Anda di halaman 1dari 5

Dasar Sukan Negara (DSN) telah menggariskan dua peranan utama

Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu untuk menggalakkan pelajar


mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan
peluang belajar kepada atlet sukan di Universiti. Kedua-dua peranan ini
bertanggungjawab memberi garis panduan dalam usaha penyelarasan
keseimbangan dan kesinambungan prestasi akademik dan pencapaian
dalam bidang sukan di IPT. Ramai yang berpendapat bahawa
kecemerlangan sukan akan berkubur sebaik sahaja pelajar-pelajar
menjejakkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi. Perkara ini tidak
sepatutnya berlaku jika langkah-langkah pendekatan yang betul
dilakukan.
Bagi tujuan ini Kementerian Pengajian Tinggi akan memainkan peranan
secara khusus dalam memastikan pelajar IPT yang bergiat dalam
sukan dijaga kebajikannya dan dapat terus bergerak secara aktif tanpa
mengabaikan pembangunan akademik pelajar. IPT yang merangkumi
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti akan bekerjasama secara
bersepadu dengan Majlis-majlis Sukan IPT iaitu Majlis Sukan UniversitiUniversiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA),
Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti
(MASKOM) untuk memastikan program-program pembudayaan sukan
di IPT berjalan lancar seperti mana dirancang.
Perkara ini selaras dengan DSN yang dibentuk supaya semua pihak
termasuk IPT dapat merancang, melaksana, membangun dan
membudayakan sukan di IPT serta meneruskan program pembangunan
sukan. Seterusnya menyediakan program sukan yang mencukupi,
melatih dan melahirkan pakar-pakar sains sukan serta mengadakan
kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta, persatuan sukan
dan badan-badan sukan universiti antarabangsa. DPSIPT pula
diwujudkan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk terus
membangunkan sukan di IPT berdasarkan semangat DSN untuk
memberi ruang kepada IPT untuk berada di persada utama dalam
gerakan pembangunan sukan negara.
Sukan adalah penting di peringkat IPT kerana dapat melahirkan
generasi profesional baru yang dapat memberi sumbangan besar
kepada pembangunan sahsiah negara, melahirkan generasi yang
berfikiran matang dan mempunyai asas pendidikan yang cemerlang
serta daya tahan fizikal dan mental yang kuat.

Menyedari kepentingan sukan di kalangan warga IPT, satu dasar yang


khusus perlu diadakan dan matlamat Dasar Pembangunan Sukan
Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) ialah untuk menjadikan IPT sebagai
pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta mewujudkan
budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan yang
seimbang dan berkualiti dari segi akademik dan sukan. Seterusnya
dapat melahirkan "The Thinking Athletes" atau Atlet Intelek di kalangan
ahli-ahli sukan pelajar dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30
peratus atlet negara terdiri daripada atlet IPT. Bagi memastikan agendaagenda sukan di IPT berjalan lancar, Kementerian Pengajian Tinggi
telah mewujudkan bahagian dan unit yang bertanggungjawab terhadap
sukan. Organisasi sukan di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi
adalah:
1. Bahagian Sukan KPT
-yang bertanggungjawab merangka dan melaksana dasar sukan
Kementerian, merancang pembangunan prasarana sukan, pengurusan
sukan prestasi tinggi, sukan teras dan sukan massa. Bahagian ini juga
bertanggungjawab menguruskan biasiswa sukan.
2. Unit Sukan, Jabatan Pengajian Tinggi
-menjadi organisasi penyelaras pelaksanaan program sukan di
peringkat IPTA dan IPTS.
3. Unit Sukan, Jabatan Pengajian Politeknik
-menjadi organisasi penyelaras pelaksanaan program sukan di
peringkat Politeknik.
4. Unit Sukan, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
-menjadi organisasi penyelaras pelaksanaan program sukan di
peringkat Kolej Komuniti.

Sementara itu "The Thinking Athletes" iaitu atlet Intelek yang


berwawasan adalah satu generasi baru yang mahu dibentuk bagi
melahirkan satu generasi yang mempunyai kebolehan dalam bidang
sukan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi. Tujuan "The
Thinking Athletes" adalah untuk mewujudkan satu fenomena bahawa
sukan itu boleh dijadikan sebagai kerjaya yang mampu menjamin masa
depan dan akan mengikis tanggapan bahawa IPT adalah kubur atlet
untuk terus aktif bersukan. "The Thinking Athletes" juga bermaksud
keupayaan atlet menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi
semasa di IPT untuk membantu meningkatkan pencapaian sukan yang
diceburi ke tahap tertinggi dan kebolehpasaran yang terserlah apabila
memasuki pasaran kerjaya. Objektif konsep ini adalah bertujuan:
- membentuk atlet yang sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian,
menggunakan aspek kognitif (keupayaan berfikir), mampu
menganalisa, kreatif dan membuat perancangan sendiri.
- meningkatkan pencapaian sukan negara apabila ramai yang sentiasa
mempunyai motivasi untuk lebih berjaya.
- menjadikan sukan sebagai kerjaya yang mampu menjamin masa
depan dan atlet lepasan IPT akan lebih diberi perhatian oleh majikan
apabila memasuki pasaran kerjaya.
Untuk tujuan itu golongan sasaran adalah merupakan atlet pelajar. Ini
kerana atlet pelajar lebih mudah untuk diterapkan dengan konsep ini
kerana mereka merupakan kelompok pelajar yang mempunyai bakat
dan potensi sukan dan kelayakan akademik yang baik. Ini kerana
mereka mempunyai asas yang baik dalam proses pembelajaran
daripada atlet pelajar yang lebih banyak menumpukan sukan yang
diceburi dan pelajar lebih matang dari segi pembahagian masa dan
dalam membuat keputusan. IPT perlu menggilap atlet berpotensi besar,
tenaga pengajar dan kakitangan di IPT, tetapi lebih memberikan

tumpuan kepada para pelajar dan atlet.


Kekuatan fizikal dan mental perlulah diseimbangkan bagi melahirkan
atlet pelajar untuk berjaya dalam bidang masing-masing. "The Thinking
Athletes" akan membantu dan membimbing atlet pelajar dalam
membentuk kekuatan diri, semangat juang dan dalam membuat pelan
perancangan yang strategik.
Konsep ini akan mula dipraktikkan pada pelajar semasa mereka berada
di IPT, tetapi digunakan segala ilmu itu sepanjang masa. IPT akan
memainkan peranan yang penting dalam memupuk dan memberi
pendedahan berterusan kepada atlet mengenai kepentingan aspek
"The Thinking Athletes" yang berguna untuk masa depan mereka.
Dengan adanya kerjasama daripada Kementerian Pelajaran,
Kementerian Belia dan Sukan, Kementierian Pengajian Tinggi, IPT-IPT,
Majlis-majlis Sukan di IPT, Majlis Sukan Negara (MSN), Institu Sukan
Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) konsep ini dapat
dijalankan dengan berkesan.
Selain itu beberapa seminar, bengkel dan latihan akan diadakn bagi
meningkatkan lagi kemahiran atlet pelajar. Mereka akan dilatih dan
diajar di bidang yang digemari untuk digunakan apabila menempuh
alam pekerjaan. Di dalam sukan amat luas pekerjaan yang ada seperti
dalam bidang sains sukan, pengurusan sukan, kejurulatihan, pegawai
sukan, penyelidik sukan, pakar fisioterapi, penganalisa sukan dan pakar
dietetik. Tujuan "The Thinking Athletes" adalah untuk menghasilkan satu
golongan ataupun generasi baru yang mahir dalam bidang sukan yang
boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan dapat membantu
menaikkan imej sukan negara.
Dengan pelaksanaan aspek-aspek yang dinyatakan diatas, objektif "the
Thinking Athletes" iaitu untuk mewujudkan nilai kebolehpasaran yang
tinggi bagi atlet-atlet IPT di pasaran domestik dan anatarabangsa serta
menepati sasaran dan unjuran bagi mencapai 30 peratus atlet
kebangsaan yang mewakili negara terdiri daripada pelajar-pelajar IPT
akan tercapai.
Bagi merealisasikan matlamat DPSIPT, Kementerian Pengajian Tinggi
telah merangka 7 program teras utama yang akan diberi tumpuan
dalam usaha memartabatkan sukan di IPT ke tahap yang lebih tinggi
dengan melahirkan "The Thinking Athletes" iaitu:
1. Program Pembudayaan Sukan
2. Program Pembangunan Infrastruktur Sukan
3. Program Pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan
4. Skim Kecemerlangan/Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan

(SKIPS)
5. Program Pembangunan Akdemik Atlet
6. Program Pembangunan Pengajian Sukan di IPT
7. Program Promosi dan Jaringan Kerja
Kesimpulannya DPSIPT bukan sahaja bertujuan melahirkan atlet untuk
IPT dan negara bahkan menjadikan pembangunan sukan dan
akademik di IPT sebagai penjana dalam melahirkan modal insan dan
profesion atau produk "The Thinking Athletes" yang mempunyai nilai
pasaran serta dapat dikomersilkan di dalam negara dan antarabangsa.
Dengan adanya DPSIPT, segala tanggapan umum bahawa IPT sebagai
kubur kepada atlet dapat ditepis dan DPSIPT dapat menjaga kebajikan
dan mengembangkan lagi bakat atlet IPT hingga dapat melahirkan "The
Thinking Athletes" yang membanggakan.
Perancangan yang jitu dan implementasi yang tepat mampu
memberikan impak yang mendalam dan berkesan dalam meyakinkan
pelbagai pihak bahawa sukan mampu dan terbukti telah melahirkan
atlet-atlet serta warganegara yang berupaya memacu Malaysia ke arah
sebuah negara yang cemerlang dan gemilang dan matlamat
mensasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus atlet negara datang dari
atlet pelajar dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai