Anda di halaman 1dari 6

Ceramah Ustaz Don Danial Don Biyazid Sempena Maulidur Rasul di MARDI Ibu Pejabat pada 5hb Februari

2013 bersamaan 24 RAwal 1434H

Ceramah di anjurkan bersama Pusat Sumber Manusia MARDI (SM) dan Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam MARD (PKKIM) di auditorium MARDI Ibu Pejabat. Intisari ceramah: 1. Setiap utusan Allah iaitu para Rasul dan Nabi pasti diuji oleh Allah. Di dalam AlQuran diceritakan bahawa Nabi Yunus tidak disukai oleh kaumnya begitu hebat sekali sehingga nabi tersebut terpaksa pergi merantau jauh meninggal kaumnya. Beliau menaiki kapal sehingga beliau dibuang kelaut dan dimakan oleh ikan nun (Surah As Shafaat : 144 ).) setelah diundi beberapa kali. Didalam perut ikan (Surah As Shaffat: 145) Nabi Yunus berdoa sehingga beliau di muntahkan kedarat. Doa tersebut berbunyi :

Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."SURAH AL-ANBIYA (21):87.

Begitu juga nabi Nuh Alaihi Salam telah menyampaikan risalah Allah selama 1000 tahun tetapi kaumnya ingkar dimana hanya 90 orang yang menjadi pengikut beliau. Nabi Nuh terpaksa membuat kapal besar atau bahtera tetapi telah diejek-ejek oleh kaumnya. Setelah banjir berlaku kapal nabi Nuh belajar dan beliau membaca

Maksudnya Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya'. Sesungguhnya Tuhanku
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Surah Hud 11: 41)

Demikianlah cobaan dan keingkaran nabi-nabi ini telah dikisahkan diadalam Al-Quran. Keingkaran ini juga dilakukan sendiri oleh anak nabi Nuh sendiri. 2. Untuk mengamalkan sunnah Nabi, kita sebagai seorang Muslimin atau Muslimat mestilah tahu siapa nabi Muhammad sebenar. Erti sebenar mengenal nabi itu ialah dari segi peribadi, risalah yang di bawa atau diutuskan, akhlak, tutur kata dan sebagai. Contohnya

Nabi sebagai pemimpin, ketua keluarga, ketua perang, mengetahui sahabat-sahabat nya serta mukjizat-mukjizatnya dan sifat-sifat yang ada pada Nabi (Siddiq, Tabligh, Amanah, Fatanah). Sesiapa yang tidak mahu mengenal nabi bererti hatinya menjadi keras. 3. Untuk mengekalkan mahabbah didalam keluarga atau organisasi sentiasa seorang Muslim atau Muslimat itu member ucapan SALAM. Ucapan ini hendaklah sentiasa diungkap kerana dapat mengelakkan syak wasangka diantara sesame kita. Kita hendaklah sentiasa sebarkan SALAM. Diantara salah satu tanda diakhir zaman ini ialah orang mukmin hanya mengucapkan salam kepada orang yang kita kenal sahaja. 4. Diantara mukjizat-mukjizat pada Nabi s.a.w. iaitu pokok berjalan kearah Nabi

Daripada Jabir bin abdillah r.a. menceritakan bahawa kami pernah melalui sebuah lembah yang luas dalam perjalanan kami.baginda ingin membuang air tetapi tidak ada dinding yang akan melindungi nabi s.a.w.baginda pergi kepada dua batang pokok di kawasan itu dan memegang salah satu daripada daunnya sambil berkata:"hai pokok,ikutlah aku dengan izin allah!pokok itu lantas mengikuti nabi s.a.w. seperti unta yang dicucuk hidungnya sehingga dapat disuruh dengan mudahnya.setelah itu nabi s.a.w. pergi kepada pokok yang kedua lalu melakukan perkara yang sama.baginda berkata kepada kedua-dua pokok itu."sekarang kalian berdua bersatulah untuk melindungiku dengan izin Allah."maka kedua-dua pokok itu bersatu untuk melindungi nabi s.a.w. yang sedang membuang air.saya yang merasa terkejut dengan pengalaman itu bergerak menjauhi tempat itu .pada waktu saya hampir duduk ,saya melihat rasulullah sudah berada di hadapan saya dan kedua-dua pokok itu sudah berada tempat asalnya."(Riwayat Muslim) 5. Janganlah kita menjadi seperti orang-orang terdahulu kerana telah diberikan kita tetapi mendustainya. Surah Al Mujadallah 22: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang Berjaya. 6. Akhir sekali penceramah memberi kata-kata dari AlQuran Surah An Nisaa: 64. Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga

memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani Semoga kita mendapat pelajaran dari apa yang disampaikan. InsyaAllah. Disusun oleh : Dr. Zainudin Haji Meon

Gambar-gambar semasa Ustaz Don berceramah

Para hadirin dan hadirat mendengar ceramah di auditorium MARDI Ibu Pejabat.

Ustaz Don menyampaikan ceramah di sebelah kanan Tn Haji Ghazali Omar (Pengarah Pusat Sumber Manusia MARDI) dan sebelah kanan Dr. Zainudin Haji Meon (Yang Di Pertua Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam MARDI). Hadiran terpaksa duduk diatas pentas kerana tempat duduk tidak mencukupi di auditorium.

Buat kali ini Ustaz Don tidak memakai serban dan jubah ketika memberi ceramah seperti mana kita melihat di kaca TV Tiga Puluh Minit bersama Ustaz Don di TV Al Hijrah setiap malam. Beliau menyampaikan ceramah bersahaja, penuh mesra dan tidak membosankan.

Ustaz Don bersama-sama Ketua pengarah MARDI Datuk Dr.Abdul Shukur Abd.Rahman ditemani oleh En Azman Saad (Pengarah Korporat), Dr. Zainudin Haji Meon (YDP, PKKIM) , Tn. Haji Ghazali Omar (Pengarah Sumber manusia) dan Tn.Hj Ghani Mohamad (Pengarah Pengurusan Stesen)

Anda mungkin juga menyukai