Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan sains sekolah rendah bertujuan melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk membentuk masyarakat berbudaya

sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekliling dan mengagumi ciptaan alam. Matlamat pendidikan sains rendah dicapai dengan memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman untuk : Memperkembangkan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek; Memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri; Meningkatkan minat semula jadi terhadap alam sekeliling; Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri dan alam sekeliling; Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bertanggungjawab; Menangani sumbangan dan inovasi terkini dalam sains dan teknologi; Mengamalkan nilai murni dan sikap saintifik dalam kehidupan harian; Menghargai sumbangan sains dan teknologi bagi kesejahteraan hidup; dan Menghargai susunan dan ketertiban dalam alam.

3.0 Rasional Pengajaran Kem. Proses Sains

4.0 Definisi Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya. 4.1 Mengapa kita perlu menggalakkan penguasaan kemahiran proses sains? Ada dua jawapan yang utama kepada persoalan ini. Pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila muridmurid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan

mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah sematamata mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru. Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada: * Memerhati * Mengelas * Mengukur dan menggunakan nombor * Membuat inferens * Meramal * Berkomunikasi * Menggunakan perhubungan ruang dan masa * Mentafsir maklumat * Mendefinisikan secara operasi * Mengawal pembolehubah * Membuat hipotesis * Mengeksperimen

4.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah ini berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah rendah, murid memerlukan bimbingan dan panduan dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip. Justeru, pendekatan yang berkesan ialah melalui penemuan terbimbing. Ini bermaksud bahawa guru membimbing murid dalam menemui sesuatu konsep dan prinsip melalui perbincangan, pertanyaan atau penyelesaian masalah. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi

pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru. Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek. Eksperimen Menguji hipotesis melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pembolehubah dan juga melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Perbincangan Murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih dan mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Simulasi Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Tiga contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.

4.3 Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan. Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu: a. Kaedah heuristik

Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahanbahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai. b. Kaedah induktif. Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa. c. kaedah deduktif. Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh. d. kaedah Dogmatik Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat. e. Kaedah projek. Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai. f. Kaedah amali. Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

g. Kaedah Lawatan. Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah. h. Kaedah Sintesis. Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.

i. Kaedah Topik Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan. j. Kaedah Simulasi Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.Keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu. k. Kaedah Cerita Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar. l. Kaedah perbincangan Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.

m. Kaedah Modular Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan. n. Kaedah soal jawab Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap. Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut: 1. Melakukan eksperimen

2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen 3. Membuat pemerhatian/pengamatan 4. Mengenal pasti perubahan 5. Mengenal pasti perbezaan 6. Mengenal pasti kesamaan 7. Membuat perbandingan 8. Mencatat data 9. Mengolah/memproses data 10. Meramal berdasarkan data 11. Mengingat kembali fakta 12. Membuat kesimpulan 13. Mentafsir data dan maklumat 14. Membuat hipotesis 15. Membuat inferens 16. Membuat laporan (berkomunikasi) 17. Menggunakan konsep 18. Memberi alasan/sebab 19. Melukis rajah 20. Melabel rajah 21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul 22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul 23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadapi UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.4 Langkah-langkah pengajaran Sains Berkesan: Secara ringkas, langkah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru untuk memastikan ia menghasilkan pengajaran yang berkesan ialah: a. Persediaan pengajaran b. menyatakan tajuk pengajaran c. Menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, apakah yang diperolehi selepas pengajaran-pembelajaran

d. melakukan aktiviti pengenalan pengajaran (induksi set?) e. mempersembahkan bahan pengajaran f. membuat kesimpulan pengajaran g. Mengadakan aktiviti pengukuhan

4.5 Persediaan Pengajaran Dalam memastikan pengajaran yang berkesan dan baik, seseorang guru seharusnya merangka dan merancang terlebih dahulu pengajaran yang ingin dijalankan. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut : 1. Sediakan tajuk pengajaran 2. Sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai: a. Apakah konsep penting dalam tajuk b. Apakah isi-si penting c. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk d. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah/komputer) e. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan f. Contoh yang berkaitan g. Kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang: a. Induksi set b. Kaedah interaksi c. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

5.0 Kemahiran Meramal Kemahiran meramal adalah merupakan salah satu daripada kemahiran proses Sains yang penting dan perlu diterapkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini perlu diketahui oleh guru agar dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk melahirkan idea dan pendapat sendiri dengan dipandu oleh guru. Kemahiran meramal ini juga akan dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi melahirkan idea

dan pendapat. 5.1 Definisi Kemahiran Meramal Menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan pengalaman / pengetahuan atau data-data / maklumat yang terbukti kesahihannya. 5.2 Konsep Kemahiran Meramal Konsep pengajaran Kemahiran Meramal kepada murid-murid adalah untuk memberikan peluang kepada mereka melahirkan idea dan pendapat sendiri melalui pemikiran secara kreatif dan kritis. Di samping itu, murid-murid juga diajar untuk membuat rumusan atau kesimpulan hasil daripada perbincangan atau dapatan yang diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai