Anda di halaman 1dari 2

Bagi falsafah pendidikan timur, di India, falsafah pendidikan berasaskan ajaran Hindusnime.

Menurut Rabindranath Tagore, pendidikan juga suatu proses yang berhidup, dinamik dan realistic, tidak terikat semata mata dengan buku tetapi perlu ada hubungkait dengan pengalaman. Pendidikan merujuk kepada proses membina insan yang boleh berfikir secara efektif dan saintifik. Pendidikan bertujuan meningkatkan kecekapan sosial dan mengarahkan rakyat dalam kebajikan masyarakat dan negara. Falsafah ini menekankan bahawa rakyat sebuah negara harus taat dan sayang akan negara dan mereka perlu memberi sumbangan membina dan produktif. Konsep falsafah ini memberi implikasi kepada pembentukkan FPK dan FPG dan yang mana mementingkan semangat mencintai negara dan menghormati emosi orang lain. Pembentukan dasar falsafah pendidikan adalah untuk mewujudkan Falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat rakyat yang setia kepada Negara. Ini sejajar dengan Rukun Negara kita kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan Negara. untuk menghasilkan warganegara yang bersedia dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara. Hal ini hasil daripada amalan falsafah pendidikan di India yang konsep kesetian pada Negara diterapkan dalam pembentukkan dasar pendidikan Negara. Falsafah pendidikan China juga mempengaruhi pembentukkan FPK dan FPG. Konsep pendidikan di China berteraskan ajaran Confucius yang menekankan konsep pendidikan adalah untuk semua. Matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang berkebolehan serta bermoral tinggi. Ajaran ini menekankan nilai-nilai hormat kepada ibu bapa(xiao), hormat kepada orang yang lebih tua(ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat-cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi) dan keberanian (yong). Menurut falsafah ini juga, pendidikan dapat memupuk tingkah laku yang sempurna yang boleh dicapai melalui sifat sopan santun, ikhlas, murah hati dan kerajinan. Implikasi falsafah ini terhadap pembentukkan FPK dan FPG adalah melalui ajaran-ajaran nilai murni dalam falsafah Confucius. Ajaran falsafah ini dijadikan sebagai panduan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan dan beraklak mulia yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, tingkah laku yang baik dan berdisiplin. Nilai hormat bukan sahaja diterapkan kepada menghormati ibu bapa dan

orang tua malah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kaum. Implikasinya juga dapat dilihat dengan mementingkan pembinaan manusia ke arah mencapai kesempurnaan potensi mereka. Dengan berpandukan konsep pendidikan untuk semua, falsafah pendidikan yang dibentuk adalah untuk semua rakyat Malaysia temasuk kurang upaya. Ajaran nilai murni in juga perlu ada dalam setiap diri seorang guru. Ajaran ini mampu melahirkan seorang guru yang berpekerti mulia. Dalam FPG, ciri-ciri kualiti guru yang ingin dibentuk hendaklah bepekerti mulia. Seiring dengan pembentukan ciri tersebut guru perlu menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia untuk membantu murid temasuk murid kelainan upaya.

Anda mungkin juga menyukai