Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kaum keluarga baginda serta para sahabat sekalian. Alhamdulillah, dengan penuh khusuk dan tawaduk kami bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul pada hari yang penuh barakah untuk bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Maal Hijrah pada Tahun ________________ Peringkat ___________________ pada pagi / petang yang berbahagia ini. Allahumma Ya Karim Ya Wadud Ya Allah, Engkau semarakkanlah semangat hijrah dalam diri kami, untuk kami berhijrah ke arah kebaikan sepertimana Engkau gerakkan hati NabiMu dan sahabat-sahabatnya. kami yakin dan percaya bahawa dengan berhijrah sahajalah kami dapat membina kecemerlangan dan kegemilangan. Justeru Ya Allah, perkuatkanlah tekad dan azam kami untuk berjuang dan berkorban kea rah memertabatkan ummah dan negara kami bertepatan dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ______________________________. Allahumma Ya Qadiya Hajat Wa Ya Rafi Darajat Ya Allah, hijrahkanlah hati kami, amalan dan fikiran kami ke arah kebaikan, hijrahkanlah kami dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Hijrahkanlah kami dari kufur kepada bersyukur, hijrahkanlah kami daripada jahil kepada berilmu dan hijrahkanlah kami daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah mengikut petunjuk dan pimpinanMu Ya Allah.

Anda mungkin juga menyukai