Anda di halaman 1dari 7

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2006

TARIKH HARI TEMPAT MASA : : : : 31 MEI 2006 1 JUN 2006 RABU - KHAMIS KEM KENARI, YAN KEDAH. 9.00 PAGI

PENGISIAN PROGRAM
7.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi : : : Bertolak dari SKSTSD Dijangka tiba di kem SLOT 1 Teknik Menjawab

Kertas Sains 11.30 pagi 1.30 petang 2.30 petang 4.30 petang : : : SLOT 2 Teknik Menjawab Kertas Matematik Makan tengah hari Solat Zohor SLOT 3 Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris

: Makan petang Solat Asar Riadah : Bertolak pulang

5.30 petang

KERTAS KERJA PROGRAM GERAK GEMILANG


JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AJK : : : : : EN.AHMAD BIN HAMID TUAN HAJI MAT SALLEH B. HUSSAIN PN. SHAHRONI BINTI AYOB PN. SOHAYATI BT. ISMAIL PN. CHE TOM BT.ABD. HAMID PN. SITI AJAR HASSAN PN.FAZILAH HJ.SALLEH EN. SHAAIZAM MOHD SAAD

PENGENALAN
Berdasarkan maklumat dan keputusan peperiksaan yang lepas (Peperiksaan Akhir Tahun dan Ujian Bulanan) menunjukkan tahap kesediaan sebilangan murid masih belum mencapai ke tahap maksimum. Mereka kurang aktif (terutama semasa sesi soal jawab di dalam kelas), daya ingatan yang lemah dan kurang minat untuk belajar. Adalah diharapkan melalui program yang telah dirancang ini, murid akan dapat mengatasi segala halangan yang ada dan terus maju mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Sekiranya kelemahan mereka dibiarkan berterusan, maka ini akan menjejaskan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan harapan untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR 2006 tidak akan tercapai.

MATLAMAT
Program Gerak Gemilang ini dirancang untuk melahirkan murid yang kental dari segi rohani dan emosi untuk menghadapi UPSR serta memantapkan pengetahuan murid untuk menghadapi peperiksaan.

OBJEKTIF
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka berpotensi menjadi murid yang cemerlang. Meningkatkan motivasi dalaman murid dan terus berkekalan. Membina semangat berdaya saing dikalangan murid untuk mencapai kecemerlangan. Mendedahkan kepada murid tentang teknik belajar yang berkesan. Meningkatkan tahap kendiri murid bagi menghadapi segala halangan untuk menghadapi hidup harian. Menambah pengetahuan murid tentang cara menjawab soalan yang betul dan mengikut skema peperiksaan. Mendedahkan kepada murid tahun 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pada tahun hadapan. Meningkatkan prestasi peperiksaan UPSR dari tahun sebelumnya.

STRATEGI PELAKSANAAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Perbincangan peringkat pengurusan. Bertemu dan merancang program dengan AJK Kecemerlangan UPSR. Memaklumkan kepada semua guru dan waris murid mengenai program yang akan dilaksanakan. Menyusun jadual tugasan guru. Perjumpaan dengan AJK dan semua guru. Perjumpaan dengan murid yang terlibat. Pemantauan dan pemerhatian oleh pihak sekolah dan AJK PIBG.

CADANGAN TEMPAT
TEMPAT TARIKH MASA : KEM KENARI, YAN. : 31 MEI HINGGA 1 JUN 2006 ; 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

KUMPULAN SASARAN
36 MURID TAHUN 6 5 MURID TAHUN 5

ANGGARAN PERBELANJAAN
PAKEJ SEMINAR/SEWA TEMPAT PERALATAN KURSUS TAMBANG BAS JUMLAH : RM 2050.00 : RM 160.00 : RM 130.00 : RM 2340.00

SUMBER KEWANGAN
KUTIPAN MURID SUMBANGAN SEKOLAH JUMLAH : RM 1640.00 : RM 700.00 : RM 2340.00

HARAPAN
Semoga melalui Program Gerak Gemilang yang dirancang ini akan menjadi pemangkin kepada guru-guru amnya dan murid-murid khasnya untuk berusaha lebih gigih lagi bagi mencapai kecemerlangan serta meningkatkan lagi prestasi keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini.

RUMUSAN
Kejayaan program ini banyak bergantung kepada komitmen pihak-pihak berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pentadbir sekolah Guru-guru dan kakitangan sekolah PIBG Ibu bapa / waris Penceramah jemputan Pihak-pihak yang memberi sumbangan Murid murid yang terlibat

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TIGA SUNGAI DAUN 06680 KOTA SARANG SEMUT, ALOR STAR KEDAH DARUL AMAN Tel: 04 -7695068

Sohayati Binti Ismail. Bendahari Program Gerak Gemilang, Sek. Keb. Simpang Tiga Sungai Daun, 06680 Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman. Tuan Guru Besar, Sek.Keb.Simpang Tiga Sungai Daun, 06680 Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman. Tuan,

1 JUN 2006

TUNTUTAN PERBELANJAAN PROGRAM GERAK GEMILANG 2006 (BIAYAAN SEKOLAH) Dengan segala hormatnya saya diarahkan merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya telah menjelaskan semua bayaran tersebut menggunakan sumber kewangan seperti dalam kertas cadangan program di atas.Oleh itu, saya berharap tuan dapat mengembalikan wang yang saya dahulukan sebanyak RM 700.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Sahaja). Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG Saya yang menutut perintah, . (SOHAYATI ISMAIL) Bendahari Program Gerak Gemilang.

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG TIGA SUNGAI DAUN 06680 KOTA SARANG SEMUT, ALOR STAR KEDAH DARUL AMAN Tel: 04 -7695068

PROGRAM GERAK GEMILANG 2006

Anda mungkin juga menyukai