Anda di halaman 1dari 10

Perkaitan Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Ke bangsaan Noorziha binti Ismail Universiti Terbuka

Malaysia Cawangan Kelantan (OUM) PENGENALAN Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebang saan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan b erbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang la in, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelaja ran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengand ungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengaja ran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandunga n yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengi sian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa Mela yu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan m enengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhada p bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebag ai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh sem ua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah mene ngah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. KONSEP DAN PENGERTIAN. (a) Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi pandu an guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang b erkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. A spek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian ku rikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-as pek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajar an bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Suka tan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita cita murni semangat Falsafah Pe ndidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesuk aran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kep ada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang. HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk mem ilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapka

n dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajara n secara berkesan. Guru digesa melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur bernilai tamb ah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemah iran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Di samping nilai murni dan semanga t patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan haria n dan dunia pekerjaan. (b) Falsafah Pendidikan Kebangsaan Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang d ianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafa h juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempun yai nilai yang lebih tinggi daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari -cari oleh orang yang beriman. Dari aspek sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yu nani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehik mahan. Pengertian falsafah dikembangkan lagi oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle, Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang utama, iaitu metafizik, epistemologi, aksiolo gi yang mempunyai etika dan estetika serta logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran tentang kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah caban g falsafah yang memberi focus kepada ilmu. Cabang falsafah yang seterusnya ialah aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai. Aksio logi terdiri daripada dua aspek, iaitu etika dan estetika. Etika ditakrifkan seb agai persoalan tentang nilai moral dan peraturan tingkah laku manusia yang betul . Estetika member pengertian tentang pemahaman dan pengamatan intelektual. Manak ala logik merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan pemikiran atau hujah y ang betul atau sebaliknya. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya ia itu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana t erkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaa n pendidikan yang akan digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Me nurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. Falsafah pendidikan adalah pecahan daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah u mum pula terdiri daripada beberapa falsafah seperti idealisme, realisme, pragmat isme dan eksistensialisme. Secara umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepad a kepentingan pemikiran, jiwa dan kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat yang mempercayai bahawa manusia memperoleh penge

tahuan hanya melalui pengalaman dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensiali sme menjurus kepada falsafah yang bersifat individualistik kerana menekankan asp ek manusia bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Dari sini la hir idealisme yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di b awah. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang be nar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, siste matik, dan diterima umum. Asal usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang be rmaksud memelihara atau mengasuh. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidika n diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruha n hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering mengha dapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pe ndidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan fals afah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946). Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimba lbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan me rujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik atau ontologi (teori kejadi an), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pend idikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak memban gun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendid ikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. (c) NilaiNilai Estetika

Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan p erlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasm ani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembanga n jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringka t umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendi dikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tun jang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi pen ekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresias i yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apr esiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terut amanya pendidikan seni visual dan muzik. Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keind ahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelaja ran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, da n lain lain. HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, s etiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafa h ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sen tiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahi rkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yan g sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada ya ng lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malay sia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab prof esional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini meme rlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terh adap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi p endidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia den gan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menj adi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang ter kandung dalam FPK. Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program b ersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, pe rubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, re formasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesua i untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalank an tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap perib adi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang d iterima audiens (para pelajar). Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini mel iputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan poten si secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan ikli m sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas memben tuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsa fah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia semema ngnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dal am beberapa aspek. Antaranya : Rohani

Intelek

Jasmani

Bakat

Akhlak

Sosial

Nilainilai estetik

(a) Intelek Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (men ganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, gol ongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Fals afah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang da n harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani. Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi m erancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pe lajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kr eatif. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bers aing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negar a kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. (b) Rohani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam m

ata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kana kkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dal am pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muri dmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertola k ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dala m diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah lak u dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menj adi positif dan bertambah mulia. (c) Jasmani Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping r ohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan d alam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajara n tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan s eimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal s eperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi. (d) Bakat Dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu seperti menyanyi, ber lakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebang saan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Me layu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. A ntaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelba gai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banya k pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan , bagi mecungkil bakat. (e) Akhlak Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama la in yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pen gajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilainilai murni ke dalam diri muridmurid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi. (f) Sosial Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial in i boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrak an, dengan guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sos ial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyar akat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemal u dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid. (g) Nilai nilai estetik.

Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Me layu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri . Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, sya ir, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wuj ud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain. PENUTUP Berteraskan daripada Falsafah Pendidikan Barat dan juga Falsafah Pendidikan Isla m, maka wujudlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan bahawa wujudnya suatu garis panduan kepada guru-guru untuk mengikutinya. Banyak fungsi-fungsi y ang bakal dihadapi oleh guru serta tugas yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. FPK juga bertujuan menjadi rujukan kepad a sesuatu dasar pendidikan supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan se kaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. Implikasi daripada FPK ini adalah untuk menyatakan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletak kan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Oleh kerana aspirasi ini aspirasi ini dijunjung oleh para guru, maka tidak hairanlah guru memainkan peranan yang pent ing untuk membentuk seseorang pelajar tersebut dengan berkesan sekali. Ini selar as dengan KBSR yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani, jasm ani, intelek, dan juga emosi yang sihat. Peranan guru pula boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegang an para guru di Malaysia ini. Antara cabang-cabang berkenan ialah metafizik, epi stemologi, aksiologi, dan juga logik. Semua cabang ini mempunyai pengertian masi ng-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi menjayakan FPK dan juga KBSR agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang ya ng diceburinya nanti. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebi h jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasra t yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapatdirealisasi kan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yangberilmu pengetahu an dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi danjasmani seperti yang digari skan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan. RUJUKAN Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quant um Books. Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Edaris Abbu Bakri.2004. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidik an. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Pre ss. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=29 http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php http://www.scribd.com/doc/38613489/Xciment-FPM-PBS-Nyer http://www.scribd.com/doc/38613456/Xciment-FPM-PBS-Nyer http://iptaa.edu.my/Portal/download/Bahasa%20Melayu%20Pend%20Rendah/ModulPGSRBMM 3104/1.pdf http://www.scribd.com/doc/13969039/Penerapan-Falsafah-Pendidikan-Dalam-Proses-PP http://ariedrifke.blogspot.com/2010/04/implikasi-falsafah-pendidikan.html http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/BAB%201%20AP000277.pdf http://www.tutor.com.my/dunia.asp?y=2009&dt=0105&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspe ktif&pg=ps_01.htm http://www.lombalomba.com/? s=pelaksanaan+konsep+intelek,+rohani,+emosi+dan+jasm ani+dalam+pendidikan http://www.iab.edu.my/bpk.pdf http://www.scribd.com/doc/37841551/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-Semester-1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsaf ah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai, manakala Sophia dier tikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, ia itu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan pe njanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembang an manusia. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan fa lasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.

Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap p erkara yang penting. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan la gi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatM alaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungja wab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhad ap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara

Anda mungkin juga menyukai