Anda di halaman 1dari 10

UNTUK AHLI SAHAJA

ISU 02

10 Ogos 2011

PERUTUSAN PKKIM
Menjana Ilmu, Menjana Iman, Menggerakkan Perubahan
Menarik Isu Kali Ini: M/S 2: Ganjaran Pahala Ibadat di Bulan Ramadhan M/S 3: Fokus Keluaran: Betulkah Syaitan Di tambat? M/S 4: Sejarah Nuzul Quran M/S 5: Isu : Bolehkah suami mengqada puasa isteri? M/S 7: Tips Menyambut di bulan Ramadhan M/S 8: Merayakan Hari Kemenangan

Lidah Pengarang Syukur ke hadrat Allah Subhanallah kerana kita diberi kesempatan dan dipanjang umur untuk beribadat kepada Nya. Buat renungan apakah Ramadan kali ini sama tahapnya pada tahuntahun lepas atau bagaimana?Rata kita lihat apabila Ramadan muncul seolah olah ia menjadi pesta makanan dan membeli belah. Tidak dinafikan bulan yang mulia ini banyak rahmat dan juga membawa banyak rezeki yang berlebihan. Tetapi sebaliknya kita melihat banyak perkara negatif masih berleluasa seolah olah tidak dirasai kedatangan Ramadan itu. Kita melihat ramai kaum wanita masih tidak menutup aurat sedangkan itu perkara asas. Selain itu ramai tidak sembahyang sedangkan mereka berpuasa. Apa yang kita lihat di bazaar Ramadan umat Islam berduyung duyung berbelanja sehingga pembaziran berlaku kerana mengikut nafsu.

Ada pula mereka yang menjual tidak sempat sembahyang Maghrib kerana terlalu sibuk. Sedangkan ibadat solat itu adalah salah satu rukun Islam, maka mereka yang berpuasa tanpa solat hanya mendapat lapar dan dahaga. Kita sebagai umat Muslimin dan Muslimat mestilah merebut peluang di dalam bulan yang mulia ini semaksima yang mungkin kerana ganjaran untuk kebaikan dari Allah sangat banyak dimana pahala sunat diberi pahala fardhu dan pahala fardhu di gandakan lagi. Raihlah pahala sebanyak mungkin seperti sembahyang sunat tarawikh, mendengar tazkirah ilmu, membaca Al -Quran, bersedeqah, berbuat baik sesama insani terutama ibu bapa dan lain lain lagi yang berfaedah. Didiklah jiwa kita supaya dapat mendekatkan diri kepada Allah. Seperti Hadis Nabi s.a.w. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan; kegembiraan pertama semasa ia berbuka puasa dan kegembiraan yang kedua ialah saat bertemu Tuhannya (Riwayat At-Tarmizi).

M/S

awaran dan ganjaran pa-

Oleh: Hanisa Binti Hosni

menolaknya. Wahai

Lalu baginda ditanya: siapakah yang

hala ibadat ketika bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

Rasulullah,

menolak peluang masuk ke syurga itu? pabila tiba sahaja bulan Rejab, banyak sekali diceritakan kebaikan beramal di dalamnya, di samping pahala dan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tidak kurang juga dengan bulan Syaaban. Ramai sekali manusia menunjukkan kesungguhan melaksanakan Baginda menjawab: Sesiapa men Amalan kebajikan digandakan Allah sebanyak 1000 kali ganda Setiap amalan sunat diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Allah membahagi kepada tiga bahagian istimewa Ramadhan; 10 hari pertama dipenuhi rahmat Allah, 10 malam

taatiku, dia masuk syurga, sesiapa yang menginkariku, maka dia itulah yang menolak syurga [Hadith riwayat al-Bukhari]. Sungguh benar sekali apabila Ramadhan datang dengan tawaran peluang dan ganjaran pahala yang hebat, ia menzahirkan dua perkara iaitu sifat Maha Pemurah lagi Pengasih Allah Subhanahu wa Taaala

amal soleh dan tidak ketinggalan juga doa yang sentiasa disebut-sebut pada setiap solat,

Ya Allah, berkatilah aku di dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah aku kepada Ramadhan.

yang amat mahukan manusia mendapat kebaikan dan tawaran istimewa 10 malam terakhir yang akan menyerlahkan warna diri kita yang sebenar. Samada kita semakin bersungguh

kedua dipenuhi keampunan Allah dan 10 malam terakhir adalah pembebasan daripada api neraka Allah. Pahala mengerjakan umrah adalah sama seperti pahala mengerjakan haji, namun ia bukan bererti umrah tersebut dapat menggugurkan kewajipan haji apabila berkemampuan. Satu malam yang mulia, yang mana ianya lebih baik dari-

Kita berdoa bersungguh-sungguh semasa berada di dalam bulan Rejab dan Syaaban agar diketemukan dengan

sungguh

dan

tekun

beribadat

kepadaNya ataupun kita mulai leka dan berduyun-duyun mengejar promosi jualan raya penghabisan stok dan menghiasi malam dengan menggantung langsir baru dan kad raya sehingga terlupa ajakan Allah dan Rasul untuk ke syurga

Ramadhan, tidak kurang juga menambah sehingga Syawal kerana ingin merayakan Aidilfitri. Namun, apakah

amal ibadat kita lebih baik semasa bulan Ramadhan tiba? Betulkah amal

soleh kita semakin banyak dan lebih khusyuk? Sesiapa yang inginkan syurga Allah, maka dia akan bersungguh. Tetapi,

Selain tawaran hebat 10 malam terakhir, banyak lagi ganjaran pahala yang amat lumayan ditawarkan oleh Allah Subhanahu wa Taaala, betapa Dia mahukan keselamatan dan kesejahteraan buat hamba-hambaNya.

pada seribu bulan iaitu malam al-Qadar.

adakah manusia yang tidak inginkan syurga Allah? Daripada Abu Hurairah radhiyallaahu anhu, beliau meriwayatkan daripada Nabi Muhammad Sallallaahu alaihi wasallam bahawa sesungguhnya baginda telah bersabda: Setiap umatku masuk ke syurga kecuali yang

Rasulullah sendiri bersungguh-sungguh beribadat

pada sepuluh malam terakhir Ramadhan yang tidak pernah pada baginda lakukan waktu-waktu lain

[Hadith riwayat Muslim]. M/S

BETULKAH SYAITAN DITAMBAT?


Oleh: Sanusi Samsuri Sungguh menghairankan. Betulkah syaitan ditambat?. Jika ditambat kenapa masih ada yang melakukan maksiat dan tidak merebut peluang terhidang dalam Ramadhan ini. Memang syaitan itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi SAW sendiri yang memberitahu mengenainya:

Tidakkah mereka ini menyerah peha untuk dibaham dan menjadi mangsa? Dan ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia itu ada di luar dan di dalamnya. Jika anasir asingnya adalah syaitan, sumber paling merbahaya pula adalah hawa nafsunya sendiri. Apakah kamu tidak melihat orang yang bertuhankan hawa nafsunya sendiri? (AlJaatsiyyah : 23) Maka selepas pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan diikat, sudah cukup lapangkah jalan kebaikan, dan sudah cukup susahkah jalan kejahatan? Selepas segala kemudahan diberi untuk manusia berubah kepada kebaikan, sedangkan dirinya masih tetap melakukan kejahatan, siapa lagi yang dapat dipersalahkan melainkan dirinya sendiri? Kejahatan di bulan Ramadhan adalah kejahatan tulen pilihan manusia. Hampir tiada campur tangan syaitan pada kedurhakaan dirinya. Dia yang memilih untuk berbuat jahat. Soalnya, di manakah syaitan ditambat? Di manakah kita bakal menghabiskan masa di bulan Ramadhan ini? Apakah di tempat jin dan syaitan berdendang? Atau di tempat turunnya rahmat Allah pada zikir dan munajat? Segalanya terletak di tangan kita. Kita yang menentukannya

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat Umpamakanlah syaitan itu seperti anjing yang tertambat. Apakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit? Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitan. Namun, bagaimana pula dengan yang menghampiri anjing berkenaan? Duduk bersebelahan, mengacah-acah anjing yang kelaparan tertambat? Tidak mustahil manusia seperti ini akan terkena gigitan, malah gigitan itu mungkin lebih serius kerana anjing sedang kemarahan dan kelaparan. Apabila Ramadhan mengikat syaitan dari bebas berkeliaran, ia hanyalah proses mengurangkan potensi syaitan menghasut manusia berbuat jahat. Seperti disabdakan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith al-Bukhari dan Muslim, Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar. Akan tetapi bagi yang menghabiskan masa Ramadhannya di tempat syaitan tertambat, di lokasi lagha dan maksiat tempat jin bertandang, tentu akan tergoda. Ketika syaitan tertambat, manusia pula yang mencari-cari syaitan dan mengisi Ramadhan dengan perkara sia-sia kegemaran Syaitan?

M/S

SEJARAH NUZUL AL-QURAN Oleh Haji Mohd Rasali Musa


Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran, melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud: Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. FirmanNya dalam ayat pertama surah alQadar : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (AlQuran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan AlQuran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). Nuzul merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. AlQuran pula bermaksud bacaan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya. Menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan antara ke tiga ayat di atas . Al-Syeikh Ab Rahman al-Saadiy menjelaskan dalam tafsir Taysir al-Karim al-Rahman,malam yang berkat yang dinyatakan Allah dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalamNya buat pemimpin umat sejagat nabi Muhammad yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri Menurut al-Syeikh Manna Qattan dalam Mabahith Fi Ulum al-Quran ke tiga ayat ini secara dasarnya menunjukkan penurunan berlaku pada bulan ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam alQadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malammalam pada bulan Ramadhan.Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradisinya menyambut

peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya alQuran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Ini disebabkan pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berpandu pada ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal adalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu,maksudnya : "jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)" Menurut sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya dari Ibn Abbas , ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabatkerabat (Rasul), anak -anak yatim, orangorang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)". Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke "Baitul Izzah" di langit kedunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur -ansur selama sekitar 23 tahun. Menurut satu riwayat dari al-Hakim, al-Baihaqiy dan alnasaei dari Ibn Abbas, beliau menjelaskan dari RasululLah saw bersabda : Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun Al Quran pula telah diturunkan secara beransur - ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah . Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenai sebagai Makkiyah sedangkan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah . Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah supaya lebih mudah difahami dan dilaksanakan serta memudahkan untuk dihafal oleh para sahabat. Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah sebagai mukjizat Nabi Muhammad SAW dan sebagai sumber hukum dan aturan hidup untuk seluruh manusia.

M/S

Bolehkah Suami Mengqada Puasa Isteri?


Oleh Fatimah Mohd Zaway Puasa Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk s u a t u j a n g k a m a s a t e r t e n t u . Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulanbulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :

Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikhuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa. Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya,

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah : 183)

maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan. Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya

Orang Yang Dilarang Puasa Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata : Disaat kami haid di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadanya, dan kami tidak diperintah mengqada Shalat " ( H.R Bukhary Muslim) Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya boleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa. Ibu yang menyusu anaknya, kalau didapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.

atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya, maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin. Kebanyakan ulama bersepakat bahawa barangsiapa yang meninggalkan puasa kerana uzur yang dibenarkan syarak, meninggal dunia sebelum mampu untuk mengqadanya tidak disyarakkan ke atas walinya (keluarga) untuk melakukan apa-apa samaada qada mahupun fidyah. Tetapi jika simati telah berkesempatan untuk mengqada puasanya tetapi tidak melaksanakannya, maka para ulama berbeza pendapat tentang penyelesaiannya. Pandangan yang kami pilih ialah:

Jika puasa tersebuat adalah puasa Ramadhan, keluarga simati (suami/anak/adik beradik dll) tidak disyariatkan untuk mengqada puasa tersebut bagi pihak simati. Apa yang disyariatkan ialah membayar fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan dengan secupak beras.

Bersambung ke muka sebelah >>>>>>>>>

M/S

<<<<<< Dari muka sebelah

MUNAJATKU ! HARAPAN RAMADHAN Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini Penuh Makna Agar Dapatku Lalui Dengan Sempurna Selangkah Demi Selangkah Setahun Sudah Pun Berlalu MasaYang Pantas Berlalu Hingga Tak Terasa Ku Berada Di Bulan Ramadhan Semula Puasa SatuAmalan SebagaimanaYang DiperintahNya Muga Dapat Ku Lenturkan NafsuYang Selalu Membelenggu Diri Tiada Henti-Henti Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja Tuhan Pimpinlah DakuYang Lemah Mengharungi Segalanya Dengar Sabar Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan Ku Merayu Pada Tuhan DiterimaAmalan Selangkah Demi Selangkah Dengan RahmatMu Oh Tuhanku Ku Tempuh Jua

Jika puasa tersebut adalah puasa nazar, disunatkan untuk keluarganya mengqada puasa tersebut.

Penyelesaian begini disandarkan kepada pendapat Aisyah, Ibn Umar dan Ibn Abbas r.a (di kalangan sahabat). Ia juga adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan sebahagian muhaqqiqin antaranya: al-Albani rhm.

Namun jumhur ulama tidak membezakan perbuatan mengqada puasa antara puasa Ramadhan dengan puasa nazar bagi keluarga simati.

(Puasa yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada harihari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 184) Wallahu alam

HADITH PILIHAN:

Nabi s.a.w menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya alQuran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan, dan pada tahun kewafatan baginda sebanyak dua kali. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

TAHUKAH ANDA??? Surah al-Qadar mengandungi 30


ayat dan 114 huruf. Ianya bersamaan dengan jumlah 30 juzuk dan 114 surah dalam alQuran.
M/S

Sambungan:

TIPS MENYAMBUT DI BULAN RAMADAN


Oleh: Dr.Zainudin Hj Meon
puasa dan bulan-bulan yang lain. Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya jangan terlalu kenyang sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang. 7. Seboleh-bolehnya jangan banyak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. 8. Cuba mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. 9. Cuba menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat alBaihaqi dan Ibnu Khuzaimah) 10. Sedaya upaya memenuhi malam malam Ramadan dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Di antara peraturan dan adab mengerjakan puasa yang terpenting adalah: 1. Mengawal dan menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kenamengena dengannya. 2. Mengawal dan memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia. 3. Menjauhi dan mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. 4. Seberapa daya berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat anNasaei) 5. Cuba upaya jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga 6. Cuba upaya menjauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan alFatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Lain lain tips TILAWAH AL QURAN: menghabiskan satu juzuk sehari untuk tilawah dantadabbur. Manfaatkan segenap masa, di waktu siang dan malam untuk bersama AlQuran. TARAWIKH: pilihlah masjid dengan keutamaan: dekat dengan rumah, bacaan imam yang tartil, kadar bacaan (lebih afdhal satu juzuk), tazkirah. ITIKAF: saling membantu di kalangan ahli keluarga untuk memudahkan ibadat Itikaf di masjid, rancang cuti rehat, kenal pasti masjid yang mesra Itikaf (disediakan makan sahur, mendapat sambutan dll). INFAQ: sediakan peruntukan khas untuk sedekah kepada anak yatim, orang fakir miskin, muallaf, umat Islam yang berjihad seperti di Palestin dan Iraq dll IFTAR: elakkan pembaziran, mengawal nafsu keinginan makanan pelbagai, pastikan makanan seimbang dan berkhasiat. MAJLIS ILMU & TAZKIRAH: anjurkan majlis tazkirah selepas solat Subuh, Tarawikh, Zohor di surau pejabat, bersama ahli keluarga di rumah. ZIKIR DAN DOA: cuba beristiqomah bersama ahli keluarga untuk membaca zikir Semuga mendapat munafaat dari tips ini.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

M/S

Merayakan Hari Kemenangan


Oleh: Hasmin Hakim Hasbullah
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala pujipujian hanya bagi Allah. Inilah makna kepada lafaz takbir hari raya yang dilaungkan oleh seluruh umat Islam di serata dunia, tidak ada yang terkecuali, tidak kira bangsa dan keturunan, muda dan yang tua, lelaki mahupun perempuan, di saat hari yang mulia. Keriangan umat Islam pada hari raya juga menandakan perginya bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan ganjaran. Berakhirnya bulan yang mana di dalamnya, kita berusaha sepenuhnya meningkatkan amalan harian kita dalam mengejar redha ilahi. Di dalam bulan Ramadan, kita sibuk dengan membuat tilawah al-

Quran yang mungkin sebelumnya jarang-jarang kita buat. Di bulan ini juga, kita kurangkan melihat siaran televisyen kerana menunaikan solat terawikh secara berjamaah pada malamnya. Seterusnya, kita bersahur bersama anak-anak dan isteri dalam mendapatkan keberkatan. Banyak lagi amalan-amalan kebaikan yang kita lakukan, yang hanya dapat kita lakukan semasa bulan Ramadan. Betapa agungnya Allah Rabbul Jalil, yang mewajibkan kita berpuasa semata-mata untuk memprogramkan kita supaya dekat kepadaNya. Yang Maha Mencipta adalah Yang Maha Mengetahui akan keperluan diri kita, lalu diwajibkan berpuasa agar kita semua berlumbalumba mengejar ketakwaan. Tidak lama lagi akan berakhirlah Ramadhan dari kita semua untuk tahun 2011 ini. Maka datanglah hari kemenangan, idul fithri. Gabungan kedua-dua perkataan arab ini, iaitu idul yang membawa maksud kembali, dan fithri yang membawa maksud berbuka, kesucian dan kebersihan jiwamembawa maksud yang cukup indah bahawa kita merayakan kepulangan kita kepada fitrah kejadian kita, yang bersih dari noda-noda dosa, dengan ibadah dan taubat yang kita lakukan secara intensif sepanjang Ramadan. Pada hari raya yang berbahagia ini, marilah kita meningkatkan kualiti ibadah kita dengan memahami perkataan yang selalu kita ucapkan semasa hari raya.

Apabila kita mengucapkan minal aidin wal faizin, yang membawa maksud semoga termasuk orang yang kembali kepada fitrah- dan orang yang mendapat keberuntungan, kita samasama renungi agar kita sentiasa berusaha menjaga diri kita daripada melakukan perkara yang ditegah dan memperbanyakkan memohon keampunan kepada Allah sepanjang masa dan keadaan. Apabila kita mengucapkan Taqabbalallahu minna waminkum, taqabbal ya karim yang membawa maksud semoga Allah menerima segala ibadah kita dan kalian semua, terimalah yang Allah, yang Maha Pemurah, kita menanamkan dalam diri kita sifat keikhlasan agar setiap perkara yang kita lakukan ditujukan hanya kepada Allah Subhanahu Wataala Apabila kita mengucapkan Kullu Amin wa antum bi khairin yang membawa maksud semoga sepanjang tahun kalian kebaikan, kita berusaha untuk mengekalkan prestasi amal ibadah kita di setiap bulan sebelum datangnya Ramadhan yang akan datang. Sedar tak sedar, terdapat hanya ada dua kali sahaja dalam kalendar kita setahun yang kita disunatkan bertakbir hari raya. Bahkan mungkin terlepas pandang bahawa terdapat perbezaan dari sudut waktu disunatkan bertakbir antara takbir Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Bersambung ke muka sebelah >>>

M/S

<<<<<< dari muka sebelah

Menunaikan shalat Idul Fitri. Berpuasa enam hari di bulan Syawal

Untuk Hari Raya Aidilfitri, kita disunatkan bertakbir bila-bila masa sahaja sebaik sahaja terbenam matahari sehingga waktu sebelum imam mengangkat takbiratul ihram pada solat id. Hal ini berbeza pula dengan Hari Raya Aidiladha, iaitu waktu yang disunatkan bertakbir adalah setiap kali selepas solat fardhu atau solat sunat dan berterusan sehingga selesai menunaikan solat asar pada hari tasyriq terakhir.

Rujukan: Jabatan Mufti Kerajaan Brunei, http:// www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2008/ bil296.pdf Buku Fasting in Ramadan, compiled by Dr. Abdul
Karim Awad, muka surat 105-116.

Selain itu, untuk semakan kita bersama, marilah kita menyegarkan kembali ingatan kita kepada amalanamalan yang sunat dilakukan pada hari raya: Menunaikan zakat fitrah untuk diri dan ahli keluarga yang berada di dalam tanggungan. Hukumnya wajib bagi setiap jiwa dan waktu menunaikannya adalah dari awal Ramadhan sehinggalah sebelum menunaikan solat id. Memperbanyakkan takbir pada malam idul fitri. Menghidupkan malam idul Fitri dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah seperti berzikir, solat malam, membaca Al-Quran dan melantunkan takbir. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Udah bin Shamit, Rasulullah berkata yang bermaksud hiasilah dua hari id dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis (AdDailami) Mandi, memakai wangi-wangian, memakai pakaian yang terbaik, memendekkan kuku yang panjang dan menghilangkan bau badan. Diriwayatkan bahawa nabi memakai pakaian terbaiknya semasa hari id dan baginda mempunyai pakaian khas yang dikhususkan untuk kedua-dua hari raya dan hari Jumuat. (Muslim) Bagi makmum disunnahkan agar datang ke masjid atau tempat shalat id dengan berjalan kaki dan berangkat pagi-pagi setelah solat Subuh. Sedangkan bagi imam disunnahkan mengakhirkan kedatangannya ke masjid hingga menjelang solat. Disunnahkan sarapan pagi dengan bilangan kurma ganjil sebelum berangkat ke masjid untuk shalat Ied.Bahawasanya dia (Nabi saw) makan pada hari idul fitri sebelum pergi (menunaikan shalat)(Muwattha Malik) Menunjukkan rasa gembira dan bahagia kepada semua orang yang ditemui serta bersikap dermawan lebih dari hari-hari biasa. Disunnahkan berangkat dan pulang dari masjid melalui jalan yang berbeza.

Artikel Bahagia Saat Merayakan Idul Fithri, dari http://

www.al-ikhwan.net/bahagiabersama-ramadhan-18-bahagia-saat -merayakan-idul-fitri-pasca-bulanramadhan-4003/

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan


Oleh Zaharuddin Abd Rahman Kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al -Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari) 2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138) 3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

, : :
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477) 4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut

M/S

dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam. 5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi kurus kering' pastinya. 6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat alBukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari) 8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerjakerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan

ini. 9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' asSoghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 10) Menganggap waktu imsak sebagai lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (AsSiyam, Dr Md Uqlah, hlm 278) 11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. 12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain. 13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

, ,
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka

SIDANG REDAKSI
Penaung: Tn. Hj Ab. Ghani b. Mohammed Pengerusi: Dr. Hj. Zainudin b. Hj. Meon Ahli Jawatankuasa Dr. Suri b. Roowi En. Sanusi b. Samsuri Pn. Engku Hasmah bt. Engku Abdullah En. Mohd Safidin b. Kashim Tn. Hj. Mohd Rasali b. Musa Pn. Fatimah bt. Mohd Zaway Pn. Hanisa bt . Hosni Pn. Zalina bt. Ahmad En. Jafni b. Johari Jiken En. Hasmin Hakim b. Hasbullah

PERUTUSAN PKKIM
MARDI Ibu Pejabat, Serdang Untuk tujuan perhubungan, sila hubungi: En. Nik Mohd Adib Mohd Ghazali, Setiausaha Kehormat, PKKIM 03 8943 7843 nadib@mardi.gov.my

M/S

10

Anda mungkin juga menyukai