Anda di halaman 1dari 8

Kelebihan Solat Tarawih 1.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. 2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya. 3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosadosa mereka. 4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu. 7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman. 8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. 9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan. 12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya. 13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan. 14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka. 15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati). 19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. 21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhsatu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya. 22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhdua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut. 23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhtiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya. 24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhempat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhlima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya. 26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhenam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut. 27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhtujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat. 28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhlapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat. 29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluhsembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. 30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

CONTOH-CONTOH DOSA BESAR i) MENGHINA DAN MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA Sebab perlu mentaati ibu bapa Mereka memeliahara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita Cara menghormati ibu bapa Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka Menghormati mereka setiap masa Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka Perlakuan yang dikatogerikan menderhaka kepada ibu bapa Melawan percakapan ibu bapa Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan Tidak mendapat rahmat Allah Terputus rezeki daripada Allah Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak i) MENIPU DAN BERBOHONG Maksud menipu: Iaitu melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain. Maksud berbohong : Tidak bercakap benar atau memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain. Hukum : haram dan berdosa besar Ia boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang elok dengan yang busuk MENCURI DAN MEROMPAK Maksud mencuri : Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin Maksud merompak : Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan ditempat simpanan tanpa izin Haram kerana ia perbuatan yang hina dan mengganggu ketenteraman masyarakat dan negara Islam mengenakan hukuman hudud iaitu memotong tangan pencuri sekiranya barang yang dicuri mencukupi kadar tertentu dan sabit kesalahan

i)

i)

RIBA' Maksud :

Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang Hukum : haram dan berdosa besar Jenis-jenis riba' : riba' al-fadhal : pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya riba' an-nasiah : pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran Hikmah pengharaman riba' : membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia

i)

MAKAN HARTA ANAK YATIM Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim: anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus sifat silaturrahim LARI DARI MEDAN PERANG Akibat lari dari medan perang : dipandang hina oleh masyarakat umat islam akan ditindas memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat islam MENGUMPAT DAN MEMFITNAH Maksud : Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya Sebab-sebab mengapa fitnah boleh terjadi : ingin melihat orang lain menderita takut persaingan hidup tidak mahu mengakui kelebihan orang lain Akibat dari perbuatan fitnah : berlaku permusuhan dan huru hara masyarakat islam akan sentiasa mundur putus silaturrahim dan menghalang perpaduan Cara mengelakkan diri dari melakukan fitnah : Redha dengan ketentuan Allah Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim Sentiasa melakukan muhasabah dirimeningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH Maksud arak : Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam Maksdu dadah : Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir Hikmah pengharaman arak : menjaga kewarasan akal manusia mengelakkan perkelahian dan permusuhan mengekalkan kesihatan fizikal dan mental

i)

i)

i)

menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat Langkah mencegah perbuatan minum : Perlu sedar bahawa minum arak dan menagih dadah adalah berdosa besar Masyarakat perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan / riadhah Kesan buruk arak bagi individu membazir harta, masa dan tenaga menjatuhkan maruah diri dan keluarga terdedah kepada kegiatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh Kesan buruk arak bagi masyarakat menjadi mundur kerana anggotanya tiada berdaya maju dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk tidak tenteram kerana berlaku permusuhan dan perkelahian

i)

ZINA Maksud : Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah Hukum zina dan perbuatan yang mendorong kepda zina : berdosa besar Contoh perbuatan yang mendorong kepada zina : melihat, merenung, bercakap antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram tanpa hajat yang diharuskan syarak, duduk berduaduaan ditempat sunyi, memakai pakaian yang menjolok mata dll. Faktor yang menyebabkan seseorang melakukan zina Kurang pendidikan agama Lemah iman dan penghayatan islam Mengunjungi tempat-tempat maksiat Mengamalkan pergaulan bebas Akibat buruk melakukan zina : merendahkan maruah diri dan keluarga mendapat kemurkaan allah dan mengundang bala meruntuhkan institusi keluarga melahirkan generasi keluarga yang tidak jelas nasabnya Hukuman terhadap penzina ( yang melakukan zina ) bagi muhsan ( penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah ; direjam dengan batu sahingga mati bagi ghair muhsan ( penzina yang belum berkahwin ) ; disebat seratus kali sebatan MENUDUH PEREMPUAN BAIK MELAKUKAN ZINA Maksud : Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil Haram kerana ia boleh menjatuhkan maruah tertuduh dan menyebabkan tekanan jiwa kepada tertuduh dan keluarganya serta menghancurkan masa depan Hukuman jika membuat tuduhan palsu : hukuman sebat 80 kali sebatan setalah melalui proses undangundang kepada individu yang telah sabit keslahannya membuat tuduhan palsu LIWAT DAN MUSAHAQAH Maksud liwat : Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki. Maksud musahaqah : Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan Faktor yang menyebabkan perbuatan liwat & musahaqah : Terpengaruh dengan budaya liar Tidak sanggup memikul tanggungjawab suami isteri

i)

i)

Membaca atau melihat bahan-bahan lucah Kelemahan pelaksanaan undang-undang Akibat jika melakukan liwat & musahaqah : meruntuhkan institusi perkahwinan menghidapi pelbagai penyakit fizikal dan mental mendapat balasan azab di dunia dan akhirat

Tazkirah yang akan disampaikan pada hari ini ialah mengenai kepentingan mentaati ibu bapa. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa untuk anak.Oleh yang demikian setiap orang anak mestilah menghormati dan mentaati ibu bapa mereka. Begitu juga orang yang lebih tua. Setiap agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di Malaysia ini menuntut penganutnya mentaati ibu bapa. Kegagalan mentaati ibu bapa termasuk di dalam salah satu daripada dosa-dosa besar yang terkandung dalam ajaran Islam selain dari dosa-dosa besar yang lain.

Sebab perlu mentaati ibu bapa Mereka memelihara kita sejak kecil hingga dewasa dengan penuh kasih sayang Mereka menyediakan segala keperluan untuk kita supaya kita hidup dengan selasa Mereka mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara Mereka sanggup berkorban demi kebahagian kita Cara menghormati ibu bapa Mendengar nasihat dan tunjuk ajar mereka Menghormati mereka setiap masa Menjaga mereka dengan baik semasa mereka tua Bersopan dan berlemah lembut apabila berbicara dan berhadapan dengan mereka

Firman Allah Ertinya:''.......maka janganlah kamu kata pada mereka(sebarang perkataan kasar)sekalipun perkataan''Ah''dan janganlah kamu menyinggung mereka dan katalah kepada mereka perkataan mulia(bersopan santun)''. (Surah Al-Israq Ayat 32) Perlakuan yang dikategorikan menderhaka kepada ibu bapa Melawan percakapan ibu bapa Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka Tidak mendengar nasihat dan teguran mereka Menghina dan memandang rendah ibu bapa yang miskin Balasan yang dijanjikan oleh Allah terhadap anak yang derhaka Menanggung kesusahan hidup di dunia yang berpanjangan Tidak mendapat rahmat Allah Terputus rezeki daripada Allah Akan mendapat azab daripada Allah di akhirat kelak

Anda mungkin juga menyukai