Banyak barang dimuat dan diangkut sebagai satu unit dalam kontena misalnya 500 guni beras di muatkan
ke dalam kontena, maka kesemuanya diangkut sekali sahaja.
Pemuatan dan pemunggahan dibuat dengan alat mekanikal yang mempercepatkan kerja.
Kontena dapat disusun dengan teratur diatas kapal. Penyusunan rapi ini memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pemunggahan.
Kontena dibuat daripada besi kukuh dan
dapat dikuncikan. Maka, kargo di dalamnya terselamat daripada risiko kekotoran dan kerosakan yang disebabkan oleh cuaca dan air laut, pengendalian kasar dan kecurian sebab kontena terkunci dan terlalu berat untuk dibawa lari.