Anda di halaman 1dari 2

Kuala Lumpur: Kurangkan politik dalam persatuan sukan, banyakkan program sukan di peringkat akar umbi dan dedahkan

atlet dengan ilmu akademik supaya mereka bijak berfikir ketika beraksi di gelanggang, bukannya semata-mata bergantung kepada bakat.

Itu suara majoriti pembaca Berita Harian yang memberi maklum balas melalui laman sosial facebook mengenai tajuk Apakah langkah yang paling sesuai untuk meningkatkan pencapaian sukan badminton, olahraga, renang dan sepak takraw yang merosot?. 15,736 ikuti perkembangan

Kebanyakan pembaca BH meminta supaya pemimpin persatuan bijak menyusun atur program dan pengurusan dan membantu altet menguatkan minda dan mental yang cukup bersedia untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Seramai 15,736 pembaca BH mengikuti perkembangan topik berkenaan yang disiarkan selama tiga hari bermula Selasa lalu dan diberi peluang mengemukakan pendapat, cadangan meningkatkan kualiti acara yang disenaraikan.

Bagi Iqbal Bayern, penekanan harus diberikan kepada isu bagaimana menstabilkan pemimpin persatuan serta meningkatkan hubungan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) supaya dapat bekerjasama lebih baik.

Kita perlu mula berlatih di peringkat akar umbi. Saya tahu, ia sudah lama dilaksana, tetapi alangkah baiknya jika kita dapat buat satu latihan dengan menganjurkan lebih banyak kejohanan, katanya yang mencadangkan imbuhan lebih tinggi diberikan kepada atlet yang berjaya di pentas antarabangsa. Daem Shah juga menyokong supaya kepentingan politik diketepikan dan pemimpin persatuan sukan harus dipilih daripada mereka yang berkaliber, tiada kepentingan peribadi serta meminta soal gaji, kebajikan dan masa depan atlet diutamakan.

Utamakan latihan stamina

Sukan boleh ditukar kepada industri sukan masa hadapan yang dikawal selia jawatankuasa Institut Sukan Negara bersama jurulatih negeri masing-masing. Jurulatih sukan khusus akan pergi ke negeri lain dan kembali semula ke negeri asal, katanya.

Jesse Erskine, berkata bakat dari kawasan pedalaman juga harus diketengahkan dengan mengadakan pertandingan di setiap kawasan. Penekanan juga harus diberikan terhadap latihan stamina seseorang bagi mengelakkan atlit mudah pancit, katanya.

Anda mungkin juga menyukai