Anda di halaman 1dari 10

AKU ANAK MALAYSIA

Detik ini..... Pada tanggal 31 Ogos Berulang lagi, menjelma lagi, Negaraku merdeka. Dalam keriangan ini...... Kenangilah jasa perajurit, jasa pejuang kemerdekaan Yang tidak mengenal erti kekecewaan. Aku bangga menjadi anak Malaysia, Aku bangga mengibarkan jalur gemilang, Aku bangga kereta nasional meluncur di jalan raya, Akulah pengisi kemerdekaan ini, Demi generasi akan datang. Semoga negaraku sentiasa berdaulat, Gemilang dan terbilang, Aku anak Malaysia...........

Pengisytiharan
Malam Merdeka

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman. Upacara Pengisytiharan Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolahsekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan. Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk. Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan. Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini. Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan". Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das. Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald

MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

TUN Abdul Razak bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan Pahang dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Beliau kemudian dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pengajiannya di Raftles College Singapura. Beliau juga berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan. Semasa di London, Tun Razak mendalami bidang politik di samping aktif dalam kegiatan-kegiatan pelajar. Beliau telah menubuh kan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah Melayu. Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana kematian bapanya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini diikuti pula dengan pelantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada I Februari 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO, beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan usianya 35 tahun, Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga lebih 13 tahun. Beliau juga pernah memegang beberapa portfolio termasuk Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tun Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah pada 14 Januari l976 di London ketika usianya menjelang 54 tahun.

TUNKU Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah merupakan anak kepada Sultan Abdul Hamid yang memerintah Negeri Kedah pada masa itu. Bondanya bernama Menjalara anak seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan di utara Thailand. Tunku mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Alor Setar sebelum belajar di Bangkok.; Pada 1916, Tunku kembali ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu dan seterusnya memasuki Penang Free School. Beliau kemudian dihantar ke England untuk menuntut dalam bidang kesusateraan di St. Catherine's College, Universiti Cambridge dan menjadi orang Melayu Kedah pertama mendapat ijazah dari universiti Inggeris, pada 1925. Beliau seterusnya sekali lagi ke England untuk mempelajari ilmu Undang-undang di Inner Temple pada 1931 tetapi tidak menamatkan pengajiannya. Tunku mula menceburi bidang politik selepas tamat Perang Dunia Kedua dan bersama-sama pemimpin Melayu lain, beliau bergerak menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran rakyat bagi menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha menyatupadukan orang-orang Melayu bersama-sama barisan pemimpin UMNO lain. Pada 1946, UMNO telah ditubuhkan dengan dipimpin oleh Dato Onn Jaafar bagi menyahut kehendak-kehendak kebangsaan Melayu tetapi dalam beberapa hal dasar, Tunku tidak bersetuju dengan pendapat yang ada. Tetapi pada bulan Ogos 1951 terjadilah satu krisis dalam UMNO yang menyebabkan Dato Onn meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua. Maka Tunku telah dilantik untuk memimpin pertubuhan itu sebagai Yang Dipertua UMNO kedua dan beliau memimpinnya selama 20 tahun. Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970.

TUN Hussein bin Onn dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan merupakan anak sulung kepada Dato Onn bin Ja'afar, pengasas parti UMNO. Mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat persekolahan pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau bergiat aktif dalam pasukan keselamatan dengan menyertai Regimen Hydrabad Ke-19 di India dan bertugas di Timur Tengah ketika Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946 beliau kembali ke Malaya dan menjadi pegawai tadbir di bawah kerajaan British. Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan bapanya sendiri memainkan peranan penting rancangan penjajah itu dengan menubuhkan UMNO. Hussein telah menyertai perjuangan bapanya dan mula bergiat aktif dalam politik ketika penentangan terhadap Malayan Union memuncak. Datuk Onn telah memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO. Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis dalam parti pada bulan Ogos 1951. Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein kembali menyertai UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan pada tahun yang sa- ma beliau telah memenangi pilihan raya umum di kawasan Parlimen Johor Bahru Timur dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September 1970. Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia Ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau mengumumkan satu kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-jawatan penting. Beliau juga telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai timbalannya. Atas sebab-sebab kesihatan beliau mengambil keputusan untuk bersara dan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Tempat beliau diserahkan kepada Dr. Mahathir Mohamad.

DATUK Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Bapanya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris dan guru besar pertama sekolah Inggeris di Alor Setar. Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan seterusnya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953. Setelah lulus, Dr. Mahathir menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang dan kemudiannya bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik di Alor Setar dan merupakan klinik anak Melayu yang pertama di bandar itu. Penglibatan Dr. Mahathir dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau aktif dalam dalam beberapa kesatuan antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan akhirnya dalam UMNO. Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dan memenangi pilihan raya umum sebagai calon Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Setar Selatan pada tahun 1964. Pada pilihan raya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum, Dr. Mahathir tewas di tangan calon PAS. Beliau seterusnya dipe- cat dari UMNO kerana perselisihan pendapat dengan pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah menghasilkan bukunya The Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks perpaduan negara. Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, Dr. Mahathir dilantik menjadi Menteri Pe- lajaran oleh Tun Abdul Razak. Sepanjang menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi pertama Majlis Pelajaran Tinggi yang ditubuh pada 1966 seterusnya sebagai Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada awal tahun 1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya. Walaupun mejadi Timbalan Perdana Menteri, tugas beliau sebagai Menteri Pelajaran dikekalkan dan pada 1978 beliau bertugas sebagai menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Berikutan peletakan jawatan Tun Hussein sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir yang pada ketika itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO, secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat.

Abdullah bin Ahmad Badawi


Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974. Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Negaraku

Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta

Anda mungkin juga menyukai