Anda di halaman 1dari 3

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa. 2.

Karangan jenis laporan terbahagi kepada dua jenis :


i. Laporan aktiviti perbahasan, lawatan, bercerita, atau pameran.

ii. Laporan persatuan. 3. Dalam peperiksaan, biasanya calon diminta menulis tentang pelbagai kegiatan persatuan di sekolah. 4. Calon perlu benar-benar terlibat atau mengetahui secara mendalam akan peristiwa yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan,bukan khayalan

Format Laporan Aktiviti


Tajuk- ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata sendi dan kata hubung dan perlu digaris. Isi dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup, sama seperti karangan biasa. Pengakuan pelapor ditulis disebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan melangkau dua atau tiga baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,).Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. Tarikh ditulis di sebelah kanan,setentang dengan pengakuan pelapor. Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor. Nama pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah. Kesalahan format laporan tanpa tajuk (-1 markah ), tanpa tandatangan/ salah

letak (-1/2 markah),tanpa nama(-1/2 markah), tanpa jawatan untuk persatuan (-1/2 markah) dan tanpa tarikh/salah letak(-1/2 markah).

Anda mungkin juga menyukai