Anda di halaman 1dari 15

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Tindakan dan strategi yang digunakan untuk memastikan peraturan didalam bilik darjah. Seorang guru hendaklah satu persekitaran yang pembelajaran yang kondusif dan mengurus sikap dan tingkahlaku murid. Sebagai contoh, anda boleh menarik perhatian murid dengan menjerit seperti Tarzan atau mengetuk loceng bagi mendapatkan perhatian kelas, jeritan manja Tarzan atau bunyi loceng yang singkat sudah mencukupi untuk menarik perhatian murid anda yang sedang asyik bercakap atau sedang membuat kerja atau tugasan , mereka akan berhenti dan memberi perhatian atau menunggu arahan anda. Jika anda berjaya, anda boleh dianggap sebagai pengurus bilik darjah yang berjaya.

2. Guru sebagai pengurus yang efektif :

berupaya mendapatkan kerjasama murid; berjaya mengekal penglibatan dan tugasan dan berjaya mengurus urusan bilik darjah dengan lancar.

Example, the teacher has to lay down rules and procedures for learning activities. Sometimes this role is viewed as nothing more than that of disciplinarian, the person who must see that the classroom group and its individual members stay within the limits set by the school, the limits set by the teacher, and the limits set by the tasks at hand. In fact, the teacher must also manage a classroom environment. He organizes the classroom space to fit his goals and to maximize learning. Seating must be arranged; posters hung; bulletin boards decorated; extra books, learning carrels, and bookshelves installed. Classroom management for the teacher also involves modeling a positive attitude toward the curriculum and toward school and learning in general. Finally, a teacher needs to manage and process great amounts of clerical work. There are papers to be graded and read, tests to be scored, marks to be entered, attendance records and files to be maintained, notes and letters to be written, and so forth.

3. Faktor Menjejas Persekitaran Bilik Darjah:

Gaya Pimpinan:

Gaya kepimpinan berbeza akan menjejaskan suasana pembelajaran murid

(i) Kepimpinan Autokratik (Authoritarian leadership) akan melemahkan semangat belajar, guru akan biasanya menidakkan dan mengecam murid apabila murid melakukan kesilapan.

(ii) Kempimpinan Demokratik (Democratic leadership), perkongsian tanggungjawab, mencari penyelesaian melalui meningkatkan atau memberi galakkan daripada membuat tuntutan. Guru biasanya adalah bersifat baik hati, penyayang, mengambil berat, ceria tetapi tegas. Peningkatan diri terbentuk melalui perkongsian tanggungjawab. Kajian menunjukkan produktiviti dan pencapaian adalah tinggi dalam kelas yang diuruskan secara demokratik.

(iii) Pecah dan Perintah (laissez-faire leadership) , guru biasanya seorang yang bersikap tidak apa ("permissive"). Semua OK! Setiap murid melakukan tugasan atau kerja sendiri. Kempimpinan jenis ini biasanya membawa kepada keadaan huru-hara. Ia menghasilkan keadaan tidak tersusun (disorganization), kekecewaan kepada murid dan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan jika berjaya.

Persekitaran Fizikal (Physical environment):

Kelas yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Sebagai guru, anda akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan keadaan

dan keselesaan bilik darjah. Susunan Bilik Darjah (Room arrangement):

Susunan bilik darjah seharusnya membantu pengajaran dan pembelajaran serta mengawal disiplin. Kedudukan tempat duduk seharusnya tertumpu kepada papan tulis kerana arahan kelas tertumpu disitu. Anda juga seharusnya menyediakan kemudahan pengasah pensil, buku rujukan, pusat pembelajaran , kemudahan membuang sampah dan etc. Tempatkan persediaan ini samada di belakang atau di tepi tumpuan

Motivasi (Motivation):

Guru seharusnya cuba memotivasikan murid dengan cara

(i) mengharap yang terbaik dari murid (ii) membentuk sikap yang diharapkan (iii) mewujudkan persekitaran postif (iv) melibatkan murid dengan aktif (v) membuat pembelajaran nampak bermakna (vi) mewujudkan peningkatan diri (vii) menyelesaikan prasangka (viii) mengunakan penguatkuasaan (viii) menjalankan pertandingan

(x) mengurangkan kelesuan

Masa di Sekolah dan Bilik Darjah (Time in schools and classrooms):

Masa persekolahan adalah terhad. Bahkan masa persekolahan dibahagikan kepada lima kategori : masa yang ditetapkan (mandated time), masa diperuntukkan (allocated time), masa diberikan (instructional time), masa dilibatkan (engaged time), dan masa pembelajaran akademik ( academic learning time).

(i) Masa yang ditetapkan (Mandated time):

masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Masa persekolahan biasa adalah 7.45 diwaktu pagi sehingga 2.05 diwaktu petang selama 190 hari. Masa ini hendaklah digunakan untuk tujuan aktiviti akademik dan bukan akademik.

(ii) Masa di Peruntukkan (Allocated time):

Semasa masa yang ditetapkan , pelbagai bentuk matapelajaran hendaklah diajar termasuklah masa makan, rihat, pertukaran kelas, pengumuman dan sebagainya. Masa yang sesuai bagi setiap jenis aktiviti ini dipanggil masa yang diperuntukkan. Matlamat pengurusan bilik darjah adalah untuk mengembangkan jumlah masa yang diperuntukkan bagi pembelajaran.

(iii) Masa diberikan (Instructional time):

Guru menterjemahkan masa yang diperuntukkan kepada pembelajaran melalui masa yang diberikan. Biasanya ia diterjemahkan menjadi aktiviti pembelajaran yang produktif. Murid biasanya mengunakan masa ini sepenuhnya untuk belajar namun biasanya murid berangan-angan atau bergurau.

(iv) Masa yang dilibatkan (Engaged time or time on-task):

Adalah masa sebenar murid menumpukan kepada tugasan atau kerja, Murid biasanya aktif (secara fizikal atau mental) dan melibatkan diri dalam pross pembelajaran dan salah satu matlamat pengurusan bilik darjah adalah meningkatkan mutu masa dengan memastikan murid menjalankan tugasan.

(v) Masa pembelajaran akademik (Academic learning time):

Masa penglibatan bukanlah biasanya productive. Sesungguhnya masa penglibatan biasanya membawa murid ketahap lamunan yang biasanya menghasilkan sedikit kefahaman atau penyerapan yang sedikit. Jika ini berlaku, guru hendaklah memotivasikan murid agar masa penglibatan adalah produktif dan hendaklah memaksimakan masa pembelajaran. Ini bermakna pencapaian murid hendaklah ditahap yang tinggi (80% atau lebih )

Komunikasi (Communication):

Apabila masalah timbul di bilik darjah, komunikasi yang baik diantara guru dengan murid adalah perlu. Ini bermakna ianya bukan saja melibatkan kaedah "guru bercakap-murid mendengar) tetapi komunikasi terbuka , dua hala yang bermaksud anda bercakap dan anda mendengar.

4. Pengurusan Pencegahan (Preventive classroom management):

Kebanyakkan masalah yang berkaitan dengan salahlaku murid dikendalikan oleh guru yang berkesan melalui kaedah pencegahan. Diantara langkah pencegahan yang dijalankan adalah :

Mengadakan peraturan dan prosedur (Establishing rules and procedures)

bagi mentadbir aktiviti dibilik darjah. Peraturan adalah kenyataan yang menyenaraikan perkara-perkara yang murid harus tahu mengenai sesuatu perkara samada ianya boleh atau tidak dibolehkan. Biasanya peraturan adalah kenyataan bertulis yang jelas dan di minimakan. Prosidur pula merupakan langkah-langkah kerja dan keterangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ianya jarang di cetak tetapi pengurus yang berkesan akan memberi masa dan tumpuan mengajar prosidur sebagaimana mereka mengadakan kelas. Pergerakan pelajar, percakapan pelajar dan apa yang perlu dilakukan ketika masa pemberhentian (seperti kelas habis awal atau murid menunggu aktiviti lain atau masa untuk pulang) adalah diantara aktiviti penting yang memerlukan peraturan berhubung tingkahlaku dan prosidur bagi memastikan kerja dijalankan dengan berkesan.

o Kategori peraturan (Categories of rules):

(i) hubungan dengan orang yang lebih tua atau rakan hendaklah tertib dan dan setiakawan, hendaklah saling bantu membantu ii) tugasan akademik - berusaha dengan baik, mencuba sebaik mungkin (iii) rutin bilik darjah - mengangkat tangan, cepat masuk ke tempat duduk dan dalam keadaan berdiam diri, (iv) kaitan diri - hormati diri sendiri; bersikap bijak, bersedia menerima kesilapan sendiri dan rakan, mencuba dan mencuba , yakin boleh v) keselamatan - menjaga diri sendiri, berkeadaan selamat, menjaga dan membantu rakan

o Contoh rutin bilik darjah :

masuk ke kelas dan duduk secara senyap apabila tiba; mengumpul dan mengembalikan buku; membantu mengeluar dan mengangkat barangan didalam kelas.

Mengekal ketekalan (Maintain consistency):

Pengurus bilik darjah yang berkesan sentiasa tekal dalam menguatkuasa peraturan dan prosidur yang dijalankan, jika tidak tiada satu pun peraturan dan prosidur tersebut akan kekal

Mencegah salahlaku dan sikap buruk (Preventing deviant behaviour)

agar berjalan dengan lancar dan sebaiknya adalah dengan melibatkan penjanaan kaedah dan mengekal momentum atau rentak yang sesuai. Kesilapan biasa dalam mengekal kelancaran dan rentak adalah (i) tergantung (dangle): membiarkan topik tergantung dan membuat perkara lain; (ii) flip-flop: memulakan dan memberhentikan sesuatu aktiviti dan kemudiannya menjalankan perkara tersebut sekali lagi (iii) pecahan kerja (fragmentation): memecah dan mengagihkan arahan atau aktiviti kepada segmen yang kecil iv) terlebih urutan ( overdwelling): mengulang dan mengulangi perkara yang telah difahami murid Merencanakan bilik darjah (Orchestrating classroom) iaitu aktiviti ketika masa luar (seperti pembukaan bilik darjah, peralihan masa, penutupan kelas) : ini melibatkan perancangan dan perencanaan tingkahlaku murid ketika luar masa. Murid yang berlainan latarbelakang ( keluarga , rumah, tempat bermain, berlainan kelas) memerlukan berlainan kaedah tidak ketinggalan jika murid tidak hadir ke sekolah sebelumnya.

o Permulaan kelas adalah masa pentadbiran awal yang diperlukan oleh guru seperti membuat pengumuman dan mengambil atau mencatat kedatangan. Pengurus berkesan merancang dan menjalankan prosidur dengan baik bagi memastikan urusan dijalankan dengan segara dan pasti. o Masa peralihan (transitions) adalah masa pembelajaran dimana guru bergerak atau menjalankan aktiviti pembelajaran dari satu kaedah kepada yang lain. Perancangan adalah amat penting sewaktu mengurus masa peralihan. Kaedah menunjuk dan memberi isyarat adalah kaedah berkesan dalam mengurus masa peralihan.

o Penutupan sesi kelas juga adalah masa yang tidak stabil dalam kebanyakan kelas. Kadang-kadang seorang guru bergegas menamatkan kelas yang berjalan melebihi masa yang diperuntukkan; kadang-kadang bahan-bahan seperti kertas ujian hendaklah dipungut, atau kerap juga murid perlu mengurus barangan peribadi apabila pertukaran matapelajaran, di kantin atau menaiki bas. Pengurus berkesan akan memastikan masalah sedemikian dapat diatasi dengan mengadakan prosidur bersesuaian sebelumtamatnya kelas.

Membentuk Sikap Bertanggungjawab (Developing student accountability):

Pengurus bilik darjah yang berkesan akan sentiasa mempertanggungjawabkan murid terhadap kerja-kerja mereka seperti menyiapkan dan menyerahkan tugasan tepat pada masa atau pembelajaran akan terjejas.

5. Disiplin (Discipline): Guru-guru yang menjalankan aspek-aspek pengurusan bilik darjah dengan berkesan akan mengenalpasti dan mengelak konflikkonflik dan akan memastikan atau mengelak pertembungan atau gangguan dengan signifikan. Namun, murid akan tetap membawa masalah ke kelas, dan guru-guru yang berkesan pengurusannya sekali pun akan menghadapi atau berdepan dengan sikap tidak menyenangkan yang memerlukan perhatian (Brophy, 1996). Mendisipilinkan murid yang bersikap pengacau hendaklah dijadikan perancangan berterusan , kemahiran yang diperlukan ketika menjalankan pertaruran disiplin adalah keupayaan menjalankan tugasan dengan kumpulan profesional yang akan dapat memberikan dan menumpukan perhatian terhadap salahlaku murid tertentu dan pengetahuan membangunkan dan menjalankan pengurusan dan perancangan disiplin.

Aspek terpenting dalam menghadapi ganguan salahlaku adalah mengembalikan suasana konstruktif. Mengembalikan kawalan bilik darjah dan mengurangkan penglibatan pelajar adalah matlamat sebarang gangguan atau konfrantasi. Beberapa strategi berkesan adalah penting buat guru dalam mengambil

tindakbalas terhadap gangguan dan sikap murid diantaranya:

(i) jangan cuba mengadakan keperluan tidak ketentuan atau mengelabah jika terdapat gangguan atau insiden berlaku (ii) jelaskan pendirian anda termasuklah jika ada kesal, kecewa, marah dan terangkan kepada murid (iii) bersikap konsisten dan patuhi serta buat apa yang telah anda nyatakan (iv) bersikap adil dengan nurid. Jika anda melakukan kesilapan, jalankan peraturan tanpa diskriminasi atau adakan tindakan kesusaian dan pohon maaf kepada murid. Mereka akan lebih menghormati anda kerana bersikap jujur dan terbuka.

Jika sikap dan tingkahlaku murid menjadi serius dan usaha guru tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, strategi berlainan perlulah diadakan termasuklah tindakan yang lebih berat maupun melibatkan penggantungan sekolah.

6. Masalah Disiplin (Disciplinary problem): merupakan tingkahlaku

(i) menganggu aksi pengajaran (ii) mengganggu hak orang lain untuk belajar

(iii) secara saikologi dan fizikal tidak selamat iv) kerosakan hak

Sesuatu masalah disiplin bukan sahaja disebabkan oleh murid tetapi juga mungkin disebabkan oleh guru. Apabila sesorang guru menjalankan strategi yang silap atau tidak sesuai yang mengakibatkan gangguan terhadap pembelajaran orang lain, beliau sebenarnya merupakan masalah disiplin. Ini adalah benar bagi prosidur yang tidak sesuai atau ketika masa keraguan, pengumuman umum dan polisi sekolah yang mengganggu pengajaran dan/atau proses pembelajaran.

7. Penyebab Salahlaku (Causes of misbehaviour) :

Penyebab utama salahlaku didalam bilik darjah adalah :

(i) kebosanan (boredoom) kegagalan dalam menyampaikan aktiviti bilik darjah yang menarik; menetapi masa; mencabar dan relevan (ii) keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru - yang disebabkan kerana mungkin ianya terlalu sukar; dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai atau tidak jelas arahan yang diberikan (iii) usaha yang terlalu panjang yang sukar dikekalkan dalam sesuatu masa yang panjang (iv) organisasi guru yang lemah - alat visual tidak berfungsi atau terlalu banyak gangguan ketika perjalan pengajaran (v) kekeliruan terhadap kemahuan guru - guru gagal memaklumkan dengan

jelas mengenai perlakuan yang diinginkan (vi) interaksi sosial atau rakan - perbualan atau sikap berlebihan yang membawa sehingga luar bilik darjah, tempat permainana atau luar sekolah (vi) tahap akademik yang rendah - kurang keyakinan terhadap diri sendiri kerana pernah menghadapi kegagalan

8. Strategi praktikal bagi memenangi salahlaku (Kyriacou, 1991):

Cara Mengelak Salahlaku (Ways of preventing misbehaviour )

- pantau (scan) bilik darjah (perhatikan jika ada murid yang menghadapi masalah dan beri sokongan) dan pastikan mereka meneruskan tugasan dengan segera. Perhubungan individu adalah lebih efektif daripada memanggil mereka dari jauh - rondaan (circulate) (buat rondaan didalam kelas dan bertanyalah mengenai kemajuan yang memungkinkan pembongkaran masalah yang tidak kelihatan - adakan pertemuan mata (make eye contact) ( lakukan kepada semua ketika didalam kelas) - ajukan soalan-soalan anda (mengajukan soalan-soalan didalam kelas membolehkan semua pelajar terlibat) - guna kaedah pendekatan (use proximity) ( bergerak menuju kepada murid yang sedang berbual menunjukkan kesedaran mengenai tingkahlaku mereka. Berdiri disamping murid akan

memastikan mereka menjalankan tugasan ) - berikan bantuan akademik (akan menyemarakkan semangat murid dengan tugasan yang diberikan dan merupakan salah satu cara mengelak salahlaku) - tukar aktiviti atau kelajuan (change activities or pace) (kadang-kadang pengajaran berjalan terlalu perlahan atau terlalu laju , jadi dengan menukar gear dan cara boleh memberi kesan krusial bagi memastikan penglibatan murid) - perhatikan salahlaku (notice misbehaviour) (gunakan kaedah eye-contact, kaedah ekspresi muka dan rihat seketika untuk memberi isyarat tidak bersetuju, jadi hanya akan berlaku gangguan seketika. Mengabaikan insiden kecil boleh membawa kepada salahlaku yang lebih serius. ) - perhatikan perlakuan biadap (Notice disrespect) (perlakuan biadap terhadap anda, seorang guru harus merasai keadaan jika tidak ianya akan menunjukkan tahap salahlaku yang dipohon dari murid) - pergerakan murid (move students) (jika perlu, asingkan murid bermasaalah sambil memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah untuk kebaikan mereka sendiri)

Keberkesan Penangguhan Tindakan (The effective use of reprimands):

- Sasaran Tepat (Correct targeting) (adalah penting untuk mengenalpasti dengan tepat murid yang bertangungjawab dalam permasaalahan) - Ketegasan (Firmness) (gunakan nada yang jelas dan tegas. Elakkan rayuan atau kelembutan sebaik saja tindakan diambil) - Nyatakan perhatian ( Express concern) (tindakan haruslah bertujuan menyampaikan hasrat anda mengenai kesan dan penglibatan murid lain yang terjejas)

- Elakkan Amarah (Avoid anger) (jangan hilang kesabaran, walau apa pun provokasi. Bertuturlah dengan tenang, jangan aggresif dan jangan masuk perangkap penipuan) - Jelaskan keperluan (Emphasise what is required) (Tekankan apa yan sepatutnya murid lakukan selain dari asyik dengan pernyataan salahlaku. Eg. Anda mungkin boleh bercakap perlahan-lahan dengan rakan anda daripada Hello! Hello! Terlalu banyak gangguan bunyian didalam kelas ini"

Kegunaan Hukuman

(The use of punishments: When reprimands do not work)

- fokus kepada salah perlakuan (elakkan hukuman secara personal supaya murid faham mengapa tindakan perlu diambil ) - adakan turutan selepas kejadian (hukuman akan lebih berkesan jika salahlaku dikesan ) - hendaklah konsisten (be consistent) (murid mempunyai setuhan keluhan yang kuat mengenai kepelbagaian tindakan samada secara individu maupun diantara keadaan) - sesuaikan dengan keadaan (fit the crime) (skala hukuman hendaklah menunjukkan kesesuaian dengan kesalahan dan kehendak sekolah; - jalinkan hubungan semula (be followed by reconciliation) (selepas hukuman dijalankan, cuba jalinkan hubungan positif dengan murid) 9. Contoh perancangan disiplin bilik darjah ( Example of a classroom discipline plan: )

Peraturan (Rules)

- Ikuti arahan guru (Follow teacher directions first time ) Awasi tangan, kaki dan barang berbahaya Bersikap tertib dan ramah Berusaha bijak Ganjaran (Rewards)

Pujian (Praise ) Bersikap baik (Good behaviour ) Surat Penghargaan (Positive letter home) Pembetulan (Corrections)

Amaran (Warning ) 2 minit berjauhan (2 minutes away from the group) 10 minit berjauhan (10 minutes away from the group) Pengasingan (Detention) Berjumpa Guru Disiplin/PK/Guru Besar (Interview with Disciplinary Master/ Senior Assistant/Principal) Memanggil Penjaga (Parents called in )

Ujian/Latihan

Anda mungkin juga menyukai