Anda di halaman 1dari 22

Seramai 23 orang murid Gred Enam di Lockhaven Elementary School terkejut melihat aksi rakan sekelas mereka, Kevin

yang duduk bertenggek di bahagian kekisi tangga tingkat dua di luar kelas mereka seperti mahu membunuh diri. Kevin merupakan seorang murid yang bermasalah dan didiagnosis sebagai psikotik serta sepatutnya dimasukkan ke dalam kelas masalah tingkah laku. Namun disebabkan beberapa masalah dia ditempatkan ke dalam kelas Cik Carol. Setelah sekian lama

menguruskan kelas tersebut, Cik Carol masih berasa terancam akan perbuatan
Kevin tersebut. Walau bagaimanapun, Cik Carol tidak menunjukkan bahawa dirinya terancam akan perbuatan Kevin.

Kebanyakan rakan kelas Kevin takutkannya kerana mereka pernah melihat dia memukul Cik Carol . Disebabkan masalah tingkah laku yang berlaku, Guru Besar sekolah meminta John Patterson, pembantu sekolah untuk mengeluarkan Kevin dari kelasnya dan dihantar ke bilik Cik Allison King, guru kelas masalah tingkah

laku. Di sana, Kevin akan dikenakan time-out dalam kurungan kayu


sehinggalah dia kembali tenang. Dia akan dimasukkan kembali ke kurungan, jika didapati melakukan kesalahan kerana dia telah ditegur dan difahamkan oleh Cik Carol dan Cik Allison tentang salah laku yang boleh menyebabkan dia dikurung.

Beberapa minggu sebelum itu, dia juga pernah mengugut untuk memecahkan tingkap kelasnya dengan tujuan untuk menakutkan Cik Carol namun membatalkan hasratnya apabila Cik Carol memberitahu bahawa jika dia berbuat demikian, ibunya terpaksa membayar kesemua cermin tingkap yang dia pecahkan. Pada suatu hari,

semasa berada di padang permainan Kevin telah bercerita kepada Cik Carol tentang
bapanya yang suka memukulnya dan Cik Carol juga tahu yang ibu Kevin telah pun berkahwin lain tetapi hasil penderaan itu telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri Kevin. Pada masa ini baru Cik Carol menyedari bahawa melalui pengalaman lampaunya, dia belajar mengawal orang di sekelilingnya dengan keganasan termasuklah keluarganya sendiri. Cik Carol juga kesal dengan sikap ibu Kevin yang tidak mengambil berat tentang Kevin dalam menyelesaikan masalah

tingkah laku Kevin. Artikel ini berakhir dengan wujudnya persoalan, adakah Cik
Carol bersalah jika Kevin mati.

KEVIN

Murid berkeperluan khas tahun 6,didiagnosis mempunyai psikotik iaitu gangguan jiwa,agresif, suka mengamuk dan memberontak, semasa kecil selalu menjadi mangsa pukul ayahnya,mempunyai seorang ibu dan telah berkahwin lain. Guru kelas Kelvin, mengajar murid berkeperluan khas, mempunyai 24 orang murid,penyayang, sabar,simpati pada muridnya, positif dan dedikasi terhadap proses mendidik,pernah putus asa mengawal Kelvin. Guru Besar sekolah Kelvin, menolong Carol dengan mencadangkan agar Kelvin dipindahkan ke bilik Allison iaitu bilik kaunseling jika Kelvin tidak dapat dapat dikawal. Guru masalah tingkah laku pelajar tahun 1

CAROL YAKE

MS. RICE

MR.JOHN PATTERSON

ALLISON KING

Pembantu di Lockhaven Elementary School.

TEORI BERKAITAN KAJIAN KES

TEORI EKO BRONFRENNER

TEORI PERMODELAN ALBERT BANDURA

TEORI EKO BRONFRENNER Teori ini menekankan tentang pengaruh persekitaran sosiobudaya terhadap perkembangan individu. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang berasaskan interaksi diantara individu dengan ibu bapanya, gurunya, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat satu sistem yang dikenali sebagai mikrosistem iaitu persekitaran yang mana individu itu menghabiskan paling banyak masa dan berlaku secara langsung. Pada tahap yang lebih tinggi, terdapat pula mesosistem yang terdiri daripada gabungan mikrosistem.

TEORI PERMODELAN ALBERT BANDURA

Teori keperluan permodelan Albert Bandura. Hasil kajian Bandura & Walters pada 1963, didapati pelbagai tingkahlaku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerakbalas yang ditonjolkan oleh orang lain. Dalam kes ini, sikap ganas bapa Kevin telah menyebabkan Kevin menjadi sepeti bapanya iaitu cuba mengawal orang lain melalui keganasan.

KONSEP KECERDASAN EMOSI


Konsep kecerdasan emosi ialah dimana individu mempunyai beberapa kemahiran sosial serta kemahiran mengawal emosi seperti kemahiran berempati, kemahiran mengenalpasti emosi orang lain dan lain-lain.

Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau mendapati bahawa masalah berpunca daripada motif-motif seperti berikut:
Mendapatkan perhatian Mencabar kuasa Membalas dendam Mempamerkan kekurangan

MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Penggunaan model ini lebih kurang sama dengan modifikasi tingkah laku tetapi melibatkan kewujudan set peraturan (rules) yang diikuti dengan penggunaan ganjaran dan hukuman sebagai lanjutan (consequence). Bantuan diperlukan daripada ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengukuhkan lagi tindakan ini. Selain itu, Model asertif membolehkan guru untuk menjelaskan tingkah laku yang dikehendakinya daripada murid.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan iaitu dengan membawa Kevin kepada guru disiplin. Miss Carol boleh membawanya berjumpa dengan guru disiplin. Tindakan yang dikenakan adalah berpatutan dengan kesalahan dan dilakukan dengan tujuan pengajaran bukannya bersifat mendera. Ini kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan yang lebih buruk lagi terhadap psikologi dan fisiologi murid yang berkenaan.

Cadangan kedua pula ialah dengan menghantar Kevin, murid bermasalah tingkah laku berjumpa dengan kaunselor atau pakar psikiatrik. Ini kerana mereka ini merupakan golongan professional yang lebih pakar untuk membantu menyelesaikan masalah tingkah lakunya. Tambahan lagi, kaunseling juga boleh diadakan kepada pihak penjaga Kevin.

Cadangan yang ketiga pula adalah dengan mengambil berat tentang diri Kevin. Peranan ini boleh dilakukan oleh Miss Carol agar Kevin akan merasai dirinya dihargai, kerana sebelum ini Kevin tidak mendapat perhatian daripada ibunya. Kurang perhatian dan kasih sayang juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku Kevin berterusan. Dengan adanya usaha sebegini, ia akan membantu Kevin untuk mengubah sikapnya.

Mengadakan sesi kaunseling kepada penjaga Kevin kerana Kevin bersikap demikian adalah disebabkan pengaruh persekitaran dari keluarganya. Seharusnya penjaga Kevin mengasuh Kevin dengan baik dan bukannya dengan kekerasan. Sekiranya penjaga dapat mengubah carabeliau mendidik Kevin, maka secara langsung Kevin juga akan mencontohi apa yang dilihatnya. Seperti yang kita sedia maklum juga, pendidikan itu sebenarnya bermula dari rumah. Maka bukan Kevin sahaja yang perlu berubah, tapi penjaganya juga perlu mengubah perangai negatifnya.

Tugasan ini memberikan banyak manfaat yang boleh diaplikasikan oleh kami guru pelatih pada masa akan datang, setelah kami menceburi sepenuhnya kerjaya sebagai guru. Analisis kajian kes ini juga sangat membantu untuk memberikan kami satu gambaran awal antara masalah yang mungkin kami hadapi kelak. Kajian kes ini mempunyai mesejnya yang tersendiri, antaranya ialah guru perlu menyelusuri dan menyelidiki anak muridnya, apatah lagi yang melakukan masalah tingkah laku. Hal ini kerana, banyak kemungkinan yang menyebabkan murid bermasalah dan lazimnya ia berpunca dari persekitaran murid itu sendiri.

Tindakan-tindakan guru yang tepat dan tuntas akan membantu anak murid yang bermasalah ini untuk keluar dari kemelut tingkah laku yang bermasalah. Seterusnya, penggunaan model, teori dan konsep yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar amat penting untuk diketahui kerana ia akan membantu guru untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi di sekolah nanti.

Secara tidak langsung, dapat disimpulkan bahawa tugasan ini memberikan pengetahuan yang sangat bermakna dalam diri kami, lebih-lebih lagi sebagai bakal pendidik pada masa akan datang. Sesungguhnya, segala teori dan model yang dipelajari semasa menganalisis kajian ini akan dapat kami gunakan dan seterusnya membantu merubah sikap murid-murid untuk melahirkan individu yang berguna kepada masyarakat dan juga Negara.

Tugasan ini memberikan banyak manfaat yang boleh diaplikasikan oleh kami guru pelatih pada masa akan datang, setelah kami menceburi sepenuhnya kerjaya sebagai guru. Analisis kajian kes ini juga sangat membantu untuk memberikan kami satu gambaran awal antara masalah yang mungkin kami hadapi kelak. Kajian kes ini mempunyai mesejnya yang tersendiri, antaranya ialah guru perlu menyelusuri dan menyelidiki anak muridnya, apatah lagi yang melakukan masalah tingkah laku. Hal ini kerana, banyak kemungkinan yang menyebabkan murid bermasalah dan lazimnya ia berpunca dari persekitaran murid itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai