Anda di halaman 1dari 5

NAMA NO.

MATRIK PENYELIA TAJUK

: SITI NASUHA BINTI ABDUL RAHIM : D 20071029748 : PROF YUSUF IBRAHIM :Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ert) Tingkatan 3 Di Beberapa Sekolah Menengah Harian

Pengenalan Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Dewey (1910) pula menyatakan, pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Pandangan sarjana Islam pula mengemukakan pendapat yang menyatakan bahawa berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Terdapat dua operasi berfikir iaitu operasi kognitif iaitu kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, dan operasi meta kognitif yang merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir. Terdapat beberapa prinsip dalam kemahiran berfikir iaitu sentiasa bersikap kostektif, berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah, melupakan rasa ego, sentiasa menukar arah otak berfikir, dan menentukan tujuan berfikir. Pemikiran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pemikiran konvergen, divergen, reflektif, dan pemikiran kreatif dan kritis. Kajian yang dilakukan ini lebih bertumpu kepada kemahiran berfikir secara kreatif.

Latar Belakang Masalah Kemahiran berfikir secara kritis membawa maksud kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran berfikir secara kreatif pula membawa maksud kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan, dan menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif. Terdapat beberapa tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuan penggunaan KBKK ialah untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak, menghasilkan ciptaan yang kreatif dan inovatif, mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, dan meningkatkan aspek kognitif dan afektif. Pernyataan Masalah Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai pengaplikasian KBKK dalam pengajaran yang melihat kepada lima aspek pengajaran iaitu set induksi, penyampaian isi pelajaran, melakukan amali, menutu pengajaran, dan penilaian. Objektif Kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penerapan pengaplikasian KBKK dalam pengajaran guru dan kekerapan guru menggunakan KBKK dalam pengajaran. Persoalan Kajian Persoalan kajian yang diutarakan adalah berpandukan objektif kajian. Antara persoalan yang diutarakan adalah : Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa set induksi dalam pengajaran? Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa penyampaian isi pelajaran? Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa melakukan amali dalam pengajaran? Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa menutup pengajaran?

Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK semasa membuat penilaian? Apakah guru-guru mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran secara konsisten? Hipotesis Hipotesis merupakan ramalan awal pengkaji terhadap kajian yang dilakukan. Hipotesis ini kemudiannya akan dibuktikan melalui dapatan kajian sama ada hipotesis tersebut betul atau tidak. Dalam kajian yang dijalankan ini, pengkaji meramalkan bahawa guruguru Kemahiran Hidup (ERT) mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran dan pengaplikasian itu dilakukan secara konsisten bagi meningkatkan pembelajaran murid. Hal ini demikian kerana, penyampaian guru dalam pengajaran amat memainkan peranan sama ada seseorang murid itu memahami apa yang dipelajari atau tidak. Keberkesanan pengajaran guru adalah berpandukan aktiviti pemikiran yang dijana daripada pelajar. Definisi Operasional KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah merupakan salah satu konsep yang diperkenalkan dalam situasi Pembelajaran Bestari. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar berfikir dalam menentukan sesuatu cadangan atau jawapan. Pemikiran Kritis Pemikiran kreatif Tinjauan Literatur Kajian-kajian yang lepas yang telah dilakukan menunjukkan kebanyakan guru mengaplikasikan KBKK dalam pengajaran mereka. Tinjauan ini akan menjadi panduan buat pengkaji dalam mencari idea-idea baru dalam penulisan. KBKK dilihat penting dalam menjana minda pelajar agar pelajar sentiasa berfikir dan mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. - pemikiran yang kritikal dan analitikal - pemikiran yang unik dan menghasilkan idea yang bernas

Metodologi Kajian yang dilakukan ini bertempat Insya Allah di negeri Terengganu di beberapa buah sekolah menengah harian. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui soal selidik yang akan diedarkan kepada guru-guru kemahiran hidup ERT. Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A adalah berkaitan maklumat diri guru dan bahagian B berkaitan KBKK dalam pengajaran guru. Contoh soal selidik Bahagian A Arahan : Guru dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan. Tandakan jawapan (x) pada petak yang disediakan. JANTINA BANGSA Bahagian B PENGAPLIKASIAN KBKK SEMASA PENGAJARAN BIL PERKARA 1. Saya meminta pelajar membanding dan membezakan maksud di antara makanan dan pemakanan 2. Saya meminta pelajar memberikan definisi mengenai diet seimbang 3. Saya meminta pelajar membuat perbandingan cara menyimpan pakaian 4. Saya meminta pelajar membuat perbandingan pembelajaran yang lalu 5. Saya meminta pelajar membezakan antara fabrik asli dengan fabrik buatan 6. Saya meminta pelajar memberikan sebab berkaitan isi pembelajaran 7. Saya membuat penyusunan isi pelajaran mengikut keutamaan 8. Saya meminta pelajar membuat semakan terhadap isi yang hendak dihujah 9. Saya meminta pelajar menyatakan sebab mengapa perlu sayursayuran perlu dibasuh dahulu sebelum dipotong. 10. Saya meminta pelajar membuat andaian mengenai kepentingan membersih tempat kediaman 11. Saya meminta pelajar memikirkan projek yang akan dibuat berdasarkan bahan-bahan kerja yang disediakan sebelum amali dilakukan
YA TIDAK

: ________________________________ : ________________________________

12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Saya berusaha menerapkan lain-lain kemahiran yang mempunyai kegunaan yang sama di mana ia boleh memberikan manfaat kepada pelajar. Saya meminta pelajar mengaplikasikan kemahiran membuat kategori/klasifikasi dalam memilih makanan yang seimbang Saya meminta pelajar meramalkan apa yang akan terjadi jika seseorang itu memilih pakaian tanpa mengikut prinsip pemilihan pakaian. Saya menyoal pelajar terhadap sesuatu perkara untuk mendapatkan alasan mereka. Saya meminta pelajar membuat kesimpulan melalui persamaan dan perbezaan isi pelajaran yang telah diajar Saya gemar memberikan latihan yang memerlukan pelajar membuat kategori dan klasifikasi Saya memberikan latihan yang meminta pelajar menulis langkahlangkah yang harus dilakukan sebelum menggunakan mesin jahit. Saya bertanyakan pelajar, apa yang akan terjadi sekiranya pakaian dicuci tanpa mengambilkira panduan pada label jagaan tekstil antarabangsa. Saya sering memberikan latihan yang berbentuk perbandingan dan perbezaan dalam setiap tajuk yang diajar.

Sumber Rujukan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1997). Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai