Anda di halaman 1dari 7

Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?

Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG? 1. Dengan modal RM1 juta saya akan membuka sebuah klinik pergigian kerana sepanjang tinjauan yang dijalankan mendapati tidak terdapatnya klinik pergigian di kawasan tersebut dan sekiranya terdapat klinik pergigian hanyalah di bandar Kota Kinabalu. Jarak yang jauh dari kawasan penempatan akan menyukarkan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan gigi. Bagi memastikan perniagaan klinik gigi saya memperolehi keuntungan adalah dengan mendapatkan tenaga doktor gigi yang pakar dan juga jururawat yang terlatih di samping penyediaan alatan moden dan ubat-ubatan yang berkualiti dan terjamin.

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan? 2. Bagi memastikan perniagaan saya 100% untung adalah dengan menyediakan tenaga pakar dan mahir dalam pengendalian klinik tersebut seperti mendapatkan tenaga doktor pakar dari luar negara yang ingin memberi perkhidmatan di sini. Selain itu juga mendapatkan tenga jururawat yang terlatih. Antara faktor yang difikirkan sebelum membuka klinik ini adalah kerana tidak terdapatnya saingan di kawasan tersebut yang menjadi tarikan orang ramai untuk mendapatkan rawatan kerana klinik sedia ada adalah jauh. Manakala bagi keadaan semasa pula adalah penyediaan alat-alatan yang baik dan kualiti yang terjamin seperti ubat-ubatan dan juga rawatan-rawatan yang disediakan. Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction. 3. Teori multi modality adalah pelbagai proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan bahasa, visual,audio dan lain-lain bagi memperolehi pengetahuan, konsep, analisis serta mendapatkan maksud.Apa yang dimaksudkan dengan multi modality instruction adalah penggunaan melalui strategi pengajaran yang boleh diikuti oleh pelajar yang bertujuan memproses pengetahuan mereka dan mampu menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan kefahaman sendiri, melakarkan visual serta memberi pendedahan melalui laman sosial yang ada di samping berusaha mendapatkan respon pelajar samada secara lisan mahupun melalui penulisan yang boleh dijadikan sebagai reflaksi buat guru.

4. Sila respon untuk isu ini pula i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran.

soalan i. Penggunaan video dan stail pembelajaran adalah merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif yang dikawal oleh komputer sepenuhnya yang menggabungkan teks, grafik, audio, visual (gerak dan kaku) dan imej animasi untuk menghasilkan bahan P & P d mana video berkeupayaan untuk mengenal pasti dan menggunakan pelbagai jenis imej visual dari visual konkrit hinggalah ke visual abstrak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. soalan ii. Pembelajaran dan pengajaran ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh. d mana pelajar tidak perlu berada di kelas tetapi belajar secara online menggunakan teknologi komunikasi seperti telesidang video dan beberapa jenis teknologi komunikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0. Pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah, dengan menggunakan bahan e-pembelajaran dan rakan pelajar d mana interaksi membolehkn mereka berkongsi maklumat dan juga bahan-bahan ilmiah. soalan iii. Penggunaan video dapat mendokong dan menggalakkan perayauan dan eksplorasi dalam pembelajaran, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills) soalan iv. Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial dari segi pemikiran yang kreatif,teratut dan berkesinambungan di samping mempunyai kepimpinan yg tinggi, dan bermotivasi dan mempunyai skop pengalaman belajar yg luas. soalan v. Pelajar yang sering menggunakan video mempunyai skop pengalaman yang lebih luas terutamanya dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam penayangan video melibatkn dunia antarabangsa.

5. Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?


Antara kekangan jika kite menggunakan video dalam kelas 1. Tidak efektif bagi kawasan sekolah luar bandar pedalaman 2. Tidak semua subjek mata pelajaran sesuai menggunakan tayangan video 3. Tumpuan keterlaluan kepada penggunaan teknologi akan menjadi proses P & P itu hilang ciri ciri interaksi kemanusiaan dan menjadikannya dehumanised.

6. Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas.


Cara mengunakan video dalam kelas ialah: SEBELUM : kita akan pastikan alat seperti LCD & sperker berfungsi dengan baik, bersedia menunjukkan tayangan video yang berkaitan topik yg bakal diajar kepd pelajar SEMASA : Laptop di sambungkan dgn baik,dan pastikan setiap pelajar bersedia untuk mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya kepada tayangan video bagi menarik perhatian pelajar pelbagai kebolehan. SELEPAS : menyoal para pelajar mengenai tayangan video yang ditonton oleh pelajar dan menjelaskan hasil pembelajaran yang akan dicapai di akhir proses P&P dan seterusnya pastikan semua peralatan masih dalam keadaan baik untuk digunakan seterus nya. sekiranya tiada penggunaan lagi pastikan ianya ditutup dengan tertib agar boleh digunapakai lagi.

7. Assignment manipulatives
Question 3 Obtain an example of a manipulative's that you could use for instruction. Submit the manipulative's and a description of how you would use it, including an objective. (Dapatkan satu contoh daripada manipulasi yang anda boleh gunakan untuk arahan. Kemukakan manipulasi dan penerangan bagaimana anda akan menggunakan, termasuk objektif.) Pengajaran yang akan dilakukan oleh saya adalah dengan menggunakan objek sebenar (real object). Sebagai contoh saya akan mengajar subjek Geografi bertajuk bentuk muka bumi dan potensinya bagi kawasan Tanah Tinggi Tingkatan 2. Pengajaran dapat dilaksanakan dengan menunjukkan jenis-jenis tanaman bagi kawasan tanah tinggi seperti teh, buah strawberry , jenisjenis batu seperti batu granit dan batu kapur yang hanya terdapat di kawasan tanah tinggi.Selain itu pelajar-pelajar juga didedahkan dengan gambar-gambar bagi negeri-negeri yang terdapat kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland, Bukit Tinggi, Kundasang. Di mana pelajar-pelajar diberi penerangan terhadap penekanan kepentingan kawasan Tanah Tinggi di Malaysia terutamanya kepada kegiatan manusia. Contoh-contoh kepentingan Tanah Tinggi adalah sebagai pusat pelancongan dan peranginan, kawsan tadahan air, pusat penjanaan kuasa hidroelektrik yang menyumbang kepada pembangunan Negara. Objektif yang hendak disampaikan kepada pelajar adalah menjelaskan kepentingan kawasan

Tanah Tinggi bagi pengekalan sumber-sumber yang terdapat di kawasan tersebut terus kekal dan terjaga di masa hadapan.

Question 4 Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson. (Rancang satu pengajaran yang akan merangkumi perjalanan medan (sebenar atau maya). Cari sekurangkurangnya satu laman web di World Wide Web yang boleh menjadi tempat untuk lawatan sebagai perjalanan medan maya dalam pelajaran anda.) Bagi menjawab soalan ini, saya memilih subjek Geografi sebagai pengajaran yang melibatkan pembelajaran sebenar. Saya memilih tajuk Kepentingan kawasan Tanah Tinggi di Malaysia Tingkatan 2. Di mana bagi tajuk tersebut pelajar-pelajar didedahkan kepada kepentingan kawasan Tanah Tinggi terhadap pembangunan dalam Negara. Saya akan membawa pelajar-pelajar melawat sambil belajar bagi kawasan yang mempunyai kawasan Tanah Tinggi seperti Cameron Highland di mana kawasan ini penting sebagai pusat pelancongan dan peranginan. Selain itu pelajar juga boleh dibawa melawat kawasan empangan seperti Empangan Temenggor di sungai Perak bagi melihat sendiri bagaimana kepentingan kawasan tanah tinggi sebagai pusat penjanaan kuasa hidroelektrik. Di samping juga pelajar-pelajar lebih menghargai alam sekitar bagi pengekalan di masa hadapan. Pelajar-pelajar juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang: http://www.cameronhighlands.com/ http://www.doe.gov.my/portal/my/ http://www.wwf.org.my/

8. Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....


1) apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 1) Apakah yang dimaksudkan dengan video literasi? Video adalah sesuatu media elektronik yang mengandungi gambar bergerak bagi menyampaikan mesej. Manakala video literasi merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau bermaksud menonton video serta untuk menghasilkan video.

2) Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. -Membina mesej - Format yang unik - Tafsiran mesej daripada penonton berbeza - Memberi fokus pada setiap sudut pandangan dan nilai mesej - Kebanyakan mesej disusun untuk menggalakkan tujuan khusus. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? Melalui aplikasi video, pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan memandangkan video sesuai untuk digunakan dalam pelbagai suasana sama ada melibatkan keseluruhan pelajar di dalam kelas, kumpulan kecil mahupun secara individu. Selain itu, penggunaan video dapat membawa pelajar kemana-mana sahaja serta dapat meningkatkan minat mereka dan membuatkan mereka rasa seperti belajar di luar bilik darjah. Melalui video juga, pelajar dapat melihat fenomena keajaiban alam. Seterusnya, pelajar juga dapat belajar sesuatu yang sangat berbahaya secara terus seperti gerhana matahari dengan selamat. Di samping itu, video juga boleh didapati dalam pelbagai topik untuk setiap pembelajaran dalam semua jenis domain pengajaran. 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? a) Dokumentari: Menerangkan tentang fakta, gambaran kisah benar berkenaan situasi yang sebenar dan juga kisah hidup seseorang serta pengalaman yang dilalui. Contohnya national geographic. b) Dramatization: Memberi peluang kepada pelajar untuk membandingkan perbezaan antara teks dan video. Melalui drama juga pelajar dapat membina sifat peribadi dan sikap yang positif seperti menghargai diri, serta semangat bekerjasama. c) Video storytelling: Boleh menghiburkan dan memberi maklumat kepada pelajar. Penceritaan juga membolehkan pelajar kreatif dalam penulisan, seni visual mahupun dalam menghasilkan video. d) Virtual field trips : Membawa pelajar ke tempat yang tidak dapat dikunjungi seperti, Amazone rainforest. Selain itu, melalui video juga pelajar dapat melihat suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena sebenar dalam dunia luar seperti letusan gunung berapi yang tidak terdapat di Malaysia sebalik terdapat di negara-negara luar. 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah Dalam memilih dan menilai video bagi penggunaan dalam bilik darjah, video tersebut haruslah sejajar dan menyokong pencapaian objektif pengajaran. Selain itu,guru juga harus memastikan video tersebut berkaitan dengan objektif pengajaran dan akan memenuhi keperluan pelajar. Dalam mencari video , guru boleh mengekses pelbagai video pendidikan dari pelbagai sumber. Syarikat persendirian, pertubuhan serta agensi kerajaan telah menaja video untuk pelbagai tujuan. Oleh itu guru haruslah melihat terlebih dahulu barangan yang ditaja kerana kemungkinan terdapatnya barangan yang tidak sesuai untuk pengajaran seperti rokok dan minuman keras. Seterusnya dalam menilai video, penilaian video haruslah sejajar dengan pengajaran guru. Jenis penilaian yang paling baik adalah ringkas dan lengkap bagi membantu guru memilih bahan bagi meningkatkan pembelajaran murid.

9. Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual.


Bagi menghasilkan reka cipta visual yang menarik, perkara yang harus ditekankan adalah aspek aspek seperti perseimbangan, susunan dan kemudahan idea yang boleh diperolehi. Prinsip prinsip seni reka seperti mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan harus diberi perhatian utama. Mudah di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaikbaiknya tumpuan kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapatmengelakkan berlakunya kekeliruan dikalangan pelajar. Sebaikbaiknya berpegang kepada prinsip mudah dilihat dan mudah dibaca. Segala bahan lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas, ringkas dan mengandungi bahan utama sahaja. Penyatuan bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung kait diantara satu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan elemen garis, bentuk, warna atau ruang. Penumpuan bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam satusatu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisangarisan kasar ; warnawarna paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan kerana pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan. Perseimbangan bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk formal dan yang bukan formal. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat di antara susunan kiri dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza dengan perseimbangan tidak formal. Perseimbangan ini memerlukan lebih daya gubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian adalah lebih menarik. Ruang yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat mempengaruhi satusatu hasil reka bentuk BBM. Sebelum memuatkan sesuatu, ruang itu, haruslah dirancang terlebih awal isi yang ingin diketarakan supaya tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu padat dan sesak. Garisan adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya. Garisan juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandangan seseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan. Warna juga merupakan elemen yang amat penting dalam satu satu visual dan ia digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna dapat memainkan peranan penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam visual BBM. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu untuk menggunakannya. Ini melibatkan pengetahuan ketagori ketagori warna, sama ada sejuk atau panas. Pemilihan warna dapat menghasilkan daya tarikan kepada pelajar. Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan poster, warna bagi tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warnawarna objek atau huruf yang digunakan. Jika warna latarbelakang adalah ketagori warna cerah seperti kuning, merah muda,

biru laut dan hijau muda amatlah sesuai digunakan warnawarna yang lebih kontras seperti hitam, merah tua, biru tua, hijau tua dan sebagainya untuk objek atau huruf. Huruf dan angka sering digunakan dalam satusatu hasil visual BBM. Ia berfungsi untuk menyampaikan penerangan dan informasi penting. Oleh itu, penggunaan sebarang huruf dan angka haruslah diberi perhatian dari segi kejelasannya. Ini akan melibatkan kaedahkaedah menggunakan huruf, saiz huruf dan jenis huruf. Dalam elemen huruf, seseorang itu harus menghadkan penerangan, idea atau isi pelajaran yang ingin dimuatkan dalam satusatu visual. Oleh itu, Reka cipta visual yang dihasilkan haruslah mudah difahami oleh pelajar. Selain mesej dapat ditafsir dengan berkesan serta wujudnya interaksi aktif di antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Reka cipta visual juga seharusnya dapat membantu pelajar memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

Anda mungkin juga menyukai

  • Punca-Punca Utama Kemalangan Jalan Raya Termizi
    Punca-Punca Utama Kemalangan Jalan Raya Termizi
    Dokumen7 halaman
    Punca-Punca Utama Kemalangan Jalan Raya Termizi
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Latihan Excell Markah Pelajar
    Latihan Excell Markah Pelajar
    Dokumen1 halaman
    Latihan Excell Markah Pelajar
    Ilyana Zulkefli
    Belum ada peringkat
  • Rostam
    Rostam
    Dokumen8 halaman
    Rostam
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Tengku 1
    Tengku 1
    Dokumen12 halaman
    Tengku 1
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Azliana
    Azliana
    Dokumen6 halaman
    Azliana
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Rostam
    Rostam
    Dokumen6 halaman
    Rostam
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Google Notebook: Wielhma Anak Berasap (Ptt122287Ct
    Google Notebook: Wielhma Anak Berasap (Ptt122287Ct
    Dokumen20 halaman
    Google Notebook: Wielhma Anak Berasap (Ptt122287Ct
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Ammie Slide
    Ammie Slide
    Dokumen7 halaman
    Ammie Slide
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Punca-Punca Utama Kemalangan Jalan Raya Termizi
    Punca-Punca Utama Kemalangan Jalan Raya Termizi
    Dokumen7 halaman
    Punca-Punca Utama Kemalangan Jalan Raya Termizi
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Slaid
    Slaid
    Dokumen29 halaman
    Slaid
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Ammie Video
    Ammie Video
    Dokumen1 halaman
    Ammie Video
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen1 halaman
    Assignment
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Yusdi
    Yusdi
    Dokumen36 halaman
    Yusdi
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • RPH
    RPH
    Dokumen15 halaman
    RPH
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Google Yusni
    Google Yusni
    Dokumen29 halaman
    Google Yusni
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Yusdi
    Yusdi
    Dokumen5 halaman
    Yusdi
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Yusni
    Yusni
    Dokumen29 halaman
    Yusni
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen5 halaman
    Assignment
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Yusri
    Yusri
    Dokumen5 halaman
    Yusri
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Photos Screensaver
    Photos Screensaver
    Dokumen7 halaman
    Photos Screensaver
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Infografik Lenny
    Infografik Lenny
    Dokumen1 halaman
    Infografik Lenny
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen2 halaman
    Assignment
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen2 halaman
    Assignment
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Yusdi
    Yusdi
    Dokumen36 halaman
    Yusdi
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Assignment
    Assignment
    Dokumen5 halaman
    Assignment
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat
  • Google
    Google
    Dokumen29 halaman
    Google
    Masliana Musli
    Belum ada peringkat