Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

Bahagian 1. Tajuk Kajian

Proses/Penjelasan a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian. Catatkan nama penuh penyelidik/ kumpulan Catatkan nama sekolah berserta alamat lengkap a. Tema/masalah/isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu; Guru Murid Isi kandungan pelajaran Persekitaran b. Refleks pengalaman P & P lepas. c. Kaitkan pengalaman P & P lepas dengan empat perkara utama itu supaya masalah menjadi lebih jelas. d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingatkan kembali apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku. e. Terjemahkan refleksi secara bertulis.

Contoh Penulisan Meningkat kemahiran membaca sukukata KVK melalui kaedah nyanyian dlam kalangan murid Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran

2. Nama penyelidik 3. Nama Sekolah 4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Hairudin bin Ahmad KDC PGSR AMBILAN November 2008 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran SK Parit Markom, 82200 Benut, Pontian.
Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar Kelas Usaha , Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik KSSR. Hasil daripada pemerhatian saya, kelas ini mempunyai 5 orang murid Pendidikan Khas dalam kategori Lewat Perkembangan yang amat sukar untuk menyebut sukukata apatah lagi untuk membaca petikan teks. Dalam pemerhatian tersebut, saya mendapati murid-murid ini sangat sukar untuk mnyebut sukukata dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Saya telah mengalami masalah ini dalam pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Bilangan murid yang mengalami masalah ini hampir 60 % daripada bilangan murid seramai 18 orang.Walaubagaimanapun saya mencuba untuk menjalankan kajian hanya 5 orang kerana bilangan ini adalah di kalangan murid yang terlalu lemah. Saya menghadapi banyak masalah setiap kali meminta mereka untuk membaca dan menyebut perkataan. Murid-murid juga tidak dapat menyebut perkataan yang lepas.Saya juga sering terdengar mereka berkata, Ala, cikgu saya tak ingatlah dan kadang-kadang murid mendiamkan diri sambil memandang kepada guru mengharapkan guru akan menyebut perkataan atau ayat yang ditunjukkan. Saya berasa kesal dan kecewa kerana tindakbalas yang dilakukan oleh murid-murid tersebut. Namun begitu saya juga mengakui mungkin cara saya menerangkan atau arahan yang diberikan tidak sesuai. Kemungkinan juga saya tidak menggunakan strategi yang sesuai dalam masa pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan minat dan perkembangan murid dapat dicapai atau ditambah. Saya juga dengan penuh keyakinan bahawa kajian yang saya akan jalankan ini akan membolehkan murid-murid ini menyebut perkataan yang diberikan dengan baik dan lancar.

5. Isu/ Keperihatinan Yang Dikaji

Tentukan tema/isu keprihatinan kajian /masalah/ Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1.

Berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran , saya yakin dengan kaedah nyanyian ini mereka dapat menguasai kemahiran bacaan yang diajarkan kepada mereka pada masa pengajaran dan pembelajaran. Faktor persekitaran,latar belakang keluarga dan kurangnya perhatian serta

mereka yang kurang mendapat pendedahan dan minat dalam membaca juga mungkin antara faktor yang menyumbang kepada masalah dalam menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran. Justeru itu saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar masalah ini segera di atasi. 6.Tentukan Objektif Kajian Objektif kajian terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus. Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti/tindakan (P&P) Objektif hendaklah boleh diukur Semua objektif khas hendaklah diukur/ nilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti. Mengenalpasti penggunaan kaedah nyayian bagi meningkatkan kemahiran bacaan dalam kalangan murid Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran. Membolehkan murid membaca 70% perkataan yang diberi dalam lagu yang dinyanyikan.

7. Kumpulan Sasaran

Sebutkan bilangan pelajar yang dikaji (mestilah kumpulan pelajar yang diajar oleh penyelidik) Sebutkan kelas pelajar yang dikaji

Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran dan terdiri dari 1 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki dalam kategori Lewat Perkembangan. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan Sebanyak empat aktiviti dirancang untuk proses menjalankan kajian tindakan ini. Berikut adalah antara aktiviti cadangan yang akan dilaksanakan.
Aktiviti 1 (Aktiviti Menyanyikan lagu Bunyi Binatang) Aktiviti ini dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di dalam kelas. Semasa pengajaran dan pembelajaran elemen Bahasa melayu menjadi fokus kepada lirik lagu yang dinyanyikan an fokus juga kepada perkataan yang disenaraikan. Aktiviti 2 ( Aktiviti Gerak Binatang-Melakonkan Aksi Gerak Binatang) Aktiviti kedua dijalankan bagi membolehkan menarik minat ntuk murid mempelajari Muzik dan dapat menyebut perkataan Bahasa Melayu. Aktiviti 3 ( Nyanyian lagu Bangau Oh Bangau) Aktiviti ini dijalankan semasa meminta murid menyanyikan lagu .Fokusnya adalah perkataan lain yang terdapat dalam lirik lagu. Aktiviti 4 (Aktiviti Pemberian Token) Murid yang dapat membaca perkataan akan mendapat token berbentuk stiker yang boleh ditukarkan kepada alat tulis.

8. Tindakan yang dicadangkan

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Boleh dibuat dalam bentuk jadual/ carta gantt Memasukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian Memasukkan tarikh tentatif kajian akan dijalankan Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa

9. Jadual Pelaksanaan Kajian


Bi l 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 3 Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan individu/kumpulan Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan 3 aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Ujian untuk mengesan perubahan murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian Tempoh Pelaksanaan 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu 3 hari 1 minggu 3 hari 1 minggu 3 hari 1 minggu 1 minggu 1 minggu 1 minggu

10. Jumlah Peruntukan Yang Dipohon

Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti; Apakah bahan yang akan digunakan Kuantiti bahan yang akan digunakan Harga seunit bahan yang diperlukan Harga keseluruhan bagi bahan yang dipohon Guru boleh mengabaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan.

10. Kos Kajian

Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan yang diadakan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan. Sila simpan semua resit pembelian bahan/alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan peruntukan yang telah diluluskan.

Disediakan oleh: Hairudin bin Ahmad

Anda mungkin juga menyukai