Anda di halaman 1dari 11

76

KERTAS 1. LATIHAN 8 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 1 "Mengapakah ______ bersedih? Katakan kepada hamba," kata Hang Tuah kepada Tun Perak. A B C D beta patik hamba tuan hamba

Gambar 1
2 Baju yang baru dibeli itu tidak sesuai dipakai oleh adik kerana terlalu ______ A B C 3 ketat longgar lebar

Sehari __________ benang, lama-lama menjadi kain, kata nenek kepada cucunya. A B C D buku selembar sebidang sehelai

Gambar 2
4 ______ sedang memberi keterangan rasmi kepada orang ramai. A B C D Juruhias Jurucakap Juruhebah Jurubahasa

K1.L8.HIKMAH2008

77

Gambar 3
5 Nenek sedang ________ sedikit kapur pada daun sirih lalu dilipat-lipatnya dan terus dimakan. A B C D 6 melumur menabur mencalit meletak

Air telaga di rumah Pak Ayub berasa ______ kerana letaknya terletak di tepi laut. A B C D masam payau masin kelat

______ hujan turun dengan lebatnya, petani-petani itu masih di sawah. A B C D Jika Hingga Semoga Tatkala

Lelaki itu masih tidak ______ bercakap Melayu walaupun sudah lama menetap di negara ini. A B C fasih telor kelu

Soalan 9 berdasarkan Gambar 3

K1.L8.HIKMAH2008

78

Gambar 3 9. Kamal memelihara tiga _________ ikan emas di dalam akuarium. A B C ekor kawan pasukan

10 ______ orang berasa bangga apabila ______ hasil daripada usahanya mendapat pujian. A B C D Setengah ... setiap Setengah ... setengah Sesetengah ... segala Separuh ... semua

Soalan 9 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
11 Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah ____________ bangunan baharu itu. A B C D 12 membubarkan memansuhkan menubuhkan merasmikan

"______ mandi di sungai itu kerana airnya dalam," kata Mak Munah kepada anaknya. A B C D Sila Usah Minta Jemput

Soalan 13 berdasarkan Gambar 6

K1.L8.HIKMAH2008

79

Gambar 6 13 Puan Maria memberikan lima______________jagung dan se__________pisang kepada kami. A B C D 14 tongkol ... sisir ulas ... tandan gugus ... sikat ketul ... sikat

______ harga minyak bergantung pada pasaran antarabangsa. A B C Turun naik Untung rugi Jual beli

Gambar 6
15 Puan Noraini begitu sedih sehingga ______ air matanya membasahi pipi. A B C D 16 menggenang meluncur menitik meleleh

Petani itu menanam sayur-sayuran ______ menanti musim menuai padi. A B C D ketika wal hal meskipun sementara

Soalan 17 berdasarkan Gambar 7

K1.L8.HIKMAH2008

80

Gambar 7 17 Emak telah memasukkan beberapa____________cendawan dan se_________ garam ke dalam gulai itu. A B C D 18 pucuk sudu kaki secubit batang segenggam kuntum .sejemput

Encik Farid ______ kami agar menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan semalam dengan segera. A B C D merayu memikat memohon menggesa

19

Satu ______ tentera telah dihantar ke sempadan untuk mempertahan negara daripada diserang musuh. A B C D ketumbukan gerombolan kumpulan kelompok

20

Firdaus hidup __________ selepas kematian kedua-dua orang ibu bapanya. A B C D atas pagar bawah angin patah kandar sebatang kara

21

Zainal terpaksa pulang segera kerana bapanya sedang sakit tenat. Perkataan seerti bagi tenat ialah A B C D keras kerap kejap teruk

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 22 Mereka berasa sangsi melihat gerak-geri pemuda yang tidak dikenali itu. Perkataan berlawan bagi sangsi ialah
K1.L8.HIKMAH2008

81
A B C D kenal ingat yakin tahu

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23

I. II. III. IV.


A B C D

Dia jatuh miskin setelah harta bendanya terbakar. Markah peperiksaan anaknya jatuh pada tahun ini. Jangan melepaskan kayu itu, nanti jatuh tanaman. Amir jatuh dengan tiba-tiba semasa perbarisan tadi. I dan II I dan IV II dan III III dan IV

24

Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang bergaris. Mengapakah dia menerima anugerah sebagai murid paling cemerlang pada tahun ini daripada guru besar? A B C Pencapaiannya telah meningkat sejak guru besar menyampai anugerah itu. Dia murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum pada tahun ini. Guru besar memujinya kerana dia cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Pilih soalan yang paling sesuai kepada jawapan yang bergaris. 25 Abang Ramli akan pulang pada cuti akhir tahun kerana cutinya telah diluluskan. A B C D Bilakah abang Ramli akan pulang pada tahun hadapan? Siapakah yang akan diluluskan cutinya pada akhir tahun nanti? Mengapakah abang Ramli akan pulang pada cuti akhir tahun? Adakah abang Ramli akan pulang pada cuti akhir tahun nanti?

26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. "Cikgu, pasukan hoki sekolah kita telah muncul sebagai johan peringkat daerah setelah berjaya menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Saga," kata Yusuf kepada Cikgu Harun. A Cikgu Harun selaku jurulatih pasukan hoki sekolahnya telah diberitahu oleh Yusuf
K1.L8.HIKMAH2008

82
bahawa sekolahnya telah menjadi johan peringkat daerah setelah mengalahkan Sekolah Kebangsaan Bukit Saga. Cikgu Harun diberitahu oleh Yusuf bahawa pasukan hoki sekolahnya telah menjadi johan peringkat daerah apabila mengalahkan pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bukit Saga. Cikgu Harun diberitahu bahawa Yusuf dari sekolah kita telah menjadi johan peringkat daerah setelah mengalahkan pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bukit Saga. Cikgu Harun diberitahu oleh Yusuf bahawa Sekolah Kebangsaan Bukit Saga telah menjadi johan hoki daerah setelah mengalahkan pasukan hoki sekolahnya.

B C D

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 27 Datuk sedang menyirat jala di halaman rumahnya. A B C D 28 Jala sedang disirat oleh datuk di halaman rumahnya. Jala itu sedang disirat datuk di halaman rumahnya. Jala datuk sedang disirat olehnya di halaman rumah. Jala di halaman rumahnya sedang disirat oleh datuk.

Pilih ayat yang betul A B C D Puan Rani bukan orang Serani tulen. Saya bukan tahu-menahu langsung akan hal ini. Bandar Kapit dan Sibu tidak di negeri Sabah tetapi di negeri Sarawak. Orang tua yang pandai menganyam bakul itu tidak nenek Munirah.

Pilih ayat-ayat yang betul. 29

I. II. III. IV.


A B C D

Para perwakilan yang hadir dijemput masuk di dalam istana ini. Fatimah adalah ibu saudara saya kerana dia dan ibu saya adik-beradik. Antara Maizah dan Azlin, masing-masing tidak dapat menjawab soalan itu. Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan loghat daerah. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Pilih ayat-ayat yang betul. 30

I II III IV

Kamu yang mesti meminta maaf daripada Hezry. Sampah sarap itu dibakar oleh mereka. Kamala sedang menggulung kertas pembalut hadiah itu. Surinder tidak boleh berjalan oleh kerana kakinya lumpuh.
K1.L8.HIKMAH2008

83
A B C D I dan IV II dan III I, II dan III II dan III, IV

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Persatuan Penduduk, Taman Simpang Enam, 83000 Batu Pahat, Johor. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Batu Pahat, 83000 Batu Pahat, Johor. Masalah Penduduk Taman Simpang Enam Berhubungan dengan perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Simpang Enam ingin membuat aduan tentang masalah yang kami hadapi. 2. Sejak sebulan yang lalu, terdapat beberapa buah lori balak yang diletakkan berhampiran dengan

3 MAC 2007.

simpang tiga jalan utama dari taman kami ke bandar Batu Pahat antara pukul 9.00 malam hingga 9.00 pagi. Keadaan ini mengganggu laluan kenderaan yang berulang-alik pada waktu tersebut lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana di simpang jalan itu tiada lampu jalan. Wakil jawatankuasa kami telah berjumpa dan memberitahu pemandu-pemandu lori berkenaan tetapi tidak diendahkan. 3. Selain itu, Jalan Satu ke Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh terlalu sempit serta menyukarkan

pemandu kereta ketika berselisih lebih-lebih lagi bahu jalannya agak tinggi. Jalan ini juga banyak yang rosak akibat banjir pada hujung tahun yang lalu. Murid-murid sekolah dari kampung ini terpaksa menggunakan jalan ini walaupun lebih jauh berbanding dengan Jalan Cendana kerana jambatan di hujung Jalan Cendana masih dibaiki.

4.

Terdapat pusat hiburan yang dibina secara haram juga menimbulkan masalah kepada kami.

Pusat hiburan ini beroperasi tiga kali seminggu termasuk pada hari minggu. Ramai remaja dan murid yang mengunjunginya. Mereka bukan sahaja menghabiskan wang ibu bapa dengan bermain snuker dan permainan video malah sanggup ponteng sekolah untuk ke tempat itu. Selain itu, sudah ramai murid yang merokok di pusat hiburan itu. Sejak adanya pusat hiburan itu, masalah disiplin murid-murid semakin serius. Hal ini telah dibincangkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan
K1.L8.HIKMAH2008

84
Guru-Guru (PIBG) pada minggu lepas. 5. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi

masalah tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan itu amat kami sanjung tinggi. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

(ROSLI BIN MUHAMMAD) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Simpang Enam. 31 Apakah yang paling dikhuatiri penulis sejak bulan lepas? A B C D 32 Banyak lori balak di kampungnya. Kedudukan lori balak di cabang tiga jalan. Lori balak di cabang tiga jalan utama ke bandar. Sikap pemandu lori balak yang tidak mampu berunding.

Murid-murid tidak menggunakan Jalan Cendana ke Sekolah Kebangsaan Penghulu Salleh kerana A B C D Jalan tersebut terlalu sempit. jalannya banyak yang rosak. bahu jalannya agak tinggi. jambatan sedang dibaiki.

33

Disiplin murid-murid Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad sangat teruk disebabkan oleh A B C D ramai murid yang merokok. permainan video dan snuker. pembinaan pusat hiburan haram. mesyuarat AJK PIBG jarang-jarang diadakan.

34

Yang berikut ialah pernyataan tentang petikan kecuali A B C banjir boleh merosakkan kemudahan asas. ramai murid bermain snuker di pusat hiburan. Persatuan Penduduk Taman Simpang Enam telah bermesyuarat minggu lepas.

35

Rangkai kata tidak diendahkan dalam petikan bermaksud A B C D tidak dipeduli pemandu lori itu. tidak dipatuhi pemandu lori itu. tidak dihayati pemandu lori itu. tidak disukai pemandu lori itu.
K1.L8.HIKMAH2008

85
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Malam itu malam Jumaat. Aku terbangun daripada tidur kerana terdengar bunyi hingar-bingar di luar rumah. Aku berhasrat untuk mengetahui apa sebenarnya terjadi. Tiba-tiba dalam samar cahaya bulan, aku ternampak satu lembaga hitam keluar dari arah rumahku. Lembaga itu membawa beberapa ekor ayam dalam keadaan terhuyung-hayang. Perasaan ingin tahu tentang lembaga hitam itu mendorong aku mengekorinya. Lembaga hitam itu akhirnya tiba di sebuah pondok usang. Kelibat lembaga hitam memasukkan ayam-ayam tersebut ke dalam reban. Ketika ini, pelbagai imaginasi muncul dalam fikiranku. Lembaga hitam itu kemudiannya memasuki pondok tersebut. Pintu pondok itu tertutup rapat. Namun begitu, aku tidak menduga bahawa pintu pondok itu akan dibuka semula. Lembaga hitam itu menjelma dan muncul di hadapanku. Aku amat terkejut. Lembaga hitam itu amat menyeramkan. Giginya tajam, matanya merah, bau badannya hanyir dan mukanya cengkung serta hodoh. Aku ingin menjerit, tetapi lidahku kelu. Ketika itu, tanpa membuang masa, aku berlari sekuat-kuat hati. Lembaga hitam itu mengejarku. Aku menjadi semakin takut. Langkahku sudah tidak teratur lagi. Aku mulai berasa letih. Aku berhenti seketika untuk berehat. Alangkah terkejutnya aku apabila aku dapati lembaga hitam itu sudah berada di belakangku. Aku menjerit sekuat-kuat hati. Tiba-tiba, aku terdengar suara ibu memanggil namaku. Aku membuka mata. Kelibat ibu berada di sisiku.

36

Mengapakah penulis turun ke halaman rumah? A B C D kerana ingin menyiasat perkara yang berlaku kerana ingin menyedut udara malam kerana ingin menangkap lembaga itu kerana dia tidak dapat tidur

37

Untuk mengetahui hal yang sebenarnya terjadi, penulis A B C D menghubungi pihak berkuasa menjerit meminta tolong turun ke halaman rumah memanggil ibunya

38

Siapakah yang memanggil nama penulis? A B C D Kawan penulis Adik penulis Bapa penulis Ibu penulis
K1.L8.HIKMAH2008

86
39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang A B C D 40 petikan Lembaga hitam mengejar penulis. Penulis ternampak satu lembaga hitam. Penulis takut untuk mengekori lembaga hitam itu. Lembaga hitam memasukkan ayam-ayam ke dalam reban.

Perkataan mendorong dalam petikan membawa maksud A B C D merangsang mengajak memaksa meminta KERTAS SOALAN TAMAT

K1.L8.HIKMAH2008

Anda mungkin juga menyukai