Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ketiga : Ketiga : 5 Ogos 9 Ogos 2012 : Masalah disiplin murid (membuat bising)

1. Masalah / peristiwa Minggu ini saya telah menghadapi masalah minggu ini berkaitan pengurusan bilik darjah iaitu kawalan kelas. Saya berasa susah mengawal perlakuan murid murid saya. Ada murid yang tidak ingin untuk mendengar dan mengikut arahan saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga tidak bertindak balas dengan cepat selepas saya memberikan arahan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Terdapat segelintir murid yang bermain dan bersembang bersama rakan kelas semasa sesi pengajaran. Ini menyebabkan saya sukar melaksanakan sesuatu aktiviti sesi pengajaran saya. 2. Analisis Antara sebabnya, saya tidak tegas dengan mereka pada awal sesi pengajaran. Selain itu, mereka juga tidak takut pada saya kerana saya adalah guru baru di sekolah tersebut. Saya tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk menghadapi masalah ini. Ini adalah masalah yang biasa berlaku di bilik darjah. Jika ada pengalaman, saya dapat mengatasi masalah sebegini dalam bilik darjah. Selain

itu, saya juga tidak memperkenalkan mereka tentang ganjaran sebelum ini. Sekirangya, saya tidak kenalkan ganjaran sebelum ini mereka mungkin

menunjukkan tingkah laku yang baik waktu pengajaran saya.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya harus tegas sewaktu saya memberikan arahan agar semua murid mengikuti arahan saya.

b) Saya juga harus memberitahu mereka bahawa ganjaran akan diberikan bagi murid yang menunjukkan perlakuaan yang baik dalam kelas. Langkah ini boleh dilaksanaka dengan memberikan pangkah pada kumpulan murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. c) Saya akan melekatkan nama kumpulan murid dihadapan keladd. Jika muridmurid melakukan kesalahan saya akan membuat pangkah sebelah nama kumpulan mereka. Kumpulan yang tidak dapat pangkah akan diberikan hadiah. d) Saya harus memberikan peneguhan yang positif ataupun negatif bagi muridmurid yang selalu membuat bising dan mengacau kawan-kawan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing serta pensyarah penyelia di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. f) Saya juga memberi arahan yang tegas kepada murid-murid kelas tersebut agar tidak berbual bersama rakan-rakan sewaktu guru mengajar.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Kawalan kelas amat penting bagis seorang guru. Ini kerana,sekiranya pengurusan bilik darjah adalah kurang efektif, ia akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran kondusif tidak dapat diwujud.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai