Anda di halaman 1dari 17

KUMPULAN 6

Persediaan guru menghadapi perubahan kurikulum dan sistem pendidikan Perbandingan KBSR dan KSSR Implikasi perubahan sistem KBSR dan KSSR terhadap pendidikan negara

i.

ii. iii.

Apa itu KBSR?

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

APAKAH ITU KSSR?

Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Persediaan guru menghadapi perubahan kurikulum dan sistem pendidikan


Cabaran Alaf Baru Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.

Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu: kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi) kekuatan minda (krestif dan proaktif) nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang) semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,maka para pendidik dan guruguru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciriciriberikut pula: menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkin

KAEDAH PENGAJARAN

Kaedah bermaksud cara, aturan, hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada siri tindakan yang sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Contoh-contoh kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, percambahan fikiran, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain.
TEKNIK PENGAJARAN Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika guru tidak menguasai teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar objektif pengajaran tidak tercapai.

PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju untuk mencapai sasaran. Pendekatan pengajaran digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran. Pendekatanpendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran, mata pelajaran dan sebagainya. Contohnya, pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.

STRATEGI PENGAJARAN Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. . Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan. Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-pembelajaran yang paling maksimum.

Perbandingan KBSR dan KSSR

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

KBSR

KSSR

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enam

bidang:
Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembangan diri individu

tunjang:
Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan dan estetika Sains dan teknologi Keterampilan diri Perkembangan fizikal

Bahan kurikulum
Sukatan pelajaran

Bahan kurikulum
Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum Linear

Reka bentuk kurikulum Modular

Organisasi kurikulum Tahap 1 (Tahun 1, 2, dan 3)

Organisasi kurikulum Tahap 1 (Tahun 1, 2, dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema

Mata pelajaran Teras, Wajib dan

Tambahan
Tahap 2 ( Tahun 4 ,5, dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

dan Modul Elektif


Tahap 2 ( Tahun 4 ,5, dan 6) Mata pelajaran Teras dan Elektif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Elemen

Kreativiti

dan

Inovasi,

Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secar eksplisit

Implikasi perubahan sistem KBSR dan KSSR terhadap pendidikan negara


Elemen

Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti. Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) dengan berkesan. Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti. Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan. Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna. Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan. Setiap kemahiran baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan. Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskansekolah bagi menjadikan Pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkandan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Cikgu tidak lagi menilai prestasi seseorang murid menggunakan kaedah peperiksaan dan keputusan peperiksaan yang menentukan tahap perkembangan dan prestasi murid di kelas tetapi lebih mengutama kepada kaedah pentaksiran yang digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistic.

Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dengan cara sebegini, murid tidak lagi berasa pergi ke sekolah semata- mata untuk menjalani peperiksaan dan peperiksaan itu merupakan satu bebanan yang berat bagi mereka. Murid- murid dapat merasai keseronokan belajar di sekolah dan dapat pergi ke sekolah secara rela hati. Di samping itu, aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan

Selain itu, pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekananuntuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI

Mata

pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah, ianya dapat mendidik jiwa muridmurid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai