Anda di halaman 1dari 8

(KOD DAN NAMA KURSUS)

TAJUK 7 Kemahiran Matematik Berfungsi

7.0 SINOPSIS

Topik ini menjelaskan matematik berfungsi, kurikulum berfungsi, pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi serta cadangan aktiviti. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan kepentingan matematik berfungsi 2. menghuraikan matematik berfungsi 3. menjelaskan prinsip-prinsip pengajaran matematik berfungsi 4. menjelaskan dan memberikan contoh-contoh aktiviti matematik berfungsi

7.2 KERANGKA TAJUK

Matematik Berfungsi

Matematik Berfungsi

Kurikulum Berfungsi

P & P matematik berfungsi

Cadangan Aktiviti

62

(KOD DAN NAMA KURSUS)

Mengapakah kanak-kanak berkeperluan khas perlu diajar kemahiran matematik berfungsi? 7.3 Matematik Berfungsi

Matematik Berfungsi membolehkan pelajar memiliki pelbagai pengetahuan, kemahiran dan melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam kehidupan harian dan kerjaya. Individu yang memiliki kemahiran ini akan dapat meningkatkan diri dalam bidang pendidikan, latihan dan kerjaya serta dapat memberi sumbangan dalam masyarakat dan kerjaya. Tujuan kemahiran matematik berfungsi adalah: Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya, pembelajaran dan kehidupan Menangani masalah kemahiran yang terpisah Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan Menjadikan pelajar lebih yakin semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan Ciri-ciri kemahiran matematik berfungsi menyelesaikan masalah. pelajar. adalah berasas kepada kemahiran

Mengajar pelajar kemahiran matematik berfungsi

bermakna guru juga membantu membentuk kemahiran penyelesaian masalah Pembelajaran kemahiran matematik berfungsi boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa , Matematik mahupun teknologi maklumat dengan cara menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan harian pelajar. Kemahiran matematik berfungsi bertujuan melahirkan individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik dalam komuniti, kehidupan harian dan kerjaya. Guru bertanggungjawab memastikan Individu bermasalah pembelajaran diajar dan di beri pendedahan menggunakan

63

(KOD DAN NAMA KURSUS) kemahiran matematik yang dipelajari agar dapat digunakan dalam kehidupan harian dengan baik. 7.4 Kurikulum Berfungsi (Functional Curriculum)

Kurikulum berfungsi dibentuk untuk mengajar kemahiran kehidupan berfungsi atau dalam kata lain kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan, pekerjaan dan dapat digunakan dalam kehidupan bermasyarakat (Brown et al., 1979; Falvey, 1989; Snell & Broeder, 1987). Patton, Cronin dan Jairrels (1997) telah menggariskan komponen-komponen di dalam kurikulum berfungsi sebagai kemahiran berfungsi bermasyarakat, dalam akademik, pendidikan vokasional, kehidupan harian, kewangan, kehidupan berdikari, kehidupan

pengangkutan, hubungan sosial, dan keperluan diri. Kurikulum berfungsi perlu diberi kepada pelajar bermasalah pembelajaran agar mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan dan apabila pendidikan sedia ada gagal memberi kemahiran yang diperlukan untuk menjalani kehidupan harian setelah mereka tamat persekolahan. 7.5 Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi adalah sebagai panduan kepada guru matematik untuk menerapkan kemahiran matematik berfungsi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam langkah yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengajar matematik berfungsi iaitu: Mengenalpasti matematik berfungsi yang ingin diajar dan perubahan yang yang diharapkan Proses penyelesaian masalah bagaimana hendak menggunakan proses penyelesaian berfungsi masalah agar pembelajaran matematik benar-benar

64

(KOD DAN NAMA KURSUS) Merancang aktiviti untuk membantu pelajar dapat menggunakan

matematik dengan berfungsi Aktiviti merentas kurikulum Penilaian Refleksi

Guru boleh membantu pelajar untuk menjadikan matematik berfungsi iaitu: Kenalpati situasi yang menggunakan matematik Menggunakan situasi tersebut Menghuraikan situasi menggunakan matematik Membuat analisis, mendapatkan jawapan dan kaedah penyelesaian Menghuraikan hasil matematik berdasar situasi Menjelaskan keputusan dan membuat rumusan

Isi kandungan pengajaran matematik berfungsi : Pengurusan diri o Mengenalpasti jumlah cukai o Membandingkan perbelanjaan o Mengetahui nilai wang yang dimiliki o Mengetahui jadual kerja o Pengurusan kewangan Pengurusan harta dan kesihatan diri o Pertimbangan diri dan orang lain o Mengira jumlah kalori yang perlu o Jadual pengambilan ubatan o Membandingkan perbelanjaan o Insurans o penyelenggaraan 65

(KOD DAN NAMA KURSUS) rekreasi o membuat perbandingan perbelanjaan pengangkutan o perbelanjaan majalah dan surat khabar o hiburan : menonton wayang, televisyen, internet, sukan, konsert dan sebagainya 7.6 Model-model Kemahiran Matematik Berfungsi

Life Centered Career Education (LCCE) menggariskan 8 kemahiran matematik berfungsi dalam kehidupan. Menguruskan kewangan keluarga menyediakan belanjawan Mengurus rumahtangga mengira perbelanjaan rumah Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul memahami arahan secara lisan dan tulisan Membeli dan menyediakan makanan merancang bagi penyediaan makanan yang berkhasiat Membeli dan menjaga pakaian merancang perbelanjaan untuk pakaian, menggunakan mesin basuh Keyakinan diri - menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri Bergaul dengan komuniti membuat perancangan perjalanan Kemahiran menyelesaikan masalah penyelesaian yang berkesan Cronin dan Pattons menggariskan 6 subdomain dan kemahiran matematik berfungsi Kemahiran dalam pekerjaan mengetahui jumlah pendapatan Mengurus rumahtangga - mengira perbelanjaan rumah Keraian - membandingkan makan di rumah dengan makan di luar 66 menggunakan strategi dan

(KOD DAN NAMA KURSUS) 7.7 1) Kesihatan - menggunakan jangka suhu Hubungan - merancang kos untuk perjumpaan Perkhidmatan - maklumat permit bangunan Cadangan Aktiviti Matematik Berfungsi Situasi

Berikut adalah contoh senario yang boleh digunakan dalam matematik berfungsi 2) Perjalanan bas ke tempat kerja? Membuat secawan kopi? Menonton DVD? Menonton perlawanan bola sepak? Merancang percutian? Cuaca hari ini? Mebuat kuih? Gambar

Bina soalan berdasarkan gambar?

67

(KOD DAN NAMA KURSUS)

3)

Perbandingan

Apakah persamaan dan perbezaan bentuk rajah dibawah?

Latihan 1 Pilih dua isi kandungan matematik berfungsi yang ingin di ajar kepada pelajar bermasalah pembelajaran. Beri dua contoh bagi setiap kemahiran dan nyatakan kepentingan kemahiran tersebut berdasarkan isi kandungan yang dipilih Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

Latihan 2 Pilih satu contoh matematik berfungsi dan huraikan bagaimana anda hendak mengajar kanak-kanak berkeperlulan khas dengan menggunakan lapan langkah pengajaran kurikulum matematik berfungsi oleh Schwartz and Budd (1981)

Bincangkan aktiviti-aktiviti kemahiran matematik berfungsi yang boleh dilaksanakan kepada pelajar bermasalah pembelajaran Tamat

68

(KOD DAN NAMA KURSUS) www.cldinternational.org/PDF/Initiatives/MathSeries/dunn.pd f - Similar

www.dddcec.org/ETMRDDV/sample/Bouck.pdf

69

Anda mungkin juga menyukai