Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah Hal ini

diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan memerlukan satu bahasa yang boleh diterima sebagai panduan. Menurut Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Melayu Dalam Cita-cita dan Perjuangan (1982), bahasa bukan hanya berupa anasir kebudayaan tetapi juga asas segala aktiviti kebudayaan sesebuah manusia. Beliau juga berkata bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam

bidang pendidikan dan pelajaran adalah yang paling utama. Perkara ini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya tugas seorang guru dalam penguasaan Bahasa Melayu ini.

Sebelum menguasai Bahasa Melayu, guru harus memastikan setiap kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu harus dikuasai oleh murid terlebih dahulu kerana ia menjadi kayu ukur terhadap penguasaan bahasa tersebut. Penguasaan kemahiran berbahasa mempunyai perkaitan dengan

kemahiran berfikir untuk menjana idea, mencari maklumat dan sebagainya. Sekiranya guru memandang hal ini dengan sebelah mata sahaja, maka ia akan memberi kesan kepada diri pelajar. Murid-murid berpotensi untuk mengalami masalah bahasa dan komunikasi. Antara tiga kemahiran berbahasa yang

terdapat dalam Bahasa Melayu adalah seperti kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam tugasan ini, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga kemahiran ini.

Kemahiran bahasa
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, (1996:841), kemahiran merujuk kepada kecekapan dan kepandaian. Manakala maksud bahasa pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu dai segi fungsi dan bentuknya. Dari segi fungsinya, bahasa merupakan satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi

dan disusun sewenang-wenangnya untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat sebagai pelat berkomunikasi. Menurut bentuknya pula, bahasa
Kemahiran lisan

Sebagai pengenalannya, kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai kemahiran lain. Lisan merupakan suatu kemahiran

percakapan atau pertuturan dan melahirkan idea atau bahasa melalui suara atau sebutan. Namun, dalam masa yang sama, kemahiran ini merangkumi kemahiran mendengar. Secara ringkasnya, kemahiran

lisan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Kedua-dua kemahiran ini saling melengkapi untuk menentukan sama ada murid sudah menguasai kemahiran lisan atau belum. Murid

menguasai kemahiran mendengar untuk menerima percakapan orang lain dan maklumat yang didengarinya. Manakala penguasaan

kemahiran bertutur membolehkan murid meluahkan buah fikirannya. Sekiranya murid mempunyai masalah pendengaran, secara automatik dia akan mempunyai masalah pertuturan. Hal ini kerana, murid sukar

untuk menerima arahan dan jumlah perbendaharaan kata yang didengar adalah minimum. Justeru itu, murid juga sukar untuk bertutur kerana jumlah kata yang dimiliki adalah terhad. Lebih parah lagi sekiranya

murid yang mengalami masalah pendengaran teruk iaitu pekak berkemungkinan besar akan menjadi bisu.

Kemahiran

lisan

perlu

dikuasai

daripada

peringkat

awal

pembesaran lagi kerana kemahiran ini adalah tunjang kepada peningkatan berbahasa. penguasaan semua pembelajaran atau kecekapan

Seterusnya mereka dapat memahami dan menghayati

perkara-perkara yang didengar serta bertindak balas terhadap perkara tersebut melalui pengucapan yang bertatasusila.

Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang harus dikuasai oleh murid. Kemahiran ini berlaku pada peringkat penerimaan atau receptive level. Di sekolah, murid perlu mendengar untuk

menerima dan memahami idea atau arahan yang disampaikan dalam apa-apa bentuk komunikasi seperti perbualan, dialog, perbincangan dan sebagainya. Menurut seorang tokoh bahasa iaitu Kamaruddin Haji Husin dalam buku Pengajaran dan Pembelajaran Lisan, kemahiran

pendengar merupakan gabungan daripada segala perkara yang didengar, difahami dan diingat. yang dilakukan secara Pendengaran melalui latihan khas Hal ini jelas

berperingkat-peringkat.

menunjukkan kepada kita bahawa kemahiran pendengaran melibatkan pelbagai aspek iaitu, kita menerima input dengan mendengar, cuba memahami dan mentafsir maklumat yang didengar kemudian

maklumat tersebut akan diproses.

Segala maklumat yang diproses

akan dihantar sama ada ke ingatan jangka pendek atau jangka panjang, bergantung pada pentafsiran dan pemahaman maklumat. Kemahiran mendengar terbahagi kepada dua aras. Pada aras yang pertama, murid mendengar maklumat dan cuba mengenali bunyi tersebut. Dalam aras ini, murid mempunyai pelbagai tafsiran tentang bunyi yang didengarnya namun masih belum memahami. Oleh itu, dalam aras kedua, murid mendengar semula dan cuba memahami bunyi bahasa. Proses ini lebih mengutamakan maksud bunyi bahasa itu sendiri.

Penguasaan yang tinggi dalam kemahiran mendengar bagi seseorang murid akan memudahkan dia untuk menerima maklumat dan arahan yang didengarnya. Hal ini disebabkan keadaan murid itu yang sempurna untuk mendengar dan menginterpretasikan apa yang mereka faham daripada maklumat tersebut. Oleh itu, murid-murid dari sekolah rendah lagi perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya dapat dimanfaatkan dengan baik. ( Yahya Othman 2005:26)
Pada proses mendengar deretan bunyi, murid mendengar bunyi

yang terhasil daripada persekitarannya. Sejak daripada bayi lagi murid mendengar pelbagai perkara. Namun tidak semua apa yang mereka dengar itu bermakna. Hal ini kerana bunyi terbahagi kepada dua iaitu bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Bunyi bahasa merupakan

bunyi yang dituturkan oleh manusia dan difahami mesejnya. Manakala menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed, bunyi bukan bahasa juga merupakan bunyi yang terhasil daripada alat pertuturan. Perbezaannya adalah cuma bunyi ini tidak menyamai mana-mana bahasa seperti berdehem, bersiul, datuk dan bebelan kanak-kanak. Namun bagi sesetengah bunyi ini akan menjadi bermakna sekiranya dilihat pada tatatingkat pragmatik. Sebagai contoh, perbuatan bersiul yang dilakukan oleh para jejaka ketika mengusik gadis. Sekiranya

murid sudah dapat mendengar dan memahami mesej yang cuba disampaikan, maka kemahiran mendengarnya adalah berkesan. Di samping itu, murid hanya akan dapat mengesan bunyi yang jelas didengar sahaja. Murid akan cuba memberi perhatian pada

perkara yang disampaikan oleh penutur. Proses ini melibatkan proses mendengar secara aktif. Murid bukan hanya dengar apa yang disampaikan namun, mereka mendengar apa yang cuba disampaikan. Berhubungan dengan itu, mengikut Barker (1971) mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif. Boleh dirumuskan bahawa, proses mendengar memerlukan murid untuk memahami, mengingat, menilai dan mengkritik segala perkara yang didengar. Dalam proses ini, guru boleh memperdengarkan bunyi

bahasa kepada murid-murid supaya mereka dapat mendengar deretan bunyi. Pada proses yang seterusnya iaitu memahami bunyi merupakan lanjutan daripada proses mendengar deretan bunyi. Telinga kita

mampu mendengar pelbagai bunyi di sekeliling kita tanpa had. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau ujaran penutur, kita haruslah mendengar deretan bunyi bahasa yang bermakna Bunyi yang

diujarkan oleh penutur membawa mesej yang bermakna sama ada untuk bertanya atau memaklumkan sesuatu. Jadi, bunyi ini akan

membawa mesej ke otak dan diproses supaya murid dapat memahami apa yang mereka dengar. Murid akan cuba menghubungkaitkan bunyi yang didengar dengan maksud tertentu melalui pembentukan kata-kata dan ayat dalam otak. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dibuat bagi menguji pemahaman murid terhadap apa yang mereka dengar. Antaranya ialah, aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas, yang lebih lama dan aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. Seterusnya, bagi menguasai kemahiran mendengar, murid bukan sekadar hanya perlu memahami deretan bunyi, namun mereka harus mahir dalam membuat penilaian terhadap bunyi yang diujarkan oleh penutur. Melalui penilaian yang dibuat, murid akan tahu maksud mesej dengan meluas. Maksudnya, mereka membuat penilaian terhadap

perbezaan intonasi yang diujarkan sama ada tinggi atau rendah pengucapan penutur. Sebagai contoh, pengucapan yang tinggi,

nyaring dan keras melambangkan penutur mungkin sedang marah. Pada peringkat ini, murid seharusnya boleh menilai dan membezakan bunyi bahasa. Hal ini kerana, kegagalan membuat penilaian bunyi

akan menimbulkan perselisihan faham konsep atau makna mesej. Selain itu, peringkat ini juga melibatkan peranan otak dalam membantu menginterpretasikan makna ujaran tanpa kita sedari. Setelah melepasi peringkat mendengar bunyi, memahami dan menilai bunyi, murid akan melalui satu lagi proses yang penting iaitu

peringkat memberi tindak balas terhadap bunyi.

Peringkat ini

merupakan proses yang terakhir dalam kemahiran mendengar. Murid akan memberi respons atau tindak balas sekiranya murid dapat

menyesuaikan maksud bahasa yang didengar daripada penutur dengan perbendaharaan kata dalam mindanya. Murid akan memberi respons terhadap bunyi dengan menunjukkan tingkah laku seperti menyatakan maklumat, dan membuat penjelasan. Antara aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas meliputi aktiviti seperti menyusun gambar, menandakan betul atau salah, melakukan pergerakan mengikut arahan, menandakan butiran yang berkaitan, menandakan lokasi arah perjalanan,

mendengar dan memilih gambar.

Dalam aktiviti seperti ini, murid

dikehendaki untuk mendengar arahan atau kehendak penutur. Kemudian murid akan memberi respons terhadap ayang yang didengari. Seorang murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat membuat interpretasi maklumat yang didengar seterusnya memberi respons dengan pantas. Secara ringkasnya, kemahiran mendengar yang harus dikuasai oleh murid dibahagikan kepada tiga peringkat besar iaitu awal, pertengahan dan maju. Dalam setiap peringkat, terdapat beberapa

kemahiran mendengar yang harus dikuasai oleh murid.

1. Peringkat Awal

2. Peringkat Pertengahan

Peringkat Kemahiran Mendengar

3. Peringat Maju

Gambar rajah 2.1.1 (b) Peringkat Kemahiran Mendengar

Dalam

peringkat

awal,

murid

boleh

melakukan

aktiviti

mengecam, mengajuk dan memilih bunyi dengan menggunakan alat perakan sebagai alat yang mengeluarkan bunyi bahasa. Guru akan

memasang bunyi yang dirakam sendiri atau yang dimuat turun daripada mana-mana laman web. siren polis, bomba dan ambulans. Guru boleh menggunakan bunyi Kemudian, murid akan cuba

mengajuk bunyi yang mereka dengar. Seterusnya bagi aktiviti mengecam makna perataan, frasa dan ayat, guru juga boleh menggunakan suara rakaman atau guru menjadi bahan bantu mengajar dengan membunyikan sendiri bunyi bahasa. Kemudian, murid akan mendengar dengan teliti dan menyatakan makna perkataan yang didengar secara spontan. boleh diadakan dengan menyuruh Aktiviti yang seterusnya melakukan sesuatu

murid

berdasarkan urutan dan arahan yang disebut.

Contohnya, guru

menerangkan langkah membuat kolaj, jadi murid akan menghasilkan kolaj berdasarkan urutan yang telah diterangkan. Selain itu, aktiviti

bagi peringkat awal boleh dibuat melalui lisan iaitu, guru akan memberi situasi dan murid akan cuba menjawab dan memberi respons secara lisan. Sebagai contoh, guru mengarahkan murid untuk memikirkan

kesan-kesan pembuangan sampah merata-rata di sungai. Kita beralih pula kepada peringkat pertengahan kemahiran mendengar. Pada aktiviti yang memerlukan murid untuk mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci dapat dilakukan dengan mengarahkan murid untuk memindahkan maklumat yang didengar ke dalam pengurusan grafik atau peta minda mengikut kreativiti murid-murid. Selain itu, kemahiran mengesan urutan dapat dilakukan dengan menyuruh murid untuk menulis atau menyatakan semula langkah-langkah menghasilkan sesuatu atau urutan cerita. Dalam peringkat ini juga, murid akan dapat mengenal sebab dan akibat dengan mendengar rakaman berita yang memaparkan isu-isu semasa.. Sebagai contoh, murid akan mencari sebab dan akibat Guru juga boleh

kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

mengadakan aktiviti mendengar yang melatih murid untuk mengenal

hubungan orang yang bercakap dan mengesan sikap dan perasaan penutur. Melalui aktiviti ini, murid akan cuba memahami mesej yang disampaikan penutur. Lanjutan daripada itu, murid akan dapat

mengesan apakah harapan penutur melalui sikap dan perasaan penutur di sebalik mesej yang disampaikan. Pada peringkat yang terakhir dalam kemahiran mendengar iaitu peringkat maju, murid dapat dilatih untuk menguasai kemahiran mendengar dengan melakukan aktiviti yang memerlukan murid untuk mentafsir maksud penutur. Penutur bertutur untuk pelbagai maksud dan tujuan. Oleh itu, murid harus pandai mentafsir maksud penutur secara tepat supaya sama dengan kehendak penutur. Setelah itu,

murid akan diminta untuk memberitahu fungsi tekanan dan intonasi penutur. Aktiviti yang seterusnya melibatkan kemahiran mencari jalan penyelesaian masalah yang didengar. Sebagai contoh, guru

mengarahkan dua orang murid untuk melakonkan situasi kaunselor dan murid yang bermasalah. Murid yang bermasalah akan

menyatakan masalah yang dialaminya dengan teliti manakala murid yang mengambil peranan sebagai seorang guru kaunseling akan menyelesaikan masalah secara lisan. maklumat dan fakta yang didengar. Seterusnya mengamati

Pada peringkat ini, murid akan

dapat membezakan antara maklumat pening dengan maklumat umum. Gambar rajah di bawah dapat menjelaskan cadangan aktivitiaktiviti yang boleh dilakukan bagi peringkat maju, pertengahan dan maju.

Peringkat Awal Mengecam, mengajuk, memilih bunyi Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat Melakukan sesuatu yang disuruh Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

Peringkat Pertengahan Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orangorang yang berinteraksi Mengenal sikap dan perasaan penutur

Peringkat Maju Mentafsir maksud penutur memberitahu fungsi tekanan dan intonasi penutur Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar Mengamati maklumat dan fakta yang didengar.

Gambar rajah 2.1.1 (c) Ringkasan Peringkat Kemahiran Meendengar

Kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merupakan kegiatan meluahkan bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan manusia. Proses pengujaran bunyi memberikan makna dan persepsi bunyi yang dilafazkan secara lisan. Individu bertutur untuk berbagai-bagai-bagai tujuan. Murid yang menguasai kemahiran bertutur akan dapat melahirkan buah fikiran, meluahkan perasaan dan

berkomunikasi dengan lancar menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang betul.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pula, kemahiran bertutur amat penting bagi guru dan murid-murid. Melalui kemahiran ini, akan wujud suasana pembelajaran yang berkesan dengan adanya komunikasi dua hala daripada guru dan murid. Pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan kaedah auditorium iaitu hanya guru yang bertutur tidak akan memberi kesan kepada murid. Selain itu,

objektif pengajaran dan pembelajaran bertutur juga tidak akan dapat dicapai. Bukan hanya kemahiran bertutur yang tidak dapat tercapai dalam pengajaran dan pembelajaran, malah turut akan

mempengaruhi kemahiran menulis. Hal ini kerana, menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir 2011: 28) kemahiran ini akan mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui

penulisan. Sehubungan itu, (Mohd Hilmy Haji Ismail 1982: 6869) juga pernah menyatakan bahawa,

menyusun

Murid-murid fikiran dan

sepatutnya idea-idea

boleh dalam

pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Gerak kerja lisan memang ada dilakukan oleh para guru pada setiap pelajaran bahasa. Namun demikian, ada juga guru yang melangkau aspek penting ini.

Saya setuju dengan pendapat beliau yang menyatakan bahawa kebanyakan guru melangkau aspek kemahiran bertutur di sekolah. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, semasa belajar di sekolah rendah, guru tidak menitikberatkan kemahiran ini. Guru hanya mementingkan kemahiran membaca dan menulis sahaja. Kesannya, apabila masuk ke sekolah menengah, saya menjadi seorang murid yang pasif kerana tidak yakin untuk bertutur bagi meluahkan pendapat dan buah fikiran. Bukan itu sahaja, berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang pernah dibuat sebelum ini, di mana-mana sekolah pun akan ada guru yang tidak mementingkan penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid. Kesilapan guru ini akan mengakibatkan murid menjadi seorang yang pendiam, pemalu dan kurang keyakinan diri untuk bertutur. Perkara ini jelas memberi penekanan akan peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran bertutur yang harus dinilai untuk melihat sama ada murid sudah menguasai kemahiran bertutur atau belum. Aspek pertuturan terbahagi kepada dua yang utama iaitu aspek linguistik dan aspek bukan linguistik. Antara perkara yang terlibat dalam aspek linguistik ialah sebutan, intonasi, nada, tekanan, jeda, mora dan tempo.

Manakala aspek bukan linguistik melibatkan perkara seperti kelancaran, pergerakan tubuh dan bahasa isyarat. Perkaraperkara inilah yang perlu diberi perhatian terutamanya oleh guru-guru di sekolah dalam melaksanakan aktiviti bertutur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini kerana, masa yang murid luangkan di sekolah lebih banyak berbanding masa di rumah.

Aspek linguistik sangat berkait rapat dengan bahasa iaitu setiap bunyi atau sebutan yang dihasilkan terkandung dalam sesuatu bahasa. Penggunaan aspek linguistik yang betul menyebabkan bahasa yang dituturkan dapat difahami dengan mudah dan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Intonasi merupakan antara perkara dalam aspek linguistik yang merujuk kepada bunyi bahasa yang diujarkan sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu. Contohnya, perbezaan intonasi penutur dapat dibezakan melalui ketegasan dan kenyaringan suaranya seperti ketika sedang marah.

Seterusnya ialah nada yang digunakan semasa menaikkan atau menurunkan nada suara ketika melafazkan perkataan. Nada biasanya digunakan semasa pembacaan beramai-ramai dalam kalangan murid. Selain itu, sebutan yang didefinisikan sebagai lafazan bunyi-bunyi yang bermakna merupakan antara aspek penting dalam pertuturan. Sebutan yang jelas dan tepat membolehkan pendengar memahami maksud penutur dengan mudah. Sebutan yang kurang jelas akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pendengar. Oleh itu, di sekolah guru memainkan peranan yang sangat penting bagi melatih

murid-murid menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan tepat dan jelas.

Aspek linguistik yang seterusnya ialah jeda. Jeda merupakan aspek pertuturan yang memisahkan bunyi-bunyi atau elemen-elemen linguistik seperti perkataan, frasa dan ayat. Jeda juag dikatakan sebagai persendian kerana digunakan sebagai hentian sebentar dalam ujaran. Penggunaan jeda yang salah ketika bertutu akan menimbulkan kekeliruan maksud yang cuba disampaikan oleh penutur. Seterusnya ialah mora atau panjang pendek kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Terakhir ialah tempo yang merupakan kadar kelajuan sama ada lambat atau cepat sebutan diujarkan. Aspek pertuturan ini jelas dikesan apabila murid dikehendaki untuk bertutur dalam masa yang singkat dan memerlukan isi atau maklumat yang disampaikan haruslah padat.

Cabang aspek pertuturan yang kedua ialah aspek bukan linguistik. Aspek bukan linguistik merupakan aspek pertuturan namun bukan bersifat linguistik. Sebagai contoh, kelancaran, dan kefasihan. Murid yang bertutur dengan teratur, kemas dan tanpa sebarang sekatan dikatakan telah menguasai kemahiran bertutur dari aspek kelancaran berbahasa. Murid yang mempunyai masalah kelancaran dapat dikesan melalui pembacaan kuat. Guru perlulah mengambil langkah segera dengan melakukan pelbagai aktiviti yang membolehkan murid bertutur dengan lancar. Hal ini kerana, sekiranya masalah ini tidak diatasi sejak awal lagi, kemungkinan murid akan menjadi seorang yang pendiam dan pendengar sukar memahami apa yang cuba disampaikan. Di samping itu, kefasihan yang juga merupakan aspek penting dalam pertuturan menguji keupayaan murid bertutur dengan petah. Bagi melahirkan murid yang fasih

berbahasa Melayu, guru perlu menggalakkan murid untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa berkomunikasi tanpa ada unsur dialek atau bahasa asing.

Kemahiran membaca Kemahiran menulis

Anda mungkin juga menyukai