Anda di halaman 1dari 1

BIODATA TOKOH MURID 2018

Pada tanggal 2hb November 2006, melakar satu lagi sejarah buat pasangan
bahagia, Encik Hadzri Bin Kadri dan Puan Paridah Bt Salam atas kelahiran
anak kedua, seorang puteri.
Kehadiran puteri ini, disambut dengan senyuman penuh kegembiraan. Puteri
daripada 4 orang adik beradik ini dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan
perhatian.Benarlah kata punjangga , “benih yang baik jatuh ke laut menjadi
sebuah pulau, jatuh ke tanah menjadi pohon nan rendang” .Kejayaan
akademiknya sentiasa konsisten sejak awal persekolahannya bermula dari
Tahun 1.Menyimpan impian yang besar bila dewasa nanti iaitu ingin menjadi
seorang guru Matematik.
Beliau merupakan seorang yang pendiam. Namun kata orang diam-diam ubi,
lama-lama berisi. Waktu lapangnya diisi dengan membaca dan bersiar-
siar.Baginya membaca adalah jambatan ilmu yang menjadikan seseorang itu
bukan sekadar tin kosong.
Mempunyai daya kepimpinan yang istimewa selain menjadi Penolong ketua
pengawas sekolah juga dilantik menjadi setiausaha Kelab Badminton,rumah
Merah danpersatuan Sains dan Matematik.Seorang yang bertangungjawab dan
sentiasa mematuhi peraturan sekolah.

Kini terlerai sudah biodata diri,


Serlah kehebatan persada akademik;
Anugerah cemerlang motivasi diri,
Demi masa depan penuh dinamik.

Maka dengan ini dinobatkan puteri kepada pasangan Encik Hadzri Bin Kadri
dan Puan Paridah binti Salam iaitu NUR SUHAIDA BT HADZRI sebagai Tokoh
Murid tahun 2018.Tahniah kami ucapkan

Anda mungkin juga menyukai