Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MENGUASAI PELAJARAN MELALUI TEKNIK PETA MINDA (MIND MAP)

BAHAGIAN 2
Oleh: Nik Ahmad Nik Yaacob Pengurus Operasi YaKIST

TUJUAN PETA MINDA


Teknik Peta Minda bertujuan membantu anda memudahkan pengambilan nota-nota pembelajaran dan meningati isu-isu pelajaran berkenaan. Melalui peta minda, anda mudah mengenalpasti dan memahami strukturstruktur ilmu pendidikan yang anda ikuti. Contoh : GEMUK. Apa yang anda belajar mengenai GEMUK?

Kurang makanan lemak


3

Kurang makanan bergoreng


3

400 Juta manusia


3

Banyak makan buahan


3

CARA ATASI
2

GEMUK
1

JUMLAH MANUSIA GEMUK


2

Banyak makan sayuran


3

Banyak exercise
3

Cukup tidur
3

Keturunan
3

Timbul penyakit dan lain-lain


3

MASALAH DIHADAPI
2

PUNCA GEMUK
2

Banyak tidur
3

Makan berlebihan
3

Lebih kalori dalam badan


3

Kurang exercise
3

Simpan banyak lemak dalam badan


3

Lihat bagaimana anda dapat memahami mengenai kegemukan melalui struktur-struktur yang ditunjukkan oleh Peta Minda.

PERGERAKAN PETA MINDA


Lihat bagaimana Peta Minda ini bergerak. Ianya bergerak dari ilmu induk (Ruang 1) dan berpecah ke bahagian (2), bahagian (3) dan seterusnya. Contoh : PUNCA GEMUK
2

CARA ATASI
2

GEMUK
1

Berlari
4

BANYAK EXERCISE
3

Aerobic
4

MASALAH DIHADAPI
2

Joging
4

BAGAIMANA ANDA MERANGKA UNTUK MEMBANTU KEFAHAMAN ANDA MENGENAI ILMU YANG ANDA CARI?
Lihat semula Peta Minda di atas. Bagaimana ianya dirangka. Isu induk (GEMUK) diletakkan di tengah-tengah muka surat. Ianya ditulis dengan huruf besar GEMUK. Ianya diletakkan di ruang yang diwarnakan khas untuknya. Warna ini berbeza dari warna-warna lain yang akan digunakan untuk Peta Minda. Anda boleh menggunakan apa sahaja warna yang anda fikir sesuai. Adalah dinasihatkan supaya anda mengguna warna yang terang (Biru, Merah, Hijau). Dari isu induk (1), ianya bergerak ke isu bahagian (2) yang menyokong isu induk. Contoh : CARA ATASI; JUMLAH MANUSIA GEMUK; PUNCA GEMUK; MASALAH DIHADAPI dan sebagainya. Semua isu di bahagian (2) ini juga ditulis dalam huruf besar.

Setiap isu di bahagian (2) ini menggunakan warna-warna yang berlainan untuk membantu anda mendapat gambaran yang jelas mengenai satu-satu isu berkenaan. Contoh : PUNCA GEMUK (Kuning), MASALAH DI HADAPI (Biru), CARA ATASI (Hijau). Perhatian Jangan guna warna yang sama terdapat di bahagian isu induk.

Dari isu di bahagian (2), anda terus bergerak ke isu-isu sokongan di bahagian (3). Caranya: Tulis isu di bahagian (3) dengan menggunakan huruf kecil. Gunakan warna-warna yang sama dengan warna yang anda gunakan di bahagian (2). Contoh : CARA ATASI (Kuning) Banyak Exercise (Kuning) Berlari, Joging Aerobik (Kuning).

CONTOH-CONTOH PETA MINDA


Terdapat kaedah lain untuk mempratikkan teknik Peta Minda. Orang-orang barat suka mengamalkan sistem saraf seperti berikut : 4 Joging

4 Berlari

3 Banyak Exercise

2 CARA ATASI

GEMUK 1

4 Aerobik Teknik ini juga boleh anda gunakan jika ianya lebih menyenangkan anda untuk mengingati ilmu-ilmu yang anda pelajari. Patutlah diingatkan bahawa teknik Peta Minda ini diamalkan bagi membantu anda memudahkan daya ingatan anda dalam mencari, mengesan dan meluahkan semula ilmuilmu yang anda pelajari.

SELAMAT BELAJAR !

Anda mungkin juga menyukai