Anda di halaman 1dari 2

Cara melukis Wajah Manusia

Di sini saya ingin memberikan secara asas untuk melukis wajah manusia secara anatomikal. Pelukis profesional tidak memerlukan panduan garisan untuk melukis, tetapi bagi pelukis yang baru hendak belajar , mereka sangat memerlukan panduan untuk melukis wajah manusia secara anatomikal.

Langkah pertama yang perlu diakukan adalah dengan letakkan guideline. Lukiskan dua bulatan besar dan bulatan kecil dibawah. Kemudian gariskan tiga garisan melintang secara selari. Garisan atas adalah untuk paras rambut. Garisan tengah untuk paras bulu kening dan garis bawah adalah garisan paras bawah hidung. Lukiskan garisan dibawah dahulu kemudian garisan ditengah bulatan besar. kemudian di atas kekali secara selari. Tidak perlu menggunakan pembaris. Biasakan diri anda untuk tidak gunakan pembaris kerana kita melukis wajah manusia bukan lukis wajah seekor robot. Berapa besar bulatan tersebut. Ini adalah yang perlu anda perhatikan. Belajar dari pemerhatiaan. Untuk wajah orang dewasa dan wajah kanakkanak adalah berlainan. Kanak-kanak mempunyai bulatan yang lebih besar (bulatan diatas). Paras mata kanak-kanak adalah sedikit kebawah berbanding dewasa.

Langkah seterusnya adalah melukis bahagian hidung dan mata. lukis hidung diatas garisan. Kemudian larikkan bulu kening kemudian lukiskan bahagian mata. Bahagian mata ini adalah sangat penting. Bahagikan tengah tersebut kepada 5 section. Tidak perlu mengukur, cukup sekadar mengagak sahaja kerana wajah manusia berbeza-beza. section yang kedua dan keempat itu dilukis mata. Nanti saya akan beri penerangan lanjut bagaimana untuk melukis mata.

langkah terakhir adalah melakar secara penuh rupabentuk wajah

manusia tersebut. Cuba perhatikan bahagian telinga manusia tersebut. jarak telingga adalah sama dengan paras garisan kedua dan ketiga. telinga juga sama paras dengan dengan atas kening. Perlu diingat sepanjang pengalaman saya, paras kening adakala lebih terangkat sedikit daripada paras atas telinga.

Nama : Jaka Akbar F Kelas : XI IPA 4 E-mail : jakaakbarf@yahoo.co.id

Anda mungkin juga menyukai