Anda di halaman 1dari 2

Cara S.A.T.U. Cara ini mudah untuk dilaksanakan dan boleh diamalkan oleh adik-adik.

Bagi memulakan belajar cara ini, peralatan dan keperluan untuk belajar perlu disediakan dulu. Oleh itu, pastikan dahulu, adik-adik telah bersedia dengan buku yang hendak dibaca, alat tulis yang sepatutnya, dan kertas untuk ditulis. Belajar cara ini tidaklah membebankan sangat dan boleh dilakukan dengan tenang. Ikutilah langkah-langkah yang diberikan di bawah ini: S Selak muka surat yang hendak dibaca, tidak terlalu laju tetapi cukup untuk menangkap tajuk utama dalam bab yang ingin dibaca. A Awasi tajuk-tajuk, gambar rajah, huruf yang ditebalkan, kata kunci, graf, dan ilustrasi yang ada dalam tajuk yang hendak dibaca. T Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas anda dan pecahkan menjadi peta minda, iaitu tajuk-tajuk kecil yang lain sebagai dahan-dahan kepada tajuk utama. Usah fikirkan kekemasan atau kecantikan peta minda. Sebaliknya, utamakanlah pecahannya dulu. U Ulang sekali lagi dengan membaca keseluruhan kandungan yang dipilih untuk dibaca dan diulang kaji tadi. Namun, kali ini dengan melengkapkan isi kepada dahan-dahan yang telah dibina di atas kertas tadi. Tulislah secara bebas dengan tidak takut untuk melakukan kesilapan. Adik-adik boleh kemaskan nota anda. Kemudian setelah selesai, buatlah bacaan sepenuhnya. Nota yang terbaik adalah nota yang adik-adik fahami. Oleh itu, ikutlah cara adik-adik kerana adikadik sendiri yang akan menggunakannya. Cara D.U.A. ini amat memerlukan kepada persekitaran yang sesuai untuk adik-adik belajar. Kaedah ini tidak menekankan kepada cara ulang kaji secara mendalam. Sebaliknya, lebih kepada persediaan untuk membuat ulang kaji. D Duduk dengan baik di tempat yang adik-adik pilih untuk belajar.

Tetapkan niat bahawa adik-adik ingin belajar. Tetapkan jumlah muka surat yang ingin adik-adik baca dan fahami. Pastikan tempat adik-adik duduki itu mempunyai cahaya yang terang dan udara mengalir dengan baik. U Ulang kaji sepenuhnya dengan cara yang sesuai dengan diri adik-adik tanpa gangguan.

Sama ada adik-adik membaca dan membuat nota sahaja, menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk yang adik-adik baca, atau adik-adik boleh membayangkan perkara yang adik-adik baca.

Agihkan waktu dengan baik.

Pastikan adik-adik membuat bacaan ketika adik-adik segar dan cergas. Sebaliknya, mencabar minda adik-adik dengan membuat latihan atau menjawab soalan ketika otak adik-adik agak letih. Walau apapun tugas adik-adik, sesibuk mana sekalipun dalam sehari, adalah sangat baik sekiranya adik-adik membuat ulang kaji setiap hari, walaupun dalam masa yang singkat. Hanya mereka yang membuat ulang kaji sahaja berkemungkinan besar akan mendapat kecemerlangan. Kaedah belajar cara T.I.G.A. ini membantu adik-adik untuk membuat ulang kaji secara sistematik. T Tinjau bahan yang hendak dibuat ulang kaji.

Dapatkan gambaran keseluruhan bahan yang akan dibaca. Tinjau tajuk-tajuk utama yang bakal dibaca. Tinjau gambar rajah, peta, graf, ilustrasi, gambar, dan tajuk-tajuk kecil yang ada. I Ingat apa yang adik-adik baca dengan membuat kata kunci, kod, ungkapan, dan ringkasan tertentu yang boleh membantu ingatan. Bayangkan perkara yang adik-adik baca seolah-olah adik-adik sedang melihat perkara tersebut secara nyata di hadapan anda. Gunakan imaginasi adik-adik sepenuhnya. G Gabungkan imaginasi adik-adik dengan menuliskan semula pemahaman terhadap perkara yang dibaca. Usah risau, kalau ingatan tadi tidak tersusun. Tuliskan sahaja di atas kertas. A Atur semula perkara yang telah adik-adik tuliskan di atas kertas yang baru.

Kali ini biar tersusun dengan sebaik mungkin. Buatlah sampai adik-adik berpuas hati dengan nota itu. Sepanjang proses ini, adik-adik sebenarnya telah membuat ulang kaji sebanyak tiga kali dalam satu masa. Mudah bukan?

Anda mungkin juga menyukai