Anda di halaman 1dari 15

HBQE1103

ULUM AL-QURAN
770601025467

1.0PENGENALAN

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s dari Lauh ul-Mahfudz.. Al-Quran merupakan sebuah kitab samawi yang syumul sifatnya, yang diturunkan sejajar dengan keperluan umat manusia sepanjang masa dan zaman. Meskipun terdapat kitab samawi yang diturunkan sebelum Al-Quran menjadi panduan umat manusia terdahulu, namun kitab AlQuran menjadi petunjuk dan pedoman sepanjang zaman. Isi kandungan Al-Quran tidak akan luput ditelan zaman dan tidak ada sebarang penyelewengan yang berlaku sepertimana yang pernah berlaku pada kitab-kitab samawi yang lain. Terdapat beberapa bahagian dalam pengkajian Al-Quran antaranya ialah Ulum ul-Quran dan Ilmu Qiraat. Ulum ul-Quran merupakan satu cabangan pengajian al-Quran secara lengkap dan menyeluruh dalam mempelajari Al-Quran. Terdapat beberapa ilmu yang dibahaskan dalan Ulum ul-Quran antaranya ialah asbabun nuzul, nasakh mansukh dan ayatayat muhkam dan mutasyabih. Jesteru itu, penulisan ini cuba untuk membincangkan mahfum ayat ketujuh dari surah Ali Imran.

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

2.0 Tafsir Ayat ke7 Surah Ali Imran

Ertinya: "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al-Quran ) kepada kamu. Di antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamaat. Itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagiaan ayat-ayat yang mutasyabihaat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari tawilnya, padahal tidak ada yang mengetahui tawilnya, melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal."

2.1 Makna Mufradat.


Maksudnya, petunjuk yang jelas dan tidak ada khilaf dari segi maksudnya, Mufradnya ( (iaitu sesuatu yang difahami makna dan tafsirannya. (al-Zuhaili 1991, 3:150) Asal Al-Kitab yang dirujukkan kepadanya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam dan sebagainya. Maksudnya ialah ayat yang tidak jeklas maknanya, bahkan zahir lafazbersalahan dengan makna yang dikehendaki seperti huruf-huruf hijaiyyah di permulaan surah.

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

Kecenderungan ke arah kesesatan kerana mengikut hawa nafsu. Menimbulkan fitnah kerana kejahilan dan kelemahan daya

fikiran yang menyebabkan mereka terperangkap dalam perkara-perkara syubhat. Menuntut dan mencari tafsirannya. Orang-orang yang mendalam pengetahuannya. Kami beriman dengan ayat al-Mutasyabihat dan ianya datang daripada Allah, tidak diketahui maknanya. Semua ayat sama ada dalam bahagian al-Muhkam dan alMutasyabihat adalah merupakan wahyu Allah Tidak mengambil pengajaran-pengajaran Orang-orang yang mempunyai pemikiran dan penelitian yang mendalam.

2.2 Makna Ijmali


Allah s.w.t menjelaskan bahawa di dalam al-Quran terdapat dua bentuk ayat iaitu ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Menurut ulama tafsir, al-Muhkam ialah ayat yang petunjuk lafaznya jelas, tidak terdapat kesamaran pada makna dan maksudnya. Manakala al-Mutasyabih pula ialah suatu ayat yang tidak nyata makna yang dikehendaki disebabkan al-taarud di antara zahir lafaz dan makna yang dikehendaki daripadanya atau sesuatu yang menjadi ketentuan Allah sahaja yang mengetahuinya terutama mengenai hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Di samping itu, ayat ini juga menolak pandangan orang Nasrani yang berdalilkan ayat tertentu yang pada zahirnya menunjukkan Nabi Isa a.s berbeza daripada manusia lain.

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

3.0 Pengertian Muhkam dan Mutasyabih


Menurut Muhammad Chirzin (2003) dalam bukunya berjudul Al-Quran dan Ulumul Quran muhkam dari segi etimologi berasal dari perkataan hakama.. Manakala muhkam adalah sesuatu yang kukuh, nyata, jelas dalam membezakan antara yang hak dan batil. Dari segi terminologi banyak sekali pendapat para ulama tentang pengertian muhkam, antaranya ialah seperti berikut: a) Muhkam ialah ayat-ayat yang jelas maksudnya lagi nyata yang tidak mengandungi kemungkinan nasakh. Kenyataan ini disandarkan kepada pendapat al-Lusi pemimpin mazhab Hanafi. b) Muhkam ialah ayat-ayat yang diketahui maksudnya, baik secara nyata mahupun melalui takwil. Pendapat ini bersandarkan kepada ahli sunnah sebagai pendapat yang terpilih di kalangan mereka. c) Muhkam ialah ayat-ayat yang tidak mengandungi kecuali satu kemungkinan makna takwil. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Abbas dan kebanyakkan ahli ushuk fikh yang mengikutinya. d) Muhkam ialah ayat yang bediri sendiri dan tidak memerlukan keterangan. Pendapat inidisandarkan kepada Imam Ahmad r.a.

Secara umumnya, ayat-ayat muhkam boleh difahami sebagai ayat-ayat yang membawa maksud atau makna yang jelas dan nyata tanpa memerlukan keterangan yang lain. Di dalam ayat-ayat muhkam juga ada diterangkan sesuatu yang halal, haram, fardhu, janji dan ancaman dari Allah.

3.1 Pengertian Mutasyabih


Mutasyabih secara etimologi berasal dari perkataan syabaha, iaitu bila salah satu dari dua hal atau perkara serupa dengan yang lain. Manakala dari segi terminologi atau istilah mutasyabih bermaksud ayat-ayat yang tidak jelas maknanya dan mempunyai takwil yang berbeza atau mempunyai makna yang tersembunyi dan memerlukan penerangan yang lebih jelas atau hanya Allah yang mengetahuinya.

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

Namun begitu para ulama berbeza-beza pendapat dalam memberikan pengertian mutasyabih, iaitu seperti berikut: a) Ulama golongan Ahlus Sunnah mengatakan lafal mutasyabih adalah lafal yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Manusia tidak mampu untuk memahami maksud, contohnya terjadinya hari kiamat, keluarnya Dajjal dan erti huruf-huruf Muqaththaah. b) Ulama golongan Hanafiyah mengatakan, lafal mutasyabih adalah lafal yang samar maksud petunjuknya, sehingga tidak terjangkau oleh akal pikiran manusia atau pun tidak tercantum dalam dalil-dalil nash (teks dalil-dalil). Sebab, lafal mutasyabih termasuk halhal yang diketahui Allah saja artinya. Contohnya seperti hal-hal yang ghaib c) Golongan ahlul fiqh yang berasal dari pendapat sahabat Ibnu Abbas mengatakan, lafal mutasyabih adalah artinya dapat ditakwilkan dalam beberapah arah atau segi, karena masih sama. Misalnya, seperti masalah surga, neraka, dan sebagainya. d) Imam Ibnu Hanbal dan pengikut-pengikutnya mengatakan, lafal mutasyabih, yang memerlukan penjelasan arti maksudnya, karena adanya bermacam-macam takwilan terhadap lafal tersebut. Contohnya seperti lafal yang bermakna ganda (lafal musytarak), lafal yang asing (gharib), lafal yang berarti lain (lafal majaz), dan sebagainya. Secara umumnya, ayat mutasyabih boleh difahami sebagai ayat-ayat yang belum jelas maknanya, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui ayat mutasyabih.

3.2 Contoh Ayat al-Muhkam.


Diantara ayat al-Muhkam yang terdapat adalah seperti berikut: 1. Firman Allah dalam surah al-Anam ayat 151 Maksud ayat: Katakanlah (Muhammad), Marilah aku bacakan apa yang diharamkan Tuhan kepadamu, jangan mempersekutukan-Nya dengan apa pun. 2. Firman Allah dalam surah al-Isra ayat 23

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

Maksud ayat; Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain dari-Nya,

3. Firman Allah dalam surah al-Zukhuf ayat 59 Maksud ayat : Dia (Isa) tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami berikan nikmat (kenabian) kepadanya, dan Kami jadikan dia sebagai contoh bagi Bani Israel. Ayat-ayat tersebut di atas serta ayat-ayat lain yang seumpamanya merupakan sebahagian besar daripada ayat al-Quran yang menjelaskan tentang asas akidah, hukum hakam, perintah larangan, halal, haram dan sebagainya. Kesemua ayat ini menunjukkan makna yang dikehendaki secara jelas dan tidak diihtimalkan makna selain daripadanya. Selain itu, ayat al-Muhkam juga dianggap sebagai Umm al-Kitab, iaitu asal kepada alQuran. Manakala ayat al-Mutasyabih pula dianggap sebagai cabang daripadanya. Dengan demikian, jika timbul sebarang kesamaran dalam memahami ayat al-Mutasyabih, maka hendaklah dirujuk kepada ayat al-Muhkam untuk mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Contohnya seperti firman Allah menerusi surah an-Nisa ayat 171 mengenai Nabi Isa a.s. Maksud ayat: Sesungguhnya Al-Masih Isa putra Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nyayang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Ayat al-Mutasyabih diatas perlu diperjelaskan maksudnya dengan ayat al-Muhkam yang terdapat di dalam surah al-Zukhuf ayat 59 iaitu firman Allah: Maksud ayat : Dia (Isa) tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami berikan nikmat (kenabian) kepadanya, dan Kami jadikan dia sebagai contoh bagi Bani Israel.

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

3.3 Contoh ayat al-Mutasyabih


Di antara ayat al-Mutasyabih yang terdapat di dalamal-Quran adalah seperti berikut: 1. Firman Allah dalam surahan-Nisa ayat 161 Maksud ayat: Sesungguhnya Al-Masih Isa putra Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya.

2. Firman Allah dalam surah Toha ayat 5. Maksud ayat: Yang Maha Pengasih yang bersemayam di atas Arsy.

3. Firman Allah dalam surah al-Fath ayat 10. Maksud ayat; Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka.

Ayat tersebut boleh diihtimalkan berbagai makna, manakala zahir lafaznya pula menyalahi makna yang dikehendaki.

3.4 Khilaf Ulama Dalam Mentakwilkan Ayat al-Mutasyabih.


Perselisihan pendapat di kalangan ulama dalam mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat adalah berpunca daripada kefahaman dan tarsiran mereka mengenai ayat ( ( Perbincangan ini berdasarkan dua pendapat di bawah: 1. Ada setengah berpendapat tidak harus ditakwilkan ayat al-Mutasyabih. Pendapat ini dipegang oleh Ubay bin Kaab, Aishah, Ibnu Abbas dan Ibnu Omar. Mereka mengatakan wakaf dalam ayat tersebut adalah pada lafaz al-Jalalah iaitu )..( Manakala ayat)(merupakan permulaan kalam. Disamping itu Allah

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

menyifatkan golongan al-Rasikhun) (ini sebagai penyerahan mutlak berdasarkan ayat )( Sehubungan itu, Abdullah Bin Abbas pernah menyatakan bahawa tafsiran ayat al-Quran ini terbahagi kepada empat bahagian: a) Ayat yang mudah difahami dan tidak sepatutnya seorang pun jahil mengenainya. b) Ayat yang hanya difahami oleh orang Arab kerana al-Quran merupakan bahasa mereka sendiri. c) Ayat al-Quran hanya difahami oleh ulama. d) Ayat yang tidak diketahui maknanya melainkan Allah sahaja. Sementara itu Imam Malik pernah di tanya tentang perkataan ) (dalam firman Allah yang berbunyi ) .(Lalu beliau menjawab dengan katanya ).(

2. Sebahagian lain pula berpendapat bahawa boleh ditakwilkan ayat al-Mutasyabih. Mereka ini terdiri daripada para sahabat seperti Ibnu Abbas dan diikuti oleh ramai dari kalangan ahli tafsir lain seperti Ibnu Kathir. Kenyataan tersebut berdasarkan bahawa ayat tersebut tidak diwakafkan pada lafaz al-Jalalah. Manakala perkataan al-Rasikhun ) ( pula diatafkan ke atasnya. Dengan ini makna yang dikehendaki adalah seperti berikut. Tidak diketahui takwilan ayat al-Mutasyabih melainkan Allah dan orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam serta mahir menggunakanna. Sehubungan itu, Ibnu Abbas mengatakan: Saya termasuk dari kalangan orang-orang al-Rasikhun ) ,( di mana mereka ini menetahui tentang takwilan ayat al-Mutasyabih (al-Zuhaili 1991, 3:154). Rasulullah s.a.w pernah berdoa dan memohon kepada Allah supaya Ibnu Abbas menjadi seorang yang mahir dalam segala bidang ilmu pengetsahuan khususnya, mengenai takwilan ayat. Sabda baginda ).(

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

3.5 Golongan Yang Suka Menimbulkan Fitnah


Kewujudan ayat al-Mutasyabih di dalam al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah tertentu. Diantaranya : i. Untuk membezakan di antara golongan yang memiliki kekuatan iman dan kelemahannya. ii. Untuk menjelaskan tentang kedudukan istimewa golongan al-Rasikhun yang mengkaji dan meneliti serta memahami maksud ayat. Dalam ayat ini terdapat satu golongan manusia yangdicela oleh Allah s.w.t kerana sengaja bertindak mentafsirkan ayat al-Mutasyaih ini mengikut kemahuan hawa nafsu mereka tanpa merujuk kepada ayat al-Muhkam untuk memastikan kesahihan maksudnya. Tafsiran yang dibuat bertujuan untuk menimbulkan fitnah dan kekeliruan di kalangan orang ramai dalam memahami ajaran agama Islam. Sebagai contoh. Orang Nasrani berhujah bahawa al-Quran pernah menyatakan Nabi Isa itu roh Allah dan kalimah-Nya yang disampaikan kepada Maryam. Hal ini ada disebut di dalam ayat 171 surah an-Nisa ( ) Disamping itu, mereka sengaja tidak mahu berhujah dengan ayat al-Muhkam yang menegaskan bahawa Isa adalah seorang hamba yang dilantik menjadi utusan Allah kepada kaumnya dan dia sentiasa patuh kepada perintah Allah yang disampaikan kepadanya. Ini berdasarkan kepada ayat 59 surah al-Zukhuf (.) Sehubungan itu, Imam Muslim ada meriwayatkan daripada Aishah bahawa Rasulullah s.a.w telah membaca ayat (,) kemudian baginda bersabda: Maksudnya: Apabila kamu melihat orang-orang yang suka mengikuti sesuatu yang samar-samar daripada al-Quran, maka ketahuilah bahawa mereka sebenarnya ialah orang yang disebut oleh Allah dalam ayat. Oleh yang demikian hendaklah kamu jauhi mereka. Sebaliknya, Allah memuji golongan al-Rasikhun ( )yang disebut dalam ayat ini dan mereka menjadikan ayat al-Muhkam sebagai asas kuat untuk dirujuk. Di samping itu,

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

mereka meyakini bahawa setiap daripada ayat al-Muhkam dan al-Mutasyabih adalah merupakan wahyu Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.s.w.

4.0 Mazhab-mazhab Akidah 4.1 Mazhab Jabariah


Secara terminologi, Jabariah diertikan dengan aliran yang mengakui bahawa tidak adanya perbuatan manusia secara hakikat dan menyandarkan perbuatan tersebut kepada Allah s.w.t. Segala perbuatan hanya terjadi dengan dengan Qudrat an Iradat-Nya. Manusia tidak mempunyai Qudrat dan Iradat, manusia juga merupakan wadah bagi apa yang Allah kehendaki. Mereka juga berpendapat manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya. Ideologi ini berasal dari fahaman Yahudi, dan mereka mengajarkannya kepada orang-orang Islam. Orang pertama yang menyebarkan ideologi ini adalah Jaad bin Darham. Dia menerima ideologi ini dan menyebarkan kepada Jaham bin Safuan. Para sarjana Salaf dan Khalaf menolak fahaman ini dengan sekeras-kerasnya. Antara mereka adalah sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Abbas. Beliau menegaskan kepada pengikut Jabariah, Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakan, sedangkan kerana rosak kamu lahirnya beberapa kerosakan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripada kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan. Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah, Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir. Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur alMaturidi yang lahir pada abad yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah.

10

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

Mazhab ini akhirnya berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Al- Jahmiah, Al- Tabariah dan AlDirariah.

4.2 Mazhab Qadariah.


Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan. Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah: Maabad al- Juhani Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Maabad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar. Ghilan al-Dimasyqi Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Maabad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza i. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu. Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auzai. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, Qadar baik dan jahat itu daripada hamba. Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan

11

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

dijatuhkan hukuman bunuh. Fahaman ini tidak mati dengan matinya Ghilan. Ia masih terus disebarkan di tengah-tengah masyarakat Islam dan berkembang bebas.

4.3 Mazhab Muktazilah


Muktazilah merupakan sebuah aliran dalam Islam yang muncul pada masa akhir dinasti Umayyah dan berkembang pesat pada zaman dinasti Abbasiyyah. Mereka berpegang pada kekuatan akal dalam memahami akidah Islam. Sebahagian ulama pula mendefinisikannya sebagai satu kelompok dari Qadiriyah yang berbeza pendapat dengan umat Islam dalam permasalahan hukum pelaku dosa besar yang dipimpin oleh Wasil bin Atha dan Amr bin Ubaid pada zaman Al Hasan Al Basri. Kelompok pemuja akal ini muncul di kota Basrah (Iraq), pada abad ke 2H, antara tahun 105 110 H, tepatnya pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan khalifah Hisyam Bin Abdul Malik. Pelopornya adalah seorang penduduk Basrah bekas murid Al-Hasan Al-Basri yang bernama Wasil bin Atha Al-Makhzumi Al-Ghozzal. Kemunculan ini adalah kerana Wasil bin Atha berpendapat bahawa muslim berdosa besar bukan mukmin dan bukan kafir yang bererti ia fasik. Imam Hasan al-Basri pula berpendapat mukmin berdosa besar masih berstatus sebagai mukmin. Menurut salah seorang imam di kalangan tabiin, Asy-Syahrastani berkata: Suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Al-Hasan Al-Basri seraya berkata: Wahai imam dalam agama, telah muncul di zaman kita ini kelompok yang mengkafirkan pelaku dosa besar (di bawah dosa syirik). Dan dosa tersebut diyakini sebagai suatu kekafiran yang dapat mengeluarkan pelakunya dari agama, mereka adalah kaum Khawarij. Sedangkan kelompok yang lainnya sangat terbuka terhadap pelaku dosa besar (di bawah dosa syirik), dan dosa tersebut tidak berpengaruh terhadap keimanan. Kerana dalam mazhab mereka, suatu amalan bukanlah rukun dari keimanan dan kemaksiatan tidak berpengaruh terhadap keimanan sebagaimana ketaatan tidak berpengaruh terhadap kekafiran, mereka adalah Murjiah. Bagaimanakah pendapatmu dalam permasalahan ini agar kami boleh menjadikannya sebagai prinsip (dalam beragama)? Al-Hasan Al-Basri pun berfikir sejenak dalam permasalahan tersebut. Sebelum beliau sempat menjawab, tiba-tiba

12

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

dengan lancangnya Wasil bin Atha berseloroh: Menurutku pelaku dosa besar bukan seorang mukmin, namun ia juga tidak kafir, bahkan ia berada pada suatu keadaan di antara dua keadaan, tidak mukmin dan juga tidak kafir . Lalu dia berdiri dan duduk menyendiri di salah satu tiang masjid sambil tetap menyatakan pendapatnya tersebut kepada murid-murid Hasan Al-Basri yang lainnya. Maka Hasan Al-Basri berkata: Wasil telah memisahkan diri dari kita, maka disebutlah dia dan para pengikutnya dengan sebutan Muktazilah. Pertanyaan itu pun akhirnya dijawab oleh Hasan AlBasri dengan jawapan Ahlussunnah Wal Jamaah: Sesungguhnya pelaku dosa besar adalah seorang mukmin yang tidak sempurna imannya. Kerana keimanannya, dia masih disebut mukmin dan kerana dosa besarnya ia disebut fasiq dan keimanannya pun menjadi tidak sempurna.

4.4 Mazhab Ahl ul-Sunnah


Kemunculan mazhab Ahlal-Sunnah wal-Jamaah tidak diketahui dengan tepat . Begitu juga tokoh yang mula memperkenalkan nama mazhab itu. Kemunculannya jauh berbeza daripada aliran Syiah dan Khawarij. Menurut Ibnu Tamiyyah (wafat 728 Hijrah), Ahli Sunnah adalah mazhab sedia ada sejak dulu dan dikenali sebelum kemunculan Abu Hanifah, Malik, al-Syafie dan Ahmad. Ia mazhab sahabat yang bersumber daripada Nabi SAW. Mereka bersepakat mengatakan ijmak sahabat adalah hujah, tetapi mereka berselisih pendapat mengenai ijmak generasi selepas sahabat. Ibn Abbas menyebut istilah Ahl al-Sunnah ketika beliau mentafsirkan firman Allah yang maksudnya: "(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang) menjadi putih berseri dan ada muka (orang) menjadi hitam legam".

Dalam ayat itu, Ibn Abbas mentafsirkan muka orang yang putih berseri ialah Ahl al-Sunnah dan ulama, manakala muka hitam legam ialah ahli bidaah sesat.

13

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

Ahmad Hambal (wafat 241 Hijrah) pula menyatakan dalam mukadimah kitabnya al-Sunnah: "Inilah mazhab ahli ilmu, ashab al-athar dan ahl al-sunnah yang berpegang teguh pada alSunnah yang dikenali jejak langkahnya serta menjadi ikutan umat bermula daripada sahabat Nabi SAW hingga ke hari ini."

Ringkasnya, Ahli Sunnah wa al-Jamaah adalah generasi sahabat dan tabiin yang bersatu mengikuti kebenaran yang jelas daripada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

5.0 Kesimpulan
Sesungguhnya kitab al-Quran merupakan satu kurniaan Allah kepada umat Nabi Muhammad yang tidak ada tolok bandingnya. Ayat-ayat yang terkandung dalamnya, terutama sekali ayat al-Mutasyabih menguji kemampuan akal serta memberi penjelasan bahawa akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia adala terbatas. Selain itu, ayat al-Mutasyabih juga menjelaskan bahawa zat Allah berlainan dengan Makhluk-Nya serta mengeji golongan yang cuba menyeleweng ayat-ayat tersebut. Sesuatu yang datang dari Allah pasti semuanya benar dan tidak wujud kebatilan di dalamnya. Sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah pastinya kita mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya. Orang yang sesat hatinya akan menjadikan ayat al-Mutasyabih sebagai medium untuk menyeleweng ayat muhkam berlandaskan hawa nafsu mereka dengan menimbulkan keraguan makna dan hukumnya. Lantaran itu lahirlah golongan yang terpesong akidah mereka. Pendapat Ahl ul-Sunnah wal-Jamaah boleh digunapakai kerana mereka mengiktiraf Allah Maha Suci dari persamaan dengan makhluknya. Semoga melaluinya kita orang awam di jauhkan dari melakukan syubhat tasybih (membandingkan Allah dengan sesuatu).

(3000patah perkataan)

14

HBQE1103
ULUM AL-QURAN
770601025467

15

Anda mungkin juga menyukai