Anda di halaman 1dari 25

Disampaikan oleh : Nur Aina binti Gahamat 2 PISMP TESL 2

Muzik merupakan suatu cabang seni dan sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan instrumental Muzik juga boleh ditakrifkan sebagai media yang sesuai dan berkesan untuk menyampaikan sesuatu maksud dan mood.

Berbanding dengan bahasa, muzik walaupun dimainkan secara instrumental mampu memberikan penghayatan terhadap cetusan idea dan luahan rasa yang ingin disampaikan oleh pencipta dan penggubah. Pendek kata, muzik mampu memberikan kesan kepada emosi dan perasaan.

Kajian Gottifield Shlaug (Begley,2000) mendapati muzik mampu mempengaruhi otak manusia secara saintifik, iaitu bahagian corpus collosum. Choksy (1998) telah menyenaraikan beberapa kepentingan muzik dalam sistem pendidikan negara.

Muzik sebagai hiburan, rekreasi dan pemberi pengalaman yang berbeza.

Muzik sebagai satu kerjaya.

Muzik sebagai pendidikan holistik.

Muzik sebagai pengaruh sosial.

Muzik dapat menyentuh perasaan dan nilai estetik.

Guru haruslah memilih lagu yang mudah dan sesuai dengan peringkat umur murid-murid

Guru haruslah memastikan tempo, bentuk, irama, ekpsresi dan lirik lagu mudah diikuti oleh murid

Pemilihan seni kata lagu haruslah mempunyai hubungan dengan persekitaran murid dan kemahiran yang hendak diajar

Guru hendaklah memastikan pernafasan, penghasilan ton dan ekpresi murid-murid betul ketika menyanyi

Guru mengenalpasti konsep muzik yang ingin difokuskan sama ada pada seni katanya, irama, melodi dan sebagainya

Seorang guru haruslah mengenalpasti cara mudah untuk mengajar nyanyian untuk memudahkan pemahaman muridmurid.

Lagu yang dipilih perlulah sesuai dengan suara dan tahap murid Nadanya sederhana iaitu tidak terlalu tinggi atau rendah serta irama lagu yang dipilih haruslah mudah dan menarik. Seni kata lagu pula hendaklah mengenai kegembiraan dan bukannya kesedihan. Lagu yang dipilih hendaklah mempunyai perkaitan tentang kehidupan harian murid. Lagu yang dipilih juga seharusnya mempunyai seni kata dan irama yang berulang-ulang Lagu mempunyai melodi yang menarik dan mood lagu riang dan ceria.

Pemilihan lagu tradisional terutama yang bercirikan negeri-negeri lebih memberikan impak yang besar kepada murid-murid Terdapat dua jenis lagu tradisional iaitu lagu tradisional berkonsepkan serumpun atau Melayu Deli dan lagu-lagu tradisi yang menjadi identiti setiap negeri.

Lagu Damak Lagu Seri Mersing Lagu Seri Sarawak Lagu Lela Manja Lagu tradisional
Ghazal Lagu : Pak Ngah Balik Negeri : Johor Bongai Lagu : Lemak Manis Negeri : Negeri Sembilan

Lagu berkonsepkan serumpun atau Melayu Deli

Lagu tradisi setiap negeri

Dikir Barat Lagu : Tupai Negeri : Kelantan Boria Lagu : Anak Tanjung Negeri : Pulau Pinang

Tidak semua lagu sesuai untuk tujuan pengajaran di dalam kelas sama ada seni kata mahupun irama lagunya. Dua aspek utama yang perlu diteliti dalam pemilihan lagu: 1. Kumpulan sasaran 2. Objektif pengajaran

Jenis lagu yang sesuai :


Lagu program rasmi negara

Lagu kanakkanak

Lagu mengandungi cerita, kisah dan teladan

Lagu patriotik patriotik

Lagu jenaka

Lagu irama tradisional dan asli

Lagu pop

Lagu nasyid dan berunsur nasihat

Lagu musim perayaan

Tema: Mari Belajar Melodi: Ciptaan sendiri


Mari mengira (cuap3x) Belajar membaca(cuap3x) Minda yang cerdas, badan yang cergas Hidup ceria. Janganlah malas (cuap3x) Rajin masuk kelas, (cuap3x) Tak pernah jemu, Menuntut ilmu, Bersama cikgu..

Seni kata yang pendek. Sesuai untuk mengajar kelas yang pandai Guru memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan iringan muzik sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik Guru juga membimbing murid untuk membaca suku kata lagu dengan sebutan yang betul. Akhirnya murid-murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Sesuai diajar dalam kelas yang lemah Seni kata lagu yang panjang. Guru memperdengarkan keseluruhan lagu kepada murid Murid mendengar kemudian mengikut guru menyanyi secara baris demi baris. Guru membimbing murid-murid menyanyi dengan seni kata lagu sebaris-baris tetapi berulang. Guru dan murid-murid menyanyikan lagu tersebut secara keseluruhan bersama-sama. Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut secara bersendirian dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik. Kaedah solfge yang menggunakan isyarat tangan juga boleh digunakan ketika mengajar lagu.

Memilih tajuk dan objektif yang ingin dicapai

Menyesuaikan lagu dengan tema atau tajuk mingguan

Memilih lagu yang sesuai

Mempelbagaikan teknik mengajar nyanyian

Penggunaan alat muzik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan Terdapat dua alat muzik yang sering digunakan iaitu : 1. Alat muzik berpic 2. Alat muzik tanpa berpic

Gitar Akustik

Melodian

Guiro Kastanet kayu Marakas kayu

Simbal tangan

Kayu tik tok

Tamborin

Rujukan
Hj.Omar, A. (1997). Pendidikan Pemulihan dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Latihan Ilmiah: Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia, K. P. (2000). Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Mohammad, K. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Sahok, J. (1990). Pendidikan Pemulihan. Petaling Jaya: Masa Enterprise. Tee, C. T. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai