Anda di halaman 1dari 35

PENDIDIKAN ISLAM

Kematian

adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi Kematian - tidak pernah diundang@dijemput, - tidak pernah berkompromi, - tidak memilih martabat -dalam keadaan sedar @berkhayal, -dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari dimana saja roh berada. Surah Al-A'raf Ayat 34Maksud ayat 34 : "Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapatditunda atau dipercepat walau sesaat pun

DALIL KEMATIAN

Maksudnya: Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH


FARDU KIFAYAH

Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan . Jika ada orang yang menguruskannya maka terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu MEMANDIKAN

KEWAJIP AN TERHADA P JENAZAH

MENGKAFANKAN

MENSOLATKAN

MENGKEBUMIKAN

Menutup mata mayat: Mulut ditutp dengan mengikat dari bawa dagu hingga atas kepala dgn kain bersih agar mulutnya tidak terbuka

TINDAKAN AWAL KETIKA BERLAKU KEMATIAN

Melembutkan sendi-sendi anggota mayat:Semua sendi seperti jari, siku, lutut dan kaki dielmbutlan agar mudah ketika dimandi dan dikapankan Meletakkan sesuatu yg sederhana berat di atas perut maya bertujuan menjaga dan mengawasi perut mayat supaya tidak kembong

Tubuh badan mayat hendaklah ditutup agar auratnya tidak terdedah, diletakkan di atas katil/ditempat yg sesuai dlm keadaan mengadap kiblat dgn keadaan kedua tangannya di atas dada seperti qiam dalam solat

MAKSUD & HUKUM MEMANDIKAN JENAZAH


Maksud Memandikan Jenazah : Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah untuk menghilangkan najis & kekotoran serta mengangkat hadas Tujuan : Untuk membersihkan anggota tubuh mayat daripada najis & kekotoran serta menyucikan daripada hadas, agar si mati menghadapai Allah swt dalam keadaan suci

Hukum: Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a.katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anakperempuannya wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbukdaun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yangakhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku. Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalubaginda memberi kepada kami kain sarungnya sambilbersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mayat orang Islam Syarat-syarat wajib memandikan jenazah

Masih ada anggota mayat walaupun sebahagian darinya

Mayat bukan mati syahid ( orang yang mati di medan peperangan untuk membela agama Islam- tidak wajib dimandikan)

1. Satu buku sabun wangi (yang diyakini bersih pada hukum syarak). 2. Air mawar satu botol. 3. Lapan biji kapur barus atau daun inai. 4. Kayu sintuk. 5. Kayu sugi. 6. Kain peruam atau sarung tangan getah. 7. Tanah debu untuk tayamum bagi mayat kanak-kanak yang belum berkhatan atau untuk orang uzur memakai air.

8. Daun Bidara 9. Segulung kapas. 10. Tapisan atau kain jarang. 11. Gunting atau pisau. 12. Bekas-bekas air. 13. Timba. 14. Lidi. 15. Tanggung (tempat memandikan jenazah).

Dibuat tempat yang tertutup. Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit. Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatanwarna kulit. Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempatmandi), di letakkan terlentang di atas papan mandi danmenghadap arah kiblat. Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan. Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandimengintai-intai ketika mayat dimandikan

Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar. Semasa memandikan mayat hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung. Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan,kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan. Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklahorang yang amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugasdengan sempurna dan dapat menyimpan rahsia keaiban yangada pada mayat. Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah merekaceritakan pada orang lain. Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai.Hanya tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang bolehhadir. Jangan mengangkat suara riuh. Jangan mengunyah makanan atau merokok. Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan ataumengurus mayat pengidap Aids

Langkah Pertama: Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekatpada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada bendabenda kotor yang boleh keluar,supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan. Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaancondong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya denganlutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan(dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supayakepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengantangan kiri. Siram air banyak-banyak untuk membersihkanbenda-benda yang keluar.

Langkah Kedua: Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semulamayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkankemaluan dan celahcelahnya (menggunakansarung tangan).

Langkah Ketiga: Dengan sarung tangan bersih, tukang mandihendaklah membersihkan gigi mayat, lubanghidunganya, lubang telinga dan celah-celahkukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna(meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu barudimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujungkaki - meliputi seluruh tubuhnya.

Langkah Keempat: Mandi dengan air sabuni. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.ii. Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak,tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celahcelahkelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.iii. Basuh sebelah kiri (lambung kiri) hingga ke hujung kaki kiri 3kali.iv. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambungkanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan,rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kakikanannya 3 kali.v. Mengiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kiribelakang hingga ke kaki kiri 3 kali .Mandi dengan air sabun seperti di atas tadi memadai satu kali s

Langkah Kelima: Mandi dengan air bersih (mutlak)Mandi dengan air bersih ini dilakukan seperti caramandi dengan sabun, tujuannya untukmembersihkan segala air sabun tadi.

Langkah Keenam:

Setelah bersih, diwudhukan dengan niat," Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"Lafaz niat bagi lelaki:"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"Lafaz niat bagi perempuan:"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

Langkah Ketujuh: Mandi air bercampur kapur barus Air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidakmengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan: " Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala Lafaz niat bagi lelaki: "Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala Lafaz niat bagi perempuan: "Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan airbersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur baruslebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.Semasa menjirus, sunat membaca:"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir

Langkah Kelapan: Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :

Satu kali mandi dengan air sabun.. Satu kali mandi dengan air bersih.. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.

Langkah Kesembilan: Mayat lelaki yang panjang janggutnya, sunat disisir iadengan sikat jarang. Jika bulu janggut atau rambutkepalanya gugur semasa mandi, hendaklah dipungutuntuk dimasukkan ke dalam kapan semasa mayatdikafankan. Mayat perempuan pula hendaklah dihuraikanrambutnya supaya air membasahi keseluruhannya.Rambut yang gugur hendaklah dipungut untukdimasukkan ke dalam kafan. Menurut riwayat di atas,dijalinkan rambutnya menjadi tiga tocang, laludihulurkan ke sebelah belakangnya.

Langkah Kesepuluh: Perbuatan membasuh mayat dengan air bercampursabun (atau serbuk daun bidara) kemudianmembilasnya, tidak dikira. Itu hanya sepertimembersihkan badannya.Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitumemandikan mayat dengan air yang dicampurkansedikit kapur barus.

Islam mementingkan kebersihan

Membolehkan jenazah disolatkan

HIKMAT

Menghadap Allah dalam keadaan bersih dan suci

Menghormati manusia sebagi makhluk yang dimuliakan oleh Allah swt

MENGAPANKAN JENAZAH

Maksud Mengapankan Jenazah : Menutup seluruh tubuh badan jenazah . Tujuan : Menjaga/memelihara maruah dan kehormatannya serta melindungi aib jenazah

Alatan: Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa Gunting Kapas Cendana Kapur barus Air mawar 7.Minyak wangi (Minyak Attar) Tikar jerami Bantal (dari daun pandan) Tempat mandi yang khas.

Pertama :Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafandibentangkan dengan disusun, kain yang palinglebar diletakkan di bawah atau dengan cara kaintiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serongyang atas melebar dan yang bawah mengecil,setiap lembar disapu dengan wangiwangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol

Kedua :Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utasyang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.Ketiga :Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutupantara lain :1. Kemaluan2. Wajah (muka)3. Kedua buah dada4. Kedua Telinga5. Kedua siku tangannya6. Kedua tumitnya

Keempat :Angkatlah mayat tersebut dengan berhatihatikemudian baringkan di atas kain kafan yangsudah dibentangkan. Kelima :Tutupkan jenazah itu dengan kapas yangtelah disediakan pada bahagianbahagianyang telah disebutkan di atas.

Keenam :Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkandari lembar yang paling atas sampai lembar yang palingbawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telahdisediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup disebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkanwarisnya melihat atau menciumnya.Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayatdengan menggunakan minyak wangi.Setelah siap diikatrenjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Memelihara kehormatan dan kemuliaan jenazah

Memberi keinsafan bahawa manusia itu sama disisi Allah swt kecuali orang yang bertaqwa Menutup aib jenazah

MENSOLATKAN JENAZAH Maksud Mensolatkan Jenazah : Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt Tujuan : Memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah swt untuk si mati. Ia juga merupakan penghormatan seorang muslim terhadap saudara seagamanya. [ Orang yang Mati Syahid : tidak perlu disolatkan ]

SYARAT SAH SOLAT JENAZAH

Jenazah telah dimandikan Jenazah telah dikafankan Jenazah menghadap kiblat Jenazah berada di hadapan orang yang solat

1. NIAT 7.MEMBERI SALAM SELEPAS TAKBIR YANG KEEMPAT 2. BERDIRI BAGI YANG MAMPU

6.MENDOAKAN MAYAT SESUDAH TAKBIR YANG KETIGA

RUKUN SOLAT JENAZAH

3. EMPAT KALI TAKBIR

5.BERSELAWAT KE ATAS NABI SELEPAS TAKBIR YANG KEDUA

4.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SELEPAS TAKBIR YANG PERTAMA

KAIFIAT SOLAT JENAZAH


1)NIAT

SEMASA TAKBIR PERTAMA Lafaz niat:

) ( )( . /
Maksudnya: Sahaja aku menunaikan solat ke atas mayat ini 4 takbir fardhu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala.

Lafaz niat bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan pula adalah seperti berikut :

) ( )( ) ( .
Maksudnya : Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki / kanak-kanak perempuan yang hadir fardhu kifayah empat takbir kerana Allah Taala.

3. TAKBIR KEDUA DAN MEMBACA SELAWAT KEPADA NABI.

4. TAKBIR YANG KETIGA DAN BERDOA UNTUK SI MATI


JENAZAH DEWASA JENAZAH KANAK-KANAK

5) BACAAN SELEPAS TAKBIR YANG KEEMPAT.

6) MEMBERI SALAM KEKANAN DAN KEKIRI.

KEDUDUKAN MAYAT
MAYAT LELAKI Kedudukan imam ketika solat jenazah lelaki bersetentangan dengan kepala jenazah. Kepalanya disebelah kiri imam.

MAYAT PEREMPUAN Kedudukan imam ketika solat jenazah perempuan bersetentangan dengan pinggang jenazah. Kepalanya disebelah kanan imam.

MAYAT YANG RAMAI Kedudukan imam ketika solat jenazah yang ramai.

Memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada si mati.

HIKMAH SOLAT JENAZAH

Menimbulkan keinsafan.

Memohon rahmat Allah untuk si mati. Mengeratkan silaturrahim dengan keluarga si mati.

4. MENGKEBUMIKAN JENAZAH

Tujuan : Untuk menjaga keselamatan , maruah & kehormatan jenazah

Perkara berkaitan pengkebumi aan jenazah

Masa Pengkebumian : Harus dilakukan bila-bila masa Tetapi Makruh dilakukan di Waktu :.Terbit Matahari, Matahari Tepat di kepala ( waktu syuruk) & Terbenam Matahari Harus menguburkan beberapa jenazah dalam satu kubur Sunat meninggikan tanah perkuburan sekadar sejengkal Sunat mendalamkan kubur untuk mengelakkkan dari berbau & tidak digali oleh binatang buas / manusia Wajib menghadapkan muka jenazah dalam liang lahat ke arah kiblat (mengereng di atas rusuk kanan)

Cara mengebumik
an mayat

Menggali kubur dengan kedlaman yang sesuai. 1 supaya tidak berbau dan tidak boleh dikorek oleh binatang buas Jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad. 2 Jenazah diletakkan dalam keadaan mengereng. 3 di atas rusuk kanan menghadap ke arah qiblat Meninggikan tanah kubur sekadar sejengkal. 4

HIKMAT Agar tidak di makan binatang buas

Supaya tidak berbau

Memuliakan jenazah

PERINGATAN Menziarah orang mati adalah sunat. Apabila menziarah : Ucapkan takziah kepada keluarga si mati & menasihati supaya bersabar Membaca al Quran Tidak berbual kosong Mengiringi jenazah ke kub Ur

Anda mungkin juga menyukai