Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu kedua

Masalah Pada minggu kedua saya telah menghadapi masalah ppengurusan masa yang tepat sepertimana yang telah saya rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan mengikut masa yang telah dirancangkan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu,

Analisis Masalah masa ini wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. Oleh itu saya terpaksa memendekkan beberapa langkah pengajaran yang telah saya rancangkan. Selain itu, masalah ini juga timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat.

Cadangan Untuk Memperbaiki a. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan. b. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain. c. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya

proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiaranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan sebaya.

Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektifobjektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada hari Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan pelan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir

Anda mungkin juga menyukai