Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN C : ESEI /

KARANGAN
Bentuk Tugasan Soalan Esei

Bidang Tajuk Esei


1.

2.
3.
4.
5.
6.

Ekonomi
Pendidikan
Sukan dan rekreasi
Bahasa / seni / budaya / sastera
Sains dan teknologi
Kemanusiaan dan kemasyarakatan

BENTUK TUGASAN SOALAN


ESEI
1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bincangkan
Huraikan
Jelaskan
Berikan ulasan / pandangan /
pendapat
Berikan cadangan
Berikan penilaian
Bahaskan
Sejauh manakah

1. Bincangkan
Calon dikehendaki membincangkan
dan memberikan pendapat tentang
perkara atau isu berkenaan.
Contohnya;
Peningkatan
suhu
bumi
telah
menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan
saintis.
Sekiranya
peningkatan suhu terus berlaku,
pelbagai kesan buruk akan menimpa
kehidupan
manusia.
Bincangkan

1. Bincangkan

Berdasarkan tajuk di atas, calon perlu


membincangkan
punca-punca
peningkatan suhu dan kesan-kesan
buruk yang dihadapi oleh manusia
akibat daripada peningkatan suhu
tersebut.

2. Huraikan
Calon perlu menghuraikan atau
menjelaskan sesuatu isu atau perkara
dengan mengemukakan contoh dan
bukti yang kukuh.
Contohnya ;
Menurut pihak polis, penggunaan pil
khayal ecstasy semakin berleluasa,
terutamanya dalam kalangan remaja.
Pengambilan pil khayal ecstasy ini
banyak memberi kesan negatif.
Huraikan penyataan ini.

2. Huraikan

Berdasarkan tajuk tersebut,


calon
dikehendaki menghuraikan kesankesan negatif, iaitu kesan jangka
pendek dan kesan jangka panjang
akibat daripada pengambilan pil
ecstasy.

3. Jelaskan

Sama seperti HURAIKAN.

4. Berikan ulasan / pandangan /


pendapat
Calon perlu mengemukakan pendapat
mereka tentang sesuatu isu atau
perkara.
Contohnya ;
Kebelakangan ini, penduduk di
beberapa buah negeri mengalami
krisis bekalan air. Punca utama
masalah ini adalah akibat daripada
pencemaran sungai. Pada pendapat
anda, apakah tindakan yang perlu

4. Berikan ulasan / pandangan /


pendapat

Calon perlu mengemukakan pendapat


tentang tindakan-tindakan yang perlu
diambil untuk mengatasi masalah
pencemaran sungai.

5. Berikan cadangan
Calon
perlu
mengemukakan
cadangan
yang
baharu
atau
mencadangkan
penambahbaikan
terhadap langkah yang sedia ada.
Contohnya ;
Setiap tahun, sekitar bulan September
dan November negara ini akan
dilanda masalah jerebu. Masalah ini
kian meruncing, khususnya dari aspek
kesihatan, ekonomi malah hubungan
politik dengan negara jiran.

5. Berikan cadangan
Oleh itu, jalan penyelesaian yang
benar-benar efektif perlu diambil bagi
mengatasi masalah ini. Bincangkan
strategi-strategi yang perlu dilakukan
bagi memastikan masalah jerebu di
SUKU KATA
negara iniJUMLAH
tidak berulang
lagi.
Berdasarkan tajuk di atas, calon perlu
berhati-hati
dalam
memberikan
cadangan. Hal ini disebabkan calon
tidak digalakkan untuk menghuraikan
laangkah-langkah sedia ada, tetapi

5. Berikan cadangan
cadangan
yang
baharu,
iaitu
cadangan
yang
masih
belum
dilakukan
oleh
pihak
yang
bertanggungjawab. Sebaliknya, jika
calon ingin membincangkan langkah
yang sedia ada, calon perlu
mencadangkan
penambahbaikan
terhadap langkah tersebut.

6. Berikan penilaian

Bagi tajuk esei yang meminta calon


memberikan
penilaian
tentang
sesuatu
pula,
calon
harus
memberikan pandangannya sendiri
berdasarkan asas-asas
penilaian
tertentu yang logik dengan alasanalasan yang kukuh dan dapat
diterima.

6. Berikan penilaian

Tugasan esei jenis ini sebenarnya


lebih sukar kerana hujah yang
diberikan harus tepat dan bernas.
Kadang-kadang, penilaian tersebut
harus berasaskan data yang diperoleh
daripada hasil kajian dan penyelidikan
pihak tertentu.

6. Berikan penilaian

Sesetengah perkara pula sukar dinilai


secara objektif. Sebagai contoh, jika
tajuk mengkehendaki pelajar menilai
kejayaan usaha untuk merealisasikan
konsep 1Malaysia, data-data yang
konkrit untuk membuktikan kejayaan
atau kegagalannya amat sukar kerana
sesuatu yang berkaitan dengan hati
dan perasaan sukar dipaparkan dalam
bentuk statistik.

6. Berikan penilaian

Sebaliknya, jika tajuk berkaitan


dengan penilaian terhadap hasil
usaha untuk meningkatkan tahap celik
komputer dalam kalangan kanakkanak, maka penilaiannya lebih
mudah.

6. Berikan penilaian
Contoh soalan;
Dalam negara majmuk seperti di
Malaysia,
perpaduan
dan
persefahaman
dalam
kalangan
penduduk yang berbilang kaum
amatlah penting untuk meningkatkan
kemajuan negara. Berikan penilaian
anda tentang pernyataan ini.

7. Sejauh manakah
Calon
perlu
menggunakan
kebijaksanaan dan kematangan fikiran
untuk membuat pertimbangan tentang
sesuatu isu atau perkara.
Contohnya ;
Sukan berjaya memupuk semangat
setiakawan,
bukan
sahaja
dalam
kalangan rakan sepasukan, malahan
dalam kalangan pihak lawan tanpa
mengira
bangsa
dan
negara.
Berdasarkan penyataan di atas, sekauh
manakah sukan boleh menyatukan dunia

7. Sejauh manakah

Soalan tersebut mengkehendaki calon


menjelaskan
atau
membuktikan
bahawa sukan merupakan satu
elemen
penyatuan,
sama
ada
penyatuan antara kaum, bangsa atau
negara.

8. Bahaskan
Calon perlu mengemukakan pendapat
atau pandangan dan membahaskan
pandangannya itu. Calon boleh bersikap
pro atau kontra terhadap tajuk yang
dikemukakan. Contohnya;
Hasrat kerajaan untuk mengizinkan
penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar bagi mata pelajaran
sains dan teknologi di institusi pendidikan
tinggi Malaysia telah menimbulkan
pelbagai reaksi. Sesetengah pihak
mendakwa bahawa kedudukan bahasa
Melayu akan terancam. Bahaskan

8. Bahaskan

Berdasarkan tajuk di atas, calon perlu


mengemukakan pendirian mereka
sama ada bersetuju atau tidak tentang
perkara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai