Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2012

SMK ELOPURA

Oleh : Rovina Bt. Samsudin (790919-12-5124)

KAEDAH R.O : MENGESAN ISI-ISI PENTING RUMUSAN STPM Oleh : ROVINA BT. SAMSUDIN

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajarpelajar Tingkatan Enam, iaitu kelas 6.2.2 SMK Elopura dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, khususnya dalam soalan Bahagian B yang berkaitan dengan rumusan. Seramai 24 orang pelajar 6.2.2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian tindakan ini lebih berfokus kepada penguasaan kebolehan pelajar dalam mengenal pasti isi utama, isi sokongan (huraian dan hujah), dan kesimpulan petikan. Tinjauan awal dilaksanakan melalui tugasan di rumah, ujian peperiksaan semester dan praujian. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa pelajar tidak mahir mengenal pasti inti pati-inti pati isi petikan karangan dan para pelajar juga kurang berkemampuan mengolah semula kandungan petikan dengan menggunakan bahasa sendiri secara berkesan tanpa mengubah maksud asal petikan. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, kaedah R.O digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan harapan dapat membantu pelajar mencapai markah yang baik dalam soalan bahagian B. Selepas pascaujian dijalankan, hasil tinjauan menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar menguasai kemahiran tersebut dalam empat sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam prestasi pelajar.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU Dalam kertas 2 Bahasa Melayu STPM, Bahagian B, iaitu Soalan 5, calon STPM akan dikemukakan satu petikan yang panjangnya lebih kurang 450 patah perkataan. Berdasarkan petikan tersebut, calon dikehendaki merumus petikan dengan

mengemukakan satu idea utama (IU), lima atau enam isi sokongan (IS), dan satu kesimpulan (K). Namun begitu, sewaktu saya mengajar bahagian rumusan ini dalam kelas 6.2.2, saya dapati majoriti para pelajar saya kurang berupaya membezakan isi-isi penting daripada huraian. Mereka sepatutnya dapat mengemukakan isi penting atau inti daripada petikan dengan meninggalkan maklumat sokongan, tetapi para pelajar saya gagal mengutarakan isi-isi penting atau inti tersebut dengan secukupnya. Sekiranya dalam Idea Utama (IU) terdapat lima inti, majoriti para pelajar hanya dapat mengemukakan dua inti sahaja. Terdapat juga para pelajar yang memasukkan maklumat sokongan dalam jawapan mereka. Walaupun tidak salah, tindakan tersebut

memungkinkan jawapan mereka menjadi lebih panjang daripada jumlah patah perkataan yang dikehendaki oleh soalan. Tambahan pula, tindakan para pelajar yang memasukkan perkara yang tidak dikehendaki akan menyebabkan mereka tidak dapat mengemukakan isi secukupnya. Apabila saya mengajukan soalan berkenaan masalah tersebut, para pelajar memberitahu saya bahawa mereka mengalami kesukaran untuk membezakan inti atau isi penting dan huraian. Terdapat juga pelajar yang mengakui bahawa mereka dapat mengenal pasti sebahagian isi penting sahaja dan tidak berhati-hati semasa membina ayat sehingga isi yang dipersembahkan itu tidak menepati maksud yang terdapat dalam petikan. Apabila melihat masalah ini, saya berasa bersalah dan saya perlu memperbaik kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mencari

satu kaedah yang sesuai untuk mempertingkat penguasaan pembelajaran para pelajar saya. 2.0 Fokus Kajian Berdasarkan tinjauan awal yang dilaksanakan melalui latihan, ujian gempur minda, peperiksaan, dan praujian, saya mendapati bahawa para pelajar menghadapi beberapa masalah berkaitan merumus petikan. Namun, saya akan memfokuskan kajian ini kepada satu masalah utama sahaja, iaitu kesukaran para pelajar mengesan isi-isi penting atau inti pati petikan yang saya lihat begitu ketara sekali dihadapi oleh mereka. Hasil penilaian yang saya lakukan terhadap markah latihan dan peperiksaan para pelajar, sebahagian besar daripada mereka sering memperoleh 11 markah ke bawah daripada 20 markah. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar hanya mampu memperoleh separuh daripada markah penuh.

3.0

Objektif kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, para pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkat markah lulus pelajar dalam kertas 2 Bahasa Malaysia STPM dan seterusnya dapat meningkatkan Gred Purata Sekolah dalam STPM 2012. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengesan isi-isi penting petikan. Membantu pelajar menulis rumusan dengan lebih baik. Membantu pelajar memperoleh markah yang lebih baik dalam Bahagian B Kertas 2 Bahasa Malaysia STPM.

4.0

Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 24 orang pelajar dari kelas 6.2.2 yang terdiri daripada 9 orang

pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Kelas 6.2.2 merupakan kelas kedua selepas kelas jurusan Sains, iaitu 6.2.1 dan kelas ini mengambil pakej mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Ekonomi, dan Sejarah. 5.0 Inovasi Inovasi yang saya laksanakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar ialah melalui kaedah R.O. Istilah R.O tersebut saya pinjam daripada perkataan Inggeris, iaitu Reverse Osmosis atau Osmosis Berbalik yang merujuk suatu kaedah teknologi pemurnian air yang paling moden. Secara mudahnya, rumusan ialah kebalikan daripada penulisan karangan. Semasa menulis karangan, para pelajar diajar menyatakan isi yang kukuh dan menghuraikannya dengan jelas. Ertinya, isi tersebut perlu diperluas dengan menjawab soalan apa, bila, siapa, bagaimana, dan mengapa. Untuk memantapkan huraian isi karangan, pelajar sewajarnya menyelitkan maklumat sokongan, misalnya contoh, perangkaan, pendapat, dapatan kajian, peribahasa, dan bukti-bukti lain yang berkaitan. Namun, dalam rumusan pula, para pelajar sepatutnya mengemukakan isi penting atau inti daripada petikan dengan meninggalkan maklumat sokongan tersebut. Oleh itu, kaedah R.O ini akan membantu pelajar untuk mengenal pasti isi-isi penting atau inti-inti petikan dengan mengajukan soalan apa, bila, siapa, bagaimana, dan mengapa secara terbalik, iaitu bukan untuk mengembangkan isi, tetapi untuk mengesan inti pati ayat dalam petikan.

6.0

Jadual Pelaksanaan Kajian Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh lima bulan mengikut langkah-langkah yang telah

diringkaskan dalam jadual di bawah : Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 6 Januari 2012 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. 10 Februari 2012 2. 3. 4. 5. 6. 7. Menulis proposal kajian. Ujian Pra Pelaksanaan Inovasi Ujian Pasca Menganalisis data kajian Membuat laporan kajian 22 Februari 2012 8 Mac 2012 April 2012 2 Mei 2012 Jun 2012 31 Julai 2012

7.0

PELAKSANAAN KAJIAN 7.1 Tinjauan Masalah Terdapat beberapa kaedah yang saya lakukan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan masalah pelajar 6.2.2 tersebut. Kaedah pertama adalah melalui pemerhatian dalam kelas, iaitu ketika pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temu bual secara rambang dengan dua belas orang pelajar. Kaedah lain yang saya gunakan untuk mengumpul maklumat adalah melalui praujian yang dilaksanakan untuk menguji kemahiran pelajar.

7.2

Analisis Tinjauan Masalah 7.2.1 Kaedah Temubual Analisis dapatan temu bual mendapati bahawa 79.2% pelajar keliru mengenal pasti isi-isi penting berdasarkan petikan. Manakala, 20.8% pelajar tidak berkemahiran mengolah semula isi-isi penting dengan berkesan sehingga menyebabkan rumusan pelajar telah berubah daripada maksud asal petikan tersebut. Namun, majoriti pelajar (95%) mengakui bahawa mereka tidak mahir mengenal pasti inti pati-inti pati isi utama, isi sokongan, dan kesimpulan petikan. Oleh itu, saya mengambil tindakan awal dengan memberitahu para pelajar sekali lagi bahawa mereka perlu memahami dan menguasai isi petikan karangan secara menyeluruh dengan membaca petikan yang diberikan dengan teliti.

7.2.2

Kaedah Praujian Praujian dilaksanakan dengan mengemukakan sebuah petikan rumusan

yang panjangnya lebih kurang 450 patah perkataan yang menepati standard soalan sebenar STPM. Ujian dilaksanakan pada 8 Mac 2010 dan semua pelajar yang menjadi sasaran hadir semasa praujian tersebut dijalankan.. Saya menetapkan bahawa pencapaian pelajar dianggap lulus jika seseorang pelajar itu mencapai 1115 markah, iaitu pada tahap sederhana hingga baik sahaja. Pencapaian yang saya sasarkan tersebut merupakan pencapaian lazim bagi segelintir kecil pelajar. Berdasarkan praujian tersebut hanya 9 daripada 23 pelajar sahaja yang lulus dan 13 daripada 24 orang pelajar pula mencapai markah

antara 6-10 markah sahaja, iaitu pada tahap lemah. Manakala, dua orang lagi adalah pada tahap yang sangat lemah, iaitu 0-5 markah. Walaupun terdapat 9 orang pelajar yang mencapai sasaran pencapaian praujian yang saya jalankan, saya tetap tidak berpuas hati kerana para pelajar tersebut telah menunjukkan pencapaian yang tidak konsisten ketika menyiapkan latihan di rumah atau ketika menjawab soalan peperiksaan. Selain itu, hasil praujian juga menunjukkan bahawa lebih daripada separuh jumlah pelajar, iaitu 15 daripada 24 orang pelajar mendapat 10 markah dan ke bawah. Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Pelajar A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Praujian 10 /20 8 / 20 12 / 20 9 / 20 11 / 20 9 / 20 3 / 20 11 / 20 10 / 20 12 / 20 11 / 20 6 / 20 2 / 20 8 / 20 7 / 20 15 / 20 9 / 20 9 / 20 11 / 20 11 / 20 6 / 20 9 / 20 7 / 20 15 / 20

Jadual 1 : Prestasi Pelajar Sasaran dalam Praujian

7.3

Tindakan yang Dijalankan Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani masalah pelajar-pelajar 6.2.2, iaitu : 7.3.1 Kaedah R.O (Reverse Osmosis) Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perkara 5.0, iaitu berkaitan dengan inovasi yang saya lakukan, kaedah ini merupakan kebalikan daripada penulisan karangan, iaitu para pelajar sepatutnya mengemukakan isi penting atau inti daripada petikan dengan meninggalkan maklumat sokongan. Para pelajar dibimbing untuk mengenal pasti isi-isi penting atau inti-inti petikan dengan mengajukan soalan apa, bila, siapa, bagaimana, dan mengapa secara terbalik, iaitu bukan untuk mengembangkan isi, tetapi untuk mengesan inti pati ayat dalam petikan. Dalam praujian yang telah dilaksanakan, seramai 15 orang pelajar telah gagal mencapai sasaran pencapaian yang saya tetapkan, namun dalam melaksanakan inovasi tersebut, saya tetap melibatkan kesemua pelajar (24 orang) memandangkan ketidakkonsistenan para pelajar yang mencapai markah sasaran tersebut dalam peperiksaan atau latihan yang lain. Pelaksanaan inovasi tersebut saya laksanakan terhadap pelajar-pelajar sasaran sepanjang bulan April 2012 dan penerapan Kaedah R.O dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Semasa aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas, kehadiran para pelajar sasaran adalah pada tahap memuaskan. Saya memulakan aktiviti dengan menerangkan Kaedah R.O terlebih dahulu kepada para pelajar dan seterusnya mengumpulkan pelajar-pelajar berkenaan mengikut kumpulan kecil. Kemudian,
8

saya mengedarkan petikan rumusan kepada para pelajar dan meminta mereka mengesan inti pati-inti pati idea utama (IU), isi-isi sokongan (IS), dan kesimpulan (K) dengan menggunakan kaedah tersebut. Selepas itu, saya akan meminta para pelajar menyemak jawapan masing-masing berpandukan skema jawapan yang saya sediakan. Proses pembelajaran ini saya lakukan dalam setiap minggu selama sebulan dan saya mendapati berlaku perubahan positif dalam penguasaan teknik menjawab bahagian B oleh para pelajar sasaaran. 8.0 DAPATAN KAJIAN Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 Pelajar A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Praujian 12 /20 11 / 20 14 / 20 10 / 20 12 / 20 12/ 20 8 / 20 14 / 20 10 / 20 12 / 20 13 / 20 9 / 20 9 / 20 10 / 20 10 / 20 18 / 20 12 / 20 12 / 20 13 / 20 13 / 20 10 / 20 11 / 20 10 / 20 18 / 20

Jadual 2 : Prestasi Pelajar Sasaran dalam Pascaujian


9

8.1

Berdasarkan jadual 1 di atas, hanya 8 daripada 24 orang sahaja pelajar masih

gagal melepasi tahap pencapaian sasaran (6 10 markah), tetapi telah berkurangan sebanyak lima orang pelajar berbanding 13 orang semasa praujian. Namun, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang mencapai tahap sederhana dan baik, iaitu pada tahap markah 11 15 markah. Dapat kita lihat, terdapat pertambahan sebanyak empat orang pelajar daripada 9 orang semasa praujian kepada 14 orang selepas pascaujian. Selain itu, terdapat juga dua orang pelajar yang telah mencapai tahap sangat baik, iaitu dengan purata markah 16 20 markah. Hal ini menunjukkan bahawa Kaedah R.O yang saya laksanakan berjaya meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran mengenal pasti inti pati-inti pati petikan rumusan walaupun tidak secara 100 peratus. Selain itu, kaedah ini juga telah berjaya mengatasi masalah pelajar yang berada pada tahap sangat lemah semasa dalam praujian.

9.0

REFLEKSI / RUMUSAN KAJIAN 9.1 Refleksi Terhadap Pelajar Secara keseluruhannya, melalui pemerhatian yang saya lakukan dalam kelas, terdapat perubahan terhadap tingkah laku pelajar-pelajar sasaran. Tindakan yang saya laksanakan ternyata berkesan dan hal ini dapat dilihat melalui keputusan pascaujian. Selain itu, berdasarkan temu bual yang saya laksanakan secara tidak formal dengan pelajar-pelajar yang disasarkan, 67% daripada mereka mengatakan bahawa mereka lebih menguasai kemahiran mengesan isi-isi penting rumusan melalui aktiviti yang telah dilaksanakan tersebut. Namun, 33% (pelajar yang masih gagal) pula berpendapat sebaliknya. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini saya akan menggunakan tindakan atau
10

aktiviti-aktiviti yang lain pula dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang akan datang.

9.2

Refleksi Terhadap Guru Bagi diri saya sebagai seorang guru, saya amat gembira kerana berjaya menangani

masalah pelajar yang berkaitan dengan penguasaan merumus petikan dalam subjek Bahasa Malaysia, iaitu berfokus kepada meningkatkan kemahiran para pelajar dalam mengesan isi-isi penting rumusan STPM. Namun, tidak dinafikan juga saya agak kecewa kerana tidak semua pelajar yang saya sasarkan mencapai tahap penguasaan kemahiran yang saya harapkan. Oleh itu, saya akan mencuba lagi tindakan atau aktiviti yang lain agar dapat memastikan 100% pelajar 6.2.2 berjaya menguasai kemahiran tersebut.

11

Anda mungkin juga menyukai