Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PENGERUSI KELAB CUISSON ILLIMITEE PISMP SAINS / PJ/ BI AMBILAN JANUARI 2010

Sebelum

Kelab Cuisson Illimitee telah menganjurkan Kursus Pendek Masakan Chicken Chop bertempat di Kolej Komuniti Arau, Perlis. Bersesuaian dengan tema Pemakanan Sihat, pemilihan sajian Chicken Chop ini adalah amat menepati objektif kelab ini. Perbincangan melibatkan ahli jawatankuasa tertinggi kelab telah bersetuju untuk memilih kursus pendek masakan yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti sebagai yang terbaik dari segi pengurusan, jenis masakan, jarak dan juga kos. Kemudian ahli kelab dibahagikan kepada biro-biro bagi memudahkan urusan dalam menganjurkan kursus masakan ini. Kertas kerja kursus ini dihasilkan oleh setiausaha dan dirujuk kepada pensyarah penasihat, Encik Rizam Zambri dan seterusnya kepada Pengarah IPG Kampus Perlis. Setelah diluluskan, biro-biro lain memulakan tugas dan dipantau oleh saya setiap masa terutama dari segi dokumentasi, aliran tunai bendahari, peralatan dan juga sijil dan cenderamata. Pihak kolej dihubungi dan tarikh 15 Oktober 2012 dipilih sebagai tarikh pengendalian kursus tersebut.

Semasa

Kursus bermula jam 8.00 pagi di Kolej Komuniti Arau. Peserta kursus diberi boring untuk diisi berkenaan maklumat diri dan juga boring penilaian kursus. Kehadiran peserta juga amat baik apabila kesemua peserta yang berdaftar dapat menghadirkan diri. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, mudah dan berkesan. Bahan-bahan masakan yang disediakan adalah mencukupi dan berkualiti. Kesemua peserta dapat menyiapkan hidangan dalam jangka masa yang ditetapkan dan tanpa menghadapi sebarang kesulitan. Setelah selesai kursus dijalankan, cenderamata diberikan kepada pihak Kolej Komunti dan juga pihak pengajar.

Selepas

Setelah selesai berkursus, kelab masih lagi berhubung dengan pihak kolej komuniti bagi menguruskan sijil peserta yang dikeluarkan oleh pihak kolej. Segalanya sempurna tanpa sebarang masalah, Sesi post-mortem dijalankan bagi mengesan kelemahan dan melakukan penambahbaikan bagi sesi akan datang. Semua ahli biro dikehendaki menyiapkan laporan kursus dan diserahkan kepada setiausaha untuk dokumentasi.

Disediakan oleh,

(FARHAN AHMAD) Pengerusi, Kelab Cuisson Illimitee, PISMP Sains Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Perlis .

Anda mungkin juga menyukai