Adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), ilmu dapat diperoleh dengan tidak terbatas dalam bangku sekolah sahaja, tetapi dapat berlaku pada peringkat antarabangsa melalui internet. Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan GATS (general Agreement on Trade and Services : 1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju, bersetuju menghapuskan pendemokrasian pendidikan dan Membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan dan institusi pendidikan,serta.. Mengiktirafkan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan tinggi di antara anggota-anggota.
Globalisasi
Globalisasi pendidikan
Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian. Beliau menegaskan ; globalisasi bukan
Malaysia mengambil beberapa langkah positif untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan:
Menubuhkan Multimedia Super Corridor(MSC).
Mengembangkan sekolah-sekolah bestari. Mereformasikan kurikulum sekolah; menukar bahasa pengantar kepada Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains. Memberi peluang untuk penubuhan kolejuniversiti swasta dalam negeri (penswastaan pendidikan tinggi).
Dalam alaf baru, guru hendaklah bersifat dinamik. Guru dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dari masa ke masa. Guru dinamik sahaja dapat mengatasi cabaran baru yang sering timbul.
Hanya sekolah dinamik berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.
Guru pada asasnya : * Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. * Mengetahui dan menguasai kaedah dalam pengajarannya. * Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh pelajar.
Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Peranan guru yang lain : Diharapkan menjadi pengganti ibu bapa. Penasihat dan pembimbing dalam pembentukan sahsiah pelajar. Menjadi kaunselor kepada mereka. Menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat. Agen pembaharuan bagi masyarakatnya.
Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru mengikut matlamat pendidikan negara serta nilai dan kehendak masyarakat. Di bawah konteks profesionalisme keguruan, pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan faktor faktor penentu yang penting.
Meningkatkan mutu perkhidmatan : * ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam. * menguasai kemahiran mengajar. * kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab diamanahkan. * sikap positif terhadap pekerjaanya. ( Ciri ciri profesionalisme keguruan alaf baru)
Keterlibatan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh dengan tanggungjawab dalam pelaksanaan tugasnya sebagai pendidik di sekolah.
Bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media.
Berpandangan jauh dan mempunyai visi yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan, demi mencapai kecemerlangan pendidikan negara dalam alaf baru.
Ciri berpandangan positif dalam kualiti profesion keguruan: Peka kepada perubahan. Sedar tentang keperluan negara. Bersikap positif terhadap pembelajaran. Mempunyai inovasi dalam tugas.
6. Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan.
Hendaklah menguasai kemahiran belajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran dan ilmu pengetahuan. Menyesuaikan diri dalam peranan dan tugas baru dari semasa ke semasa serta dalam persekitaran sosial.
Mempunyai inovasi dalam perhubungan sosial Berperkerti mulia Mudah suaikan diri Berdaya kepimpinan Kesedaran terhadap persekitaran Mengamalkan sikap toleransi
Bagi menentukan kejayaan pencapaian matlamat sekolah bestari, guru bestari hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan komputer dan alat teknologi terkini serta pedagogi baru untuk mengahdapi cabaran di sekolah bestari. Guru bestari bukan sahaja melaksanakan tugas mengajar sahaja dan memberi limu pengetahuan tetapi berperanan mendidik pelajar mengikut matlamat wawasan 2020 yakni melahirkan teknokrat-teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral di samping membentuk generasi cemerlang yang mempunyai daya kreativiti dan daya saing seterusnya menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.
8. Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan Amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan.
Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah apabila menggunakan proses refleksi.
9. Merebut peluang pendidikan terbuka (open education) Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah.
Pendidikan jenis ini tidak perlu kelayakan akademik tinggi untuk didaftarkan sebagai pelajar. Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-tempat bekerja atau dikelolakan oleh kerajaan, badan badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan negara-negara maju.
Di antaranya ialah : Pendidikan jarak jauh Pendidikan universiti virtual Pendidikan universiti terbuka
Pada tahun 2000, Malaysia telah menubuhkan sebuah universiti terbuka (UNITEM) dan sebuah universiti virtual (UNITAR). Kedua-duanya ialah universiti swasta yang menggunakan teknologi terkini termasuk video-conferencing, internet dan televisyen masing-masing untuk menyampaikan kuliah.
UNITAR mula dibuka pada Julai 1999 menggunakan ruang udara RTM 2 untuk menyampaikan kuliah kepada orang ramai yang mengikuti kursus-kursus ijazah di luar kampus dalam masa-masa tertentu.
International Medical University (IMU) merancang untuk menubuhkan Virtual medical University (VMU) yang membolehkan pelajar
mengikuti kursus perubatan melalui internet.
Pada peringkat antarabangsa, selain universiti terbuka di UK, Masachusetts Institute Technology (MIT) di Amerika Syarikat menawarkan 100 kursus pengajian dalam internet dengan percuma melalui pada bulan September, 2002.
Mac 2003, MIT akan menawarkan lagi 250 kursus pengajian diikuti 500 kursus lagi pada bulan September untuk pekerja-pekerja ilmu antarabangsa yang berminat.
Pemerolehan ilmu pengetahuan pada hari ini tidak lagi hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Pendidikan hari ini sememangnya telah merentasi sempadan media. Ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat diperoleh di sempadan luar sekolah dalam negeri tetapi juga di luar negeri melalui penggunaan komputer sebagai media.
10. Mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan
Perkembangan kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat.
Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
Guru hendaklah berusaha mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat ; Menjalin hubungan dengan pendidik luar negeri melalui internet atau e-mail. Menghadiri konferens dan seminar pendidikan antarabangsa seperti Konferens Pendidikan yang dianjurkan oleh Pusat Wilayah UNESCO. Menyertai rombongan pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan atau Persatuan Guru untuk membuat lawatan sambil belajar di institusi pendidikan di luar negeri.