DOKUMENTASI
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 29 SK PADANG PUSING
TARIKH; 28 FEB 2012 MASA; 2.45 PETANG TEMPAT; KAFETARIA SK PADANG PUSING
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
PENDAHULUAN
Bagi merealisasikan visi dan misi sekolah, ibubapa atau penjaga serta para guru harus menggembleng tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya. Ibubapa dan guru harus menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai visi dan misi ini melalui PIBG yang ada di sekolah ini. Ibubapa atau penjaga serta para guru juga bertanggungjawab untuk memberikan kerjasama dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti PIBG sekolah ini bagi meningkatkan akademik dan kokurikulum khususnya dari segi pembentukan jasmani, rohani, emosi dan intelek murid-murid.
MATLAMAT
Memberi penerangan kepada ibubapa dan penjaga serta murid-murid tahun empat dan lima tentang program-program yang telah dirancang untuk meningkatkan pencapaian anak-anak masing-masing, seterusnya memohon kerjasama ibubapa serta penjaga agar segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat.
OBJEKTIF
1. Memberi penjelasan kepada ibubapa segala hal berkaitan program PIBG. 2. Memberi rangsangan dan motivasi kepada para ibubapa untuk kecemerlangan anak-anak. 3. Mendapatkan kerjasama ibubapa dan pihak guru dalam melahirkan insan cemerlang.
JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK PADANG PUSING 2010/2012
: :
Tn. Hj. Maruan B. Abdullah En. Abdul Rahman B. Mohamad En. Nasri B. Lateh Pn. Asiah Bt Bakar Pn. Busyra Bt Ismail Pn. Rusni Bt Yahya. Pn. Rohaya Bt Mehat. Pn. Norlia Bt Che Hashim. En. Shahrulnizam B Mat Saad. En. Tajul Anuar B Tajuddin. En. Mohd Basri B Kamaruzaman Pn. Azizah Bt Omar Pn. Zaiton Bt Abd Rashid Pn. Salmah Bt Ismail Pn. Pranee a/p Keling En Ahmad Shukri B Hj Mokhtar (Pemeriksa 1) En. Muhd Zuki B Zabidi (Pemeriksa 2)
AJK WARIS
PEMERIKSA KIRA-KIRA :
JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK PADANG PUSING 2012/2014
: :
Tn. Hj. Maruan B. Abdullah En. Abdul Rahman B. Mohamad En. Md Akhir b Hassan Pn. Asiah Bt Bakar Pn. Busyra Bt Ismail Pn. Rusni Bt Yahya. Pn. Rohaya Bt Mehat. Pn. Norlia Bt Che Hashim. En. Shahrulnizam B Mat Saad. En. Tajul Anuar B Tajuddin. En. Mohd Basri B Kamaruzaman En. Md Akhir B Saad En. Ishak B Hamid Pn. Salmah Bt Ismail En. Tian a/a Watt Pn. Rogayah Bt Hassan. En Ahmad Shukri B Hj Mokhtar (Pemeriksa 1) En. Muhd Zuki B Zabidi (Pemeriksa 2)
AJK WARIS
PEMERIKSA KIRA-KIRA :
UCAPAN DAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG PIBG YB. PN. HJH. SURAYA BT YAACOB. BKM. JP ADUN SG. TIANG
CABUTAN BERTUAH
PENUTUP
Mesyuarat Agong PIBG berjalan lancar seperti yang dirancang. Kehadiran ibubapa masih ditahap sederhana iaitu 70% daripada jumlah keseluruhan. Ibubapa juga mengambil bahagian dengan aktif semasa sesi soal jawab. Pada tahun hadapan, diharapkan lebih ramai ibubapa datang ke mesyuarat yang diadakan terutama ibubapa di kelas-kelas lemah.
LAPORAN BERGAMBAR