuk ke dalam
makmal itu. Dalam masa yang sama, tag RFID mereka diimbas melalui gelombang radio.
Setiap seorang menatang kanister anti-matter dengan berhati-hati. Setiap satu kanister
mempunyai kuasa setanding dengan bom nuklear B83. Bom terkuat dalam perkhidmatan
tentera Amerika Syarikat itu menghasilkan kuasa 1.2Mt.

Mereka melanngkah ke dalam ruang terkawal di mana gerbang dimensi itu diletakkan.
Kedua-dua kanister itu diletakkan dengan cermat pada kebuk khas yang setentang
kedudukannya pada gerbang dimensi itu. Sepanjang perimeter gerbang itu memuatkan
magnet superkonduktor yang disejukkan dengan gas helium.

Ruang terkawal itu ditinggalkan dan ditutup rapi, mereka mengambil tempat di konsol
kawalan. Salam memberi isyarat agar Ma Yu bersedia untuk menekan punat perlepasan.
Tangan Salam juga diletakkan di atas punat yang serupa.

“Boom!” Anti-matter yang dilepaskan daripada kedua-dua kanister itu bertembung di


tengah gerbang. Medan magnet yang kuat memandu pertembungan terkawal itu,
seterusnya mengawal tindak balas yang berlaku. Kuasa yang terhasil menerobos fabrik
dimensi.

Satu vorteks mula terbentuk di dalam gerbang itu, lalu berkembang sehingga mencecah
kerangka gerbang. Cahaya pelbagai warna keluar daripada vorteks tersebut. Ma Yu dan
Salam terpegun seketika.

“Maha suci Tuhan. Eksperimen ini betul-betul menjadi!”

Tenang Salam menjawab. “Jangan terlalu gembira, kita hantar kuar peninjau untuk
memeriksa terlebih dahulu.”

Melalui pintu khas di sisi konsol itu Salam memasukkan sebuah kuar peninjau. Kuar
peninjau itu terus terbang memasuki vorteks itu. Penerbangannya dikawal cermat oleh
Ma Yu menggunakan kawalan jauh.

2
© Muhammad Firdaus bin Ariff

Buat beberapa ketika skrin itu hanya memaparkan cahaya yang terlalu cerah. Namun,
isyarat dari sistem telemtri menunjukkan kuar peninjau itu masih berfungsi. Status sistem
tujahan dan navigasinya masih lagi hijau.

Ma Yu teruja apabila skrin mula menunjukkan imej yang berbeza daripada yang
sebelumnya. Video yang disalurkan daripada kuar peninjau itu memaparkan
pemandangan sebuah hutan yang menghijau. Bacaan sensor pula segera menyusul,
komposisi atmosferanya selamat untuk manusia. Juga tiada sebarang tanda aktiviti
radioaktif yang di atas normal.
“Ma Yu, pusingkan kuar peninjau itu 180 darjah. Lihat bagaimana vorteks itu terbentuk.”
Ternyata, bukan mereka sahaja yang ingin menerobos ke dimensi lain. Penghuni dimensi
itu juga membuat gerbang yang serupa dan vorteks itu terbentuk di dalam gerbang itu.
Namun begitu, tiada sesiapa yang kelihatan di sekitar gerbang itu.
Terpancar kegembiraan dan kepuasan di wajah mereka berdua. Eksperimen ini telah
melangkaui harapan mereka. Sasaran mereka hanyalah untuk menghasilkan wormhole
yang stabil ke dimensi lain. Tidak pula menyangka ada bukti tamadun di dimensi yang
lain.

Tiba-tiba, vorteks itu mula menguncup di kedua-dua gerbang. Salam segera mengarahkan
Ma Yu agar memandu kuar peninjau itu pulang. Kuar peninjau itu berkejar untuk
memasuki vorteks yang pantas mengecil. Sebelum masuk ke dalam vorteks itu kuar
peninjau itu bergegar bagai dihentam sesuatu.

Gegaran itu tidak diendahkan mereka, Salam gusar memerhatikan gerbang di dalam
makmalnya. Kuar peninjau itu masih belum pulang dan muncul di dimensi ini. Skrin
komputer menunjukkan vorteks itu akan hilang dalam masa satu minit lagi.

Masa berdetik – lima puluh saat, empat puluh saat, tiga puluh saat. Akhirnya kuar
peninjau itu terhambur keluar daripada vorteks itu. Sayapnya telah diragut oleh dinding
vorteks yang menguncup membuatkan kuar peninjau itu terhempas kasar di atas lantai
makmal.

Berdenting bunyi kuar peninjau itu melantun-lantun di atas lantai. Apabila ia berhenti
bergerak, vorteks itu lenyap sama. Setelah gerbang itu dinyahaktifkan, Salam dan Ma Yu
segera memasuki ruang terkawal itu.
Mereka terkejut apabila mendapati ada anak panah yang terpacak di belakang kuar
peninjau itu. Berhati-hati, Salam mencabut anak panah itu dan mengeluarkan skrol yang
tergulung pada anak panah itu.

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-


bayang itu terbentang dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap!
Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-
bayang itu;

Salam dan Ma Yu berpandangan, eksperimen ini memang melampaui akal mereka!

Anda mungkin juga menyukai