Anda di halaman 1dari 4

(Kemahiran Menulis) Definisi Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi

melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan Tulisan Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lainlain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya. Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan bendabenda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahanbahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lainlain. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. Tulisan Mekanis Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada muridmurid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. Tulisan Kreatif Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

Membina ayat. Mengarang cerita. Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll. Menulis surat kiriman. Lain-lain yang berkaitan.

Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Cara-cara mengatasi masalah tulisan Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

Anda mungkin juga menyukai