Anda di halaman 1dari 9

Tarikh: 23 Februari 2012 Masa Lokasi : 8.00 pagi hingga 11.

00 pagi : Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Pada sesi kuliah hari ini lebih menekankan definisi yang berkaitan dengan Pendidikan Moral. Moral berasal dari perkataan Latin iaitu mores yang bermaksud cara. Terdapat juga perkataan Latin iaitu moralitas atau morality yang bermaksud cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Etika pula berasal dari perkataan Greek ethos yang bermaksud kebiasaan atau cara. Mata pelajaran Pendidikan Moral yang merupakan mata pelajaran teras bagi pelajar bukan beragama Islam sangat memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Pelajar dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, beretika, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Penghayatan yang baik terhadap mata pelajaran ini dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Terdapat sesetengah guru mata pelajaran Pendidikan Moral yang tidak mempunyai opsyen dalam mata pelajaran tersebut. Keadaan ini disebabkan wujudnya pihak pentadbiran yang hanya meletakkan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai pelengkap jadual waktu individu guru. Keadaan inilah yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan

Moral, ini kerana guru tidak menyelami erti Pendidikan Moral sebenar mempunyai nilai kreativiti yang kurang sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mengajar Pendidikan Moral wajib memahami konsep sebenar Pendidikan Moral dan tujuan mata pelajaran tersebut menjadi mata pelajaran teras bagi pelajar bukan Islam. Setelah memahami konsep dan tujuan, kesedaran akan hadir dalam diri seorang guru mengenai pentingnya Pendidikan Moral sebagai wadah pembentukan tingkah laku masyarakat. Maka secara tidak langsung, inisiatif guru akan meningkat untuk menjadikan proses pembelajaran lebih kreatif. Keadaan pembelajaran berkesan seperti inilah yang akan mewujudkan masyarakat yang bermoral.

Tarikh: 1 Mac 2012 Masa Lokasi : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi : Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Pada sesi kuliah kali ini, pensyarah lebih menekankan tajuk konsep asas etika yang merujuk kepada pernyataan deskriptif dan pernyataan normatif. Pernyataan deskriptif merujuk kepada bagaimana ahli masyarakat harus bertingkahlaku dan apakah peraturan yang digunakan dalam sesebuah masyarakat. Pernyataan deskriptif menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap sistem tersebut. Pernyataan normatif pula menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada di samping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik. Selain itu, pensyarah menekankan mengenai pembahagian empat teori etika iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori Teleologikal dan Teori Deontologikal. Teori Teleologikal terbahagi kepada dua iaitu Utilitarianisme dan 2

Egoisme. Teori ini melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan dan perbuatan itu tidak diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Teori Utilitarianisme merujuk kepada kewajipan individu mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. Manakala Teori Egoisme meletakkan kepuasan hati satu pihak sahaja dan mengenepikan kepentingan pihak lain. Teori Deontologikal terbahagi kepada dua iaitu Prinsip kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme. Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Melalui teori seperti inilah sebuah masyarakat majmuk dapat diwujudkan dengan terbinanya semangat toleransi dan mementingkan kepentingan sosial melebihi kepentingan diri.

Tarikh: 15 Mac 2012 Masa Lokasi : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi : Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Pada sesi kuliah hari ini pensyarah menekankan mengenai prinsip yang dipegang dalam hidup individu. Seringkali kita terpaksa berhadapan dengan konflik di mana terpaksa mengenepikan prinsip bagi menjaga hubungan baik sesama manusia. Keadaan ini adakalanya melanggar nilai moral yang baik, tetapi situasi tersebut menjadi suatu tradisi yang agak janggal dipinggirkan. Contohnya seorang akauntan di sebuah syarikat terkemuka, memegang prinsip bahawa perkhidmatan yang jujur dan ikhlas dalam setiap segi. Namun, wujud keadaan di mana ketua meminta akauntan tersebut meluluskan laporan audit yang melibatkan hal kewangan bagi menutup penyelewengan 3

yang telah dilakukan oleh ketua tersebut. Akauntan terpaksa mengenepikan prinsip hidupnya semata-mata memenuhi kehendak ketuanya. Situasi ini menerangkan bagaimana prinsip adakalanya dizalimi oleh anasir negatif yang wujud di persekitaran kita. Pensyarah juga telah mewujudkan sesi suai kenal antara pelajar yang mengambil kaedah kedua Pendidikan Moral. Keadaan ini amat efektif kerana kebanyakan pelajar tidak mengenali antara satu sama lain disebabkan aliran kaedah pertama yang berlainan, iaitu Sejarah atau Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pensyarah juga meminta setiap pelajar menyenaraikan nilai-nilai yang ada dalam Pendidikan Moral. Penyenaraian tersebut dilakukan dalam kumpulan, iaitu dua orang bagi setiap kumpulan. Melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat mengenalpasti nilai-nilai yang ada dalam matapelajaran Pendidikan Moral dan seterusnya mewujudkan pendedahan terhadap kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang sememangnya menarik minat dan menambah keyakinan pelajar.

Tarikh: 22 Mac 2012 Masa Lokasi : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi : Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Pada sesi kuliah hari ini pensyarah menekankan mengenai takrifan mengenai Pendidikan Moral iaitu satu program yang membentuk moral pelajar berdasarkan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Prinsip-prinsip yang digunakan dalam matapelajaran Pendidikan Moral untuk melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial adalah bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, berpegang teguh pada ajaran agama, prihatin kepada alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian 4

hidup, bersemangat patriotik, menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip seperti di atas. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti nilai berkaitan dengan perkembangan diri, nilai berkaitan dengan kekeluargaan, nilai berkaitan dengan alam sekitar, nilai berkaitan dengan patriotisme, nilai berkaitan dengan hak asasi manusia, nilai berkaitan dengan demokrasi, nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian. Pada sesi kali ini juga pensyarah telah membahagikan pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Moral kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu set induksi bagi setiap subtopik dalam bidang pembelajaran yang ada dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Kaedah ini amat merangsang minda semua bakal guru supaya kreatif dalam menarik minat pelajar dalam proses pengajaran yang sememangnya menjadi titik tolak kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar oleh seseorang guru.

Tarikh: 29 Mac 2012 Masa Lokasi : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi : Auditorium Utama, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Pada sesi kuliah hari ini, pensyarah menerangkan mengenai teori perkembangan moral. Antara yang dibincangkan adalah Teori Perkembangan Kognitif (Piaget, Kohlberg), Teori Pembelajaran Sosial (Bandura), Teori Psikoanalitik (Freud) dan Zone of Proximal Development (Vygotsky). Teori pertama adalah Teori Perkembangan Kognitif (Piaget), beliau berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka 5

memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori kedua adalah Teori Perkembangan Kognitif (Kohlberg). Beliau berpendapat penaakulan moral berkait rapatdengan perkembangan kognitif walaupun ada masanya tahap pemikiran seseorang tidak menjamin peningkatan tahap penaakulan moral seseorang. Menurut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura). Pembelajaran berlaku apabila pelajar memerhati setiap tingkahlaku guru, kemudian pelajar perlu mengingat segala tingkahlaku tersebut dalam bentuk gambaran dan imiginasi. Seterusnya pelajar menghasilkan semula segala gerak laku seperti yang dipertontonkan oleh guru tersebut dan akhirnya jika tindakan dan kaedah pelajar tersebut betul, guru perlu memberi galakan dalam bentuk ganjaran atau pujian bagi memberi keyakinan kepada pelajar untuk mengulangi tindakan serupa pada masa akan datang. Ini merupakan salah satu teori pembelajaran yang sering digunapakai, terutamanya bagi matapelajaran yang terdapat aktiviti praktikal. Toeri Psikoanalitik (Freud) pula terdiri dari id, ego dan superego. Id adalah struktur paling mendasar dari kepribadian, seluruhnya tidak disadari dan bekerja menurut prinsip kesenangan, tujuannya pemenuhan kepuasan yang segera. Ego berkembang dari id, struktur kepribadian yang mengawal kesadaran dan mengambil keputusan atas perilaku manusia. Superego, berkembang dari ego saat manusia mengerti nilai baik buruk dan moral. Superego merefleksikan nilai-nilai sosial dan menyadarkan individu atas tuntutan moral. Apabila terjadi pelanggaran nilai, superego menghukum ego dengan menimbulkan rasa salah.

Zone of Proximal Development (Vygotsky) adalah jarak antara peringkat perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan potensi individu yang ditentukan dengan bantuan orang dewasa atau kolaborasi antara rakan-rakan yang berkebolehan. Istilah yang digunakan oleh Vygotsky dalam menjelaskan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh individu yang lebih berpengetahuan kepada individu yang kurang berpengetahuan supaya perkembangan kognitif berlaku.

REFLEKSI KUMPULAN RASIONAL

Kumpulan Rasional membuat pembentangan hasil kajian kes yang bertajuk Kekerapan Penggunaan Buku Teks dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral bagi Pelajar Tingkatan Empat. Berdasarkan kajian didapati penggunaan buku teks semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral adalah amat rendah. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada permasalahan ini, antaranya adalah mentaliti pelajar, peranan guru dan peranan pihak pengurusan sekolah. Terdapat juga guru yang lebih selesa menggunakan buku rujukan berbanding buku teks, ini kerana kebanyakan guru yang menggunakan buku teks secara konsisten didapati merupakan guru baru yang kurang berpengalaman. Mereka yang sememangnya masih kurang mahir dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Moral dan menjadikan buku teks sebagai panduan untuk mewujudkan objektif dan fokus dalam pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan guru yang sedikit sebanyak mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan Moral, silibus bagi mereka telah cukup jelas, maka mereka lebih bertumpu kepada penggunaan buku rujukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap. Keadaan ini menyumbang kepada pembentukan mentaliti pelajar yang menganggap buku teks tidak penting. Maka, kesedaran perlu wujud dalam kalangan guru, pelajar dan pihak pengurusan sekolah. Terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti dapat membantu mempertingkatkan penggunaan buku teks Pendidikan Moral, antaranya adalah dengan menyediakan kontrak khas dengan pelajar agar membawa buku teks sekali seminggu bagi melatih mentaliti pelajar, pihak sekolah menyediakan rak buku berkunci bagi tujuan penyimpanan buku teks dan penggunaan buku teks juga perlu berjalan dalam keadaan yang konsisten. Maka, dapat disimpulkan bahawa penggunaan buku teks Pendidikan Moral masih dalam keadaan yang menyedihkan dan usaha perlu hadir daripada pelbagai pihak dalam usaha mempertingkatkan penggunaannya.

Anda mungkin juga menyukai