Anda di halaman 1dari 3

Aplikasi Pembelajaran Koperatif Di Dalam Bilik Darjah Oleh: Tuan Nur Izzati Binti Tuan Mohamad 1.

Masalah Sepanjang saya berada disini, saya telah mengenal pasti satu masalah yang berlaku di dalam kelas yang saya mengajar iaitu 5 Arif. Kebanyakan mereka tidak mahu bercampur dengan kawan-kawan mereka yang lain. Seolah-olah wujud kelompokkelompok tertentu di dalam kelas dimana murid yang pandai bersama sesame mereka sahaja manakala murid lemah bersama dengan kawan-kawan yang lemah sahaja. Dalam apa-apa aktiviti, mereka tidak mahu berpecah sesama mereka dan ini menimbulkan masalah dalam proses pembelajaran. Situasi yang tidak seimbang akan wujud di dalam bilik darjah.

2. Analisis Keadaan ini dapat dilihat di dalam kelas 5 Arif. Mereka enggan memberi kerjasama dengan murid-murid yang berbeza sedikit dari segi pencapaiannya. Manakala kelas 5 Bestari dan 3 Cerdas kejadian ini tidak berlaku. Apa yang diperhatikan kedua-dua kelas ini sangat memerlukan pembelajaran koperatif dan mereka seronok bercampur bersama

3. Cadangan Penambaikan Saya akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Ini merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara

JURNAL MINGGU 2

bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

4. Tempoh Minggu 3 saya akan cuba pastikan masalah tersebut tidak berlaku lagi. Semua murid dapat berkerjasama dengan semua jenis kawan di sekeliling mereka.

JURNAL MINGGU 2

5. Tindakan Susulan Guru bertegas memberi arahan supaya bercampur dengan semua jenis kawan. Guru jangan memberi pilihan kepada mereka ketika pembahagian kumpulan. Guru sendiri mesti menentukan siapakah ahli-ahli bagi setiap kumpulan. Guru jangan mengendahkan permintaan murid yang tidak mahu bercampur dengan kawan-kawan yang lain. Pastikan setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing agar wujud kerjasama di kalangan mereka

6. Penilaian Kejayaan Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih baik apabila semua murid dapat berkerjasama. Suasana kelas kelihatan lebih aktif berbanding sebelum ini

Disemak oleh guru pembimbing: Tandatangan: Nama Tarikh : :

Disemak oleh pensyarah pembimbing: Tandatangan: Nama Tarikh : :

JURNAL MINGGU 2

Anda mungkin juga menyukai