Anda di halaman 1dari 7

1

Pengumuman Kepada semua hadirin : Adalah diminta kepada semua hadirin sekalian agar dapat mengambil perhatian terhadap perkara- perkara berikut :
1.

Semasa ketibaan masuk Yang Berhormat Datuk ke dalam dewan, semua hadirin diminta berdiri. Diharap semua hadirin dapat mematikan `Handphone disepanjang majlis berjalan. Disepanjang majlis sedang berjalan, diharap para hadirin dapat mengawal pergerakkan terutama untuk keluar ke tandas. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, dan memerlukan tuan / puan keluar untuk membuang air kecil, sebelum beredar keluar, diharap hadirin dapat berdiri sebentar dan tunduk kemudian baru keluar. Dan ketika masuk semula juga diminta untuk berdiri dan tunduk sebentar sebelum duduk sebagai tanda hormat kepada tetamu dan majlis. Semasa perarakan keluar dewan oleh Yang Berhormat Datuk sekali lagi di minta seluruh warga dewan untuk berdiri. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

2.

3.

4.

5.

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG ALUMNI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU, ( ALUMNI MASAT ) KALI PERTAMA DEWAN RAFFLESIA 15 OKTOBER 2011 L : Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri

Panglima Hj. Abu Bakar Titingan dengan diringi oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat. (Sampai di atas pentas, memainkan lagu:
i. Lagu ii.

Negaraku, dan

Lagu Sabah Tanah Airku

Selepas YB Datuk duduk, Buku Cenderamata disampaikan. Para pengiring keluar dewan) L : Asalamualaikum W.W. dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalamin Wassala tuwassalamuala asyrafil anbiya iwalmursalin Saidina muhammadin waala alihi wasobihi ajmain

Selamat datang ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ALUMNI MASAT kali pertama bagi tahun 2011.

(RUJUK SAPAAN)
P : Warga dewan yang dimuliakan, Doa dipohon berkat illahi Semoga sejahtera kita bersama Bukalah minda terangkan hati Tanda majlis akan bermula

: Acara majlis kita pada hari ini, dimulakan dengan mempersilakan AlFadhil ................................................................, untuk membacakan doa ke hadrat Ilahi bagi memanjatkan kesyukuran dan memohon kesejahteraan buat kita semua. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (DOA DIBACAKAN) P : Kepada Al-Fadhil Ustaz ............................................................................., majlis mengucapkan terima kasih. Yang Berhormat Datuk serta tuan-tuan dan puanpuan, marilah kita samasama saksikan Persembahan Klip Video bertajuk KENANGAN TERINDAH MEMORI TERCIPTA. Sama-sama kita saksikan. Majlis mengucapkan terima kasih. Meneruskan lagi acara pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat untuk menyampaikan mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau atas ucapan sebentar tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan Yang ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis

Berusaha .............................................................................................................. ..............., Pengerusi Jawatan Kuasa ALUMNI MASAT Sesi 2011/2012 untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih.

: Sukacita dimaklumkan, di majlis yang indah lagi bersejarah ini, Yang Berhormat Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan telah berkenan untuk hadir dan menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ALUMNI MASAT kali pertama bagi tahun 2011.

Bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati di atas kesudian, Yang Berhormat Datuk dan terlebih dahulu, majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau untuk mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah untuk menyampaikan ucapan perasmian. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. PALUAN GONG 3 KALI P : Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas ucapan perasmian sebentar tadi. Yang Berbahagia Datuk serta tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dihormati sekalian. Untuk acara seterusnya, marilah kita sama-sama menikmati persembahan koir dari kumpulan Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Kumpulan ini, akan mempersembahkan 3 buah lagu, lagu pertama mereka :
1. 2.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU diikuti lagu ke dua MAKTAB PERGURUAN SANDAKAN dan diikuti lagu ketiga

3. MEMORI TERCIPTA Majlis mempersilakan. : Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Datuk serta tuan tuan dan puan puan, persembahan koir itu tadi, di bawah pimpinan Puan Anna Kodoh. Beliau merupakan pensyarah muzik di Institut pendidikan Guru, Kampus Tawau. Sekali lagi, majlis mengucapkan terima kasih.

: Yang Berhormat Datuk serta tuan-tuan dan puan-puan, Seterusnya majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM2000 daripada Yang Berhormat Datuk kepada Tabung ALUMNI MASAT. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berhormat Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada Yang Berusaha ......................................................................................................... Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan. Untuk itu, majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berhormat Datuk untuk menyampaikan sijil tersebut kepada Yang berusaha En. Mohamad Latip Bin Haji Katip, Wakil Penaja Jawatan Kuasa ALUMNI MASAT. Majlis mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya penyampaian Fail Jawatan Kuasa Penaja kepada Jawatan Kuasa ALUMNI MASAT Sesi 2011/2012 dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan. Untuk itu, majlis mempersilakan En. Mohamad Latip Bin Haji Katip untuk kepada mempersilakan.. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Yang Berhormat Datuk serta tuan-tuan dan puan-puan, Sebagai tanda kasih dan ingatan yang berpanjangan, juga tandahati dan terima kasih sekalung budi daripada seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau khususnya seluruh Ahli Jawatan Kuasa ALUMNI MASAT, sudilah kiranya Yang Berhormat Datuk untuk menerima persembahan cenderamata.. menyerahkan fail tersebut Majlis ....................................................................................

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat,, mempersembahkan cenderamata kenangan kepada Yang Berhormat Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. L : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Majlis kita telah tiba ke penghujungnya. Bagi pihak majlis, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kerana kehadiran Yang Berhormat Datuk serta tuan-tuan, dan puan-puan serta para hadirin, telah menambah seri majlis kami pada pagi ini. Atas segala kekurangan dan kelemahan, kami mohon ampun dan maaf kerana yang baik itu datangnya daripada Allah dan sebaliknya segala kelemahan itu adalah kerana kelemahan kami sebagai insan bernama manusia.

Anak cik Ani pergi ke bendang Duduk bertimpuh di tengah laman Sampai di sini kita bersembang Berjumpa lagi di tahun hadapan

Hari ini menanam jagung Esok lusa menanam padi Sampai di sini kita berkampung Tahun hadapan berjumpa lagi

Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa Kalaupun ada terkilan rasa Jangan disimpan dilubuk jiwa

Durian belanda daun selasih Sekian sahaja terima kasih.

Sekarang dipersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat, Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau untuk mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hj. Tawfiq Bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan untuk majlis sesi fotografi dan selepas itu menikmati jamuan di medan selera. Majlis mempersilakan

Sekian , Wabillahi taufik walhidayah, Assalmualaikum warahmatullah Wabarakatuh, dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai