Anda di halaman 1dari 3

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3. Bahagian A (Masa dicadangkan : 15 minit) (10 markah) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Bahagian B (Masa dicadangkan : 40 minit) (30 markah) Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk Aku Sebuah Buku.

ATAU 2 Kelas yang ceria penting bagi kesejahteraan murid. Terangkan cara-cara menceriakan kelas kamu.

ATAU 3 Lengkapkan cerita di bawah ini. Aku sedang bermain-main dengan rakan-rakanku di halaman rumah.Tiba-tiba aku ternampak akan kepulan asap tebal di udara. Aku pun ..

Bahagian C (Masa dicadangkan : 20 minit) (20 markah) Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kamarul merupakan seorang anak yang baik.Kamarul juga rajin orangnya.Selepas pulang dari sekolah, Kamarul membantu ibunya membuat kerja rumah seperti mencuci pingan,menyapu lantai dan membasuh pakaian.Kamarul juga taat kepada kedua-dua ibu bapanya.Dia tidak pernah melawan kata ibu dan ayahnya. Kamarul sayang dan mengambil berat akan pelajaran adik-adiknya.Kamarul akan memberi tunjuk ajar dan membantu adik-adiknya dalam pelajaran.Di sekolah, Kamarul rajin membantu guru dan rakan-rakannya.Di rumah, Kamarul akan mengulang kaji pelajaran bersama-sama adik-adiknya.Dia mahu belajar dengan bersungguh-sungguh agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dan menjadi contoh kepada adik-adiknya. Pada hari peperiksaan, Kamarul menjawab soalan peperiksaan dengan teliti dan bersungguhsungguh.Dia tidak tergopoh-gapah ketika menjawab soalan.Pada hari keputusan peperiksaan diumumkan, Kamarul Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.Keluarga Kamarul bangga atas kejayaannya.

Anda mungkin juga menyukai