Anda di halaman 1dari 34

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Terdapat

pelbagai

jenis

model

yang

dapat

diaplikasi

untuk

tujuan

pembangunan instruksi. Secara umumnya model-model tersebut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk pembangunan instruksi di dalam kelas pembelajaran, di dalam pembangunan bahan pengajaran, dan di dalam

pembangunan kurikulum atau kursus pembelajaran. Kertas kerja ini akan membincangkan model pembangunan instruksi untuk pembelajaran di dalam kelas yang lebih dikenali dengan kata ringkas :-

A.S.S.U.R.E. Menganalisa Pelajar (Analysis) Penyataan Objektif (State objective) Pemilihan Cara Instruksi, Media Dan Bahan Pengajaran (Select Method / Media), Penggunaan Media dan Bahan Pengajaran (Utilize), Penyertaan pelajar (Required Participation), Penilaian dan Kajian (Evaluation).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL ASSURE

Menganalisis Pelajar

Sebelum

pengajaran

dilakukan

maklumat-maklumat

berkaitan

pelajar

hendaklah diketahui dan dikumpulkan. Ini termasuklah maklumat umum ciri-ciri pelajar (seperti jantina, umur, dan bangsa), tahap kemahiran mereka (seperti tahap pengetahuan dan penguasaan pelbagai kemahiran) ,dan maklumat-maklumat yang berkaitan gaya pembelajaran mereka. Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkarayang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk Pendidikan Kesihatan ialah jantina, taraf sosio ekonomi dan petempatan / daerah /kawasan. Guru bolehlah menganalisis tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri pelajar lelaki dan perempuan melalui rupa dan pakaian mereka. Seandainya rupa dan pakaian mereka kotor, maka dapat ditafsirkan bahawa tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri juga boleh dilihat melalui taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid. Jika taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid adalah rendah, maka dapat diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri murid-murid adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Seandainya murid tinggal di kawasan pedalaman, dapat diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri mereka adalah rendah. Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Pendidikan Kesihatan boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesisoal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk Pendidikan Kesihatan bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut.Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai keluarga mereka. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 3

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk Pendidikan Kesihatan melalui penggunaan media bercetak seperti poster keluarga bahagiai. Melalui penggunaan poster tersebut, murid-murid akan dapat menanggap, berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat poster tersebut. Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa keluarga bahagia akan menjamin kebahagian di dunia ini. Mereka juga akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain menunjukkan reaksi muka dan emosi yang menyentuh perasaan yang mengakibatkan mereka akan lebih rasa menyayangi keluarga mereka.

Penyataan Objektif

Apabila maklumat berkaitan pelajar dapat diperolehi ini akan memudahkan proses penyataan objektif dalam satu-satu kursus yang akan ditawarkan. Dalam masa yang sama hasil-hasil pembelajaran juga dapat dirangka untuk memastikan para pelajar dapat mencapai tujuan pembelajaran yang digariskan di dalam kurikulum. Secara kasarnya penyataan objektif pembelajaran adalah mengetahui ciri-ciri kumpulan sasaran, mengariskan kemahiran tingkah laku yang perlu dipraktikan, mensasarkan keadaan pembelajaran yang sesuai, dan mengetahui sekadar mana tahap kemahiran yang perlu dikuasai. Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Pendidikan Kesihatan, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh bagi objektif kognitif, murid-murid dapat menyatakan caracara atau langkah-langkah yang betul bagi membahagiakan keluarga masingmasing. Contoh bagi objektif afektif ialah murid-murid dapat menerapkan nilai tanggungjawab dalam keluarga masing-masing bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pemilihan Cara Instruksi, Media Dan Bahan Pengajaran.

Langkah seterusnya ialah dengan memilih cara penyampaian pengajaran atau instruksi yang sesuai agar dapat memenuhi kehendak objektif-objektif yang telah digariskan untuk ciri-ciri pelajar tertentu. Pemilihan media yang sesuai juga amat penting agar ianya selari dengan keperluan objektif dan kehendak pelajar tersebut. Contoh media ialah bahan-bahan seperti gambar, filem, suara, dan bahanbahan yang berasaskan komputer. Manakala bahan pengajaran adalah apa juga bentuk bahan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menguasai objektifobjektif pembelajaran. Sebahagian daripada bahan ini boleh dibeli di pasaran dan disesuaikan dengan kehendak pengajaran. Sebahagian yang lain pula boleh dirangka cipta oleh guru untuk memenuhi kehendak para pelajarnya. Contoh bahan pengajaran ialah tape filem, program komputer, dan kaset ataupun alat pengajaran seperti projektor LCD, alat pemain cereka DVD, komputer, radio, perakam suara, dan peti TV. Bagi tajuk Pendidikan Kesihatan, contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah main peranan.Guru bolehlah memanggil beberapa orang murid ke depan bagi membuat demonstrasi bersalaman dengan ibu bapa dan cara menyayangi dan menghargai ibu bapa kita. Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Pendidikan Kesihatan adalah seperti video mengenai tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga bagi menjaga hubungan yang bahagia tanpa menhadapi masalah. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih memahami dan nampak dengan jelas cara yang betul bgi menjaga hati dan perasaan ibu bapa serta mengetahui lebih jelas cara ingin menjadi murid yang baik.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan Media Dan Bahan Pengajaran

Bahan-bahan yang hendak digunakan hendaklah diuji terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang diharapkan. Dalam masa yang sama ianya dapat membiasakan para guru dalam penggunaan bahan-bahan tersebut dan tidak berasa kekok ketika proses penyampaian bahan dilakukan. Malah ketika bahan yang berbentuk elektronik digunakan, para guru sewajarnya mempunyai pelan pilihan yang boleh dilakukan sewaktu bahan-bahan elektronik tersebut gagal berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian, para guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa bahan-bahan ini sesuai, dapat berfungsi dengan baik dan boleh digunakan ketika proses penyampaian pengajaran dilakukan. Bagi pengajaran tajuk Pendidikan Kesihatan, guru perlulah mengkaji bahan sumber seperti power point berfungsi sebelum digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan hand-out yang mencukupi bagi setiap murid di dalam kelas. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan power point bagi memberi maklumat yang tepat kepada murid mengenai keluarga bahagia. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan persembahan murid semasa menyanyikan lagu kelurga bahagia bersama-sama.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penyertaan Pelajar

Perkara yang perlu diingati oleh para guru ialah pelajar-pelajar akan dapat belajar dengan baik jika mereka terlibat aktif secaral angsung dalam proses pembelajaran. Pelajar yang pasif akan menghadapi kesukaran dalam menguasai pelajaran yang disampaikan. Sebagai tenaga pengajar pelbagai cara boleh dipraktikan untuk memastikan penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran. Ini termasuklah perkara-perkara seperti diskusi, kerja dalam kumpulan, soal jawab, dan aktiviti-aktiviti eksperimen. Malah di dalam pelanpengajaran, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memikirkan cara bagaimana penyertaan pelajar ketika penyampaian dilakukan adalah menyeluruh dan tidak terbatas pada kumpulan pelajar tertentu sahaja. Interaksi dua hala ini adalah penting dan jangan sekali-kali diabaikan dalam rangka untuk mencapai objektif-objektif pembalajaran dengan jayanya. Dalam pengajaran tajuk Pendidikan Kesihatan, penggunaan bahan sumber seperti menyediakan segmen nyanyian lagu kanak-kanak dan main peranan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan perubahan tingkah laku yang diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara dan tanggungjawab bagi setiap ahli keluarga bagi melahirkan dan mebentuk keluarga yang bahagia bagi setiap keluarga murid. Setiap bahan sumber perlualah sesuai mengikut tahap perkembangan murid di dalam kelas. Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Pendidikan Kesihatan adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid nampak dengan jelas sesuatu pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Dalam tajuk Pendidikan Kesihatan, guru boleh menayangkan pelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti keluarga bahagia yang akan membawa kejayaan dalam hidup berdasarkan dengan pelaksanaan tanggungjawab masing-masing di dalam keluarga. Media bercetak seperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi induksi tajuk Pendidikan Kesihatan dengan menayangkan poster berkenaan masalah-masalah yang timbul akibat pengabaian menjadikan keluarga bahagia di dalam rumah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 7

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Pendidikan Kesihatan adalah seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara yang boleh dilakukan bagi membahagiakan ibu bapa kita. Selain itu, boleh diadakan sesi pemerhatian video berkenaan keluarga bahagia serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid-murid berasa bosan.

Penilaian Dan Kajian

Langkah terakhir ini sering kali diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan langkah-langkah yang telah diutarakan di atas dapat diolah oleh semua guru akan tetapi guru yang baik ialah mereka yang dapat menilai semula adakah ianya efektif dan perlu diteruskan ataupun beberapa

penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk persembahan yang akan datang. Ada ketika rancangan pengajaran yang dirangka Nampak begitu sempurna, namun sewaktu persembahan dilakukan beberapa masalah timbul seperti cara instruksi yang tidak sesuai, alat pengajaran gagal berfungsi, dan bahan pengajaran yang tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar. Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatanyang bertajuk Pendidikan Kesihatan, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajran yang telah dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3

Tarikh Masa Tahun Mata Pelajaran Aras Tema Tajuk Objektif

: 17 April 2008 : 10.30 11.30 pagi : 3 Arif : Bahasa Melayu : 1 dan 2 : Melancong Ke Sarawak : Bumi Kenyalang : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : 1 - Membaca dengan lancar dengan sebutan yang betul. 2 - Menyenaraikan isi penting dalam bahan bacaan. 3 Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting. 4 Membina ayat tunggal.

Hasil pembelajaran : Fokus utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa serta sebutan intonasi yang baik dan betul. Aras 2 i Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton. ii Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

10

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul. 8.2 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang tajuk. Aras 1 i Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

KEMAHIRAN BAHASA : mendengar dan bertutur,membaca, dan menulis. SISTEM BAHASA : Tatabahasa : Ayat aktif Ayat pasif Ayat penyata Ayat tanya Ayat tunggal

Kosa kata : menurut kayangan pertanian sumpahan ibu negeri budaya dan adat resam maju
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 11

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN KURIKULUM : Ilmu - Kajian tempatan - Pendidikan moral Nilai murni Menghargai dan kasih sayang

Kemahiran bernilai tambah : (a) Belajar cara belajar - Membaca - Mendengar (b) Kemahiran berfikir - Mengesan lokasi - Menjana idea (c) Konstruktuvisme - Teori kecerdasan pelbagai - Muzik - Interpersonal - Naturalis (d) ICT - Tutorial - Penerokaan

BAHAN BANTU MENGAJAR : Buku teks, petikan, gambar, lembaran kerja, komputer riba dan LCD.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 12

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Induksi set (5 minit) Pengenalan tajuk. Murid mengetahui negeri di dalam Guru menunjukkan gambar peta dan bendera negeri Sarawak. Guru dan murid bersoal jawab tentang negeri Sarawak. Mengaitkan dengan pembelajaran. Guru menerangkan tajuk pengajaran dan pembelajaran ialah Bumi Kenyalang . Gambar peta dan bendera negeri Sarawak di tayangkan. . Langkah 1 (15 minit) Mengetahui asal-usul negeri Sarawak. Guru menunjukkan gambar mengenai negeri Sarawak. Berbincang tentang gambar. Guru bercerita tentang asal-usul negeri Sarawak dipanggil Bumi Kenyalang secara ringkas. Guru bercerita tentang asal-usul negeri Sarawak. Langkah 2 (10 minit) Menyebut membaca baik. dan dengan Menyebut perkataan Bumi Kenyalang dengan betul. Murid membaca teks petikan. Murid pemulihan membaca teks dengan mengikut guru dan murid yang lain. Teks petikan Puteri Santubung Puteri Sejinjang Kasih Sayang Menghargai Teks petikan Bumi kenyalang Buku teks Menggunakan persembahan powerpoint Menggunakan persembahan powerpoint CATATAN

kedudukan Sarawak peta.

Langkah 3 (10 minit) Murid dapat bercerita dan menilai rakan. Nilai dan pengajaran daripada cerita. Guru memperdengarkan cerita Puteri Santubung Puteri Sejinjang. Murid menceritakan semula cerita yang diperdengarkan. Murid menilai rakan bercerita. Guru menyerapakan nilai.

Langkah 4 (15 minit) Membina tunggal. ayat Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Murid pemulihan diberi latihan tandakan jawapan yang betul. Latihan pengayaan permainan bahasa. (Lembaran Kerja)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

13

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penutup Penutup Sosial Murid mendengar lagu dan menyanyi Murid mendengar lagu menerusi video. Murid diberi lirik lagu. Murid menyanyikan lagu Puteri Santubung Puteri Sejinjang Video Lagu Puteri Santubung Puteri Sejinjang

beramai-ramai.

Refleksi : Murid-murid dapat mengikuti hampir kesemua ilmu yang disampaikan. Mereka juga dapat membaca dengan sebutan dan juga intonasi dengan betul, walaupun menghadapi masalah pada mulanya, makna dan perkataan juga dapat difahami hampir kesemuanya. Selain itu, mereka dapat juga bercerita dengan menggunakan sistem bahasa yang agak baik.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

14

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LEMBARAN KERJA

Negeri Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang dan terletak di Malaysia Timur.

Negeri

Sarawak

kaya

dengan

budaya

dan

adat

resamnya. Kita dapat melihat rumah panjang yang didiami oleh orang Iban di sana. Kita juga boleh melawat ke Gua Niah yang begitu popular di kalangan pelancong.

Ibu negeri Sarawak ialah Kuching. Bandar Raya Kuching semakin maju pada masa ini. Jika ke Bandar Raya Kuching, jangan lupa untuk melawat Waterfront iaitu tebingan Sungai Sarawak yang indah. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung, khasnya pada hari cuti dan hujung minggu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

15

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJINJANG


Menurut cerita orang-orang tua, Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang merupakan dua orang puteri yang turun dari kayangan. Puteri Santubung suka menenun kain, manakala Puteri Sejinjang pula menjaga kawasan pertanian. Mereka berjanji tidak akan bergaduh.

Malangnya pada suatu hari, Puteri Santubung berasa amat cemburu akan Puteri Sejinjang yang mencintai Putera Serapi, kekasih Puteri Santubung. Sifat cemburu itu menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan itu berakhir dengan kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi gunung. Sumpahan itu berlaku kerana mereka telah melanggar janji. Orang Sarawak menceritakan kisah kedua-dua orang puteri itu di dalam lagu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

16

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Tajuk : Melancong ke Sarawak Nama : .. Kelas : ... Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

17

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tandakan jawapan yang betul.

1. Negeri Sarawak dikenali sebagai ___________ dan terletak di Malaysia Timur. A. bumi kenyalang B. Sarawak C. Gua Niah D. Waterfront 2. Negeri _________ kaya dengan budaya dan adat resamnya. A. Pahang B. Kelantan C. Terengganu D. Sarawak 3. Kita dapat melihat ____________ yang didiami oleh orang Iban. A. rumah teres B. bangunan C. rumah panjang D. banglo 4. Ibu negeri Sarawak ialah ____________ . A. Gua Niah B. bumi kenyalang C. Kuantan D. Kuching

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

18

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERMAINAN BAHASA S E R A P I E T Q T V G B N U I W A A N G A A B E S D K G I E A G U N U N G Y N B A M R I A C T K G P U H N I A N A A Z C G V R I R L M U I E E L O I H K N H B

KATA KUNCI : 1. Ibu negeri Sarawak. 2. Rumah panjang didiami oleh orang . 3. Kekasih Puteri Santubong ialah Putera . 4. Kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi .

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

19

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LIRIK LAGU PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJINJANG

Ooo Puteri Santubung, Sejinjang sayang, Kesah lama, Jangan mensia sayang, # Puteri Santubung, Puteri Sejinjang, Penjaga gunung, Negeri Sarawak, Manic si ada, Dapat dilawan, Anak dak dewa, Turun kayangan, Ulang # Ooo sentubung puteri, Bertenun kain malam, Ooo sejinjang puteri, Menumbuk padi siang, Satu harinya, Duak kelai, Beranok anok sik, Henti henti, Sorang madah diri, Bagus agi, Sorang sik kalah, Walau sampai kemati, Ulang # Ooo Puteri Santubung, Sejinjang sayang, Udah bermusuh, Berpanjang panjang sayang, Udah lejuknya,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 20

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Duak kelai, Lalu bertukuknya, Duak puteri, Sejinjang mengayun, Aluk ke pipi, Tebik sentubung, Sampai gito ari, Tapi sentubung, Membalas juak, Lalu di tikam, Batang belida, Hingga terkena, Sejinjang kepalak, Lalu bertabur jadi, Pulo kerak, Ulang # Kesah Santubung, Kesah Sejinjang, Asal berkawan, Jadi musuhan, Kinek tok tinggal, Jadi kenangan, Pake ingatan, Sepanjang jeman, Ulang # Puteri Santubung Puteri Sejinjang Puteri Santubung Puteri Sejinjang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

21

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

22

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

23

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

24

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

25

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

26

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

27

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

28

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

29

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN MODEL ASSURE


MODEL A.S.S.U.R.E. Analisa (Analysis) Bilangan pelajar : 20 orang (11 L, 9 P) Tahun : 3 Arif Umur : 9 tahun Kesihatan pelajar : semua sihat

Penyataan Objektif (State objective) : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : 1 - Membaca dengan lancar dengan sebutan yang betul. 2 - Menyenaraikan isi penting dalam bahan bacaan. 3 Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting. 4 Membina ayat tunggal.

Pemilihan Kaedah dan Bahan Media (Select Method / Media), BBM : Buku teks, petikan, gambar, lembaran kerja, kotak beracun, komputer riba dan LCD. KAEDAH PENGAJARAN : Belajar cara belajar, Kemahiran Berfikir, Konstruktivisme, ICT.

Penggunaan (Utilize), Rujuk RPH pada set induksi, langkah 1, dan penutup.

Penyertaan pelajar (Required Participation), Rujuk RPH pada langkah 2, langkah 3, langkah 4, dan penutup.

Penilaian (Evaluation) Rujuk RPH langkah 4 berdasarkan lembaran kerja.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

30

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Haji Abdul Halim bin Konting ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan kepada semua guru pelatih bagi Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). Tugasan ini hendaklah disampaikan dalam bentuk buku skraf. Guru pelatih dikehendaki membuat satu buku skraf dan soft-copy tentang membina Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model ASSURE. Ianya merupakan tugasan secara individu. Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara penghasilan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model ASSURE, iaitu Analisa (Analysis) , penyataan Objektif (State objective), pemilihan Bahan (Select Method / Media), penggunaan (Utilize), penyertaanpelajar (Required Participation), dan penilaian (Evaluation). Tugasan ini juga dikehendaki disediakan dalam bentuk persembahan elektronik iaitu powerpoint. Setelah mendengar dan memahami penerangan serta perbincangan yang diberikan, saya berasa sedikit keliru dan tidak memahaminya. Saya memulakan tugasan ini dengan membuat rujukan awal bagi mencari tajuk yang sesuai bagi membuat tugasan ini. Saya melakukan pembacaan dan pencarian menyeluruh mengenai isu dan perkara yang berkaitan bagi menyiapkan tugasan saya. Setelah sumber yang sesuai kami perolehi, saya mula mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan sebanyak mungkin. Kaedah yang digunakan ialah melalui media elektronik atau internet. Hampir keseluruhan maklumat yang saya guna pakai

adalah diperolehi daripada buku Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu saya juga menggunakan sumber internet bagi memantapkan lagi maklumat yang telah saya perolehi. Pada peringkat seterusnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya mula melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu membuat analisis data terhadap segala maklumat yang saya terima. Saya mengasingkan berdasarkan kepada beberapa kategori yang tertentu iaitu berdasarkan kepada jenis, huraian dan contoh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 31

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN perkataan. Setelah semua maklumat yang telah siap dianalisis, saya mula melakukan penyemakan awal buat kali pertama. Saya telah menyerahkan segala maklumat awal yang perolehi ini bagi disemak oleh pensyarah. Setelah semua maklumat siap sedia, maka saya mula melaksanakan tugasan buku skraf ini. Dalam melaksanakannya terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa saya hadapi. Pertamanya dari segi masa. Saya mempunyai masa yang agak suntuk iaitu selama kira-kira sebulan sahaja bagi menyiapkan segala tugasan ini. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti dan program lain yang dirancang dan perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian saya terpaksa menggunakan masa yang ada bagi dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Masalah yang kedua yang terpaksa saya hadapi ialah kesukaran

perlaksanaan iaitu kesalahan dan kesilapan samada kecil dan besar dalam membuat buku skraf ini. Bermula daripada penghasilan Rancangan Pengajaran Harian sehinggalah kepada pembinaan persembahan elektronik. Walaupun keadaan ini berlaku, namun ia bukanlah sebab bagi saya untuk menyerah kalah dan

berputus asa. Saya tetap berusaha. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini, saya telah melaksanakan jadual perancangan yang teliti dan menggunakan segala sumber yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Setelah semua maklumat dimasukkan dan diedit sepenuhnya, saya melakukan sekali lagi semakan buat kali yang kedua. Ia adalah bertujuan bagi memastikan segala tugasan ini dihantar dan disiapkan tanpa sebarang kesalahan. Saya telah meminta beberapa orang pelajar bagi melakukan penyemakan bagi kali ini. Setelah segala komen dan pandangan yang kami terima, saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas hasil kerja saya. Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama hampir satu bulan ini. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah saya hasilkan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima kasih terhadap apa yang telah diberikan. Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

32

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIBLIOGRAFI

BUKU

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kmarauddin Wan Hassan . 2009 . Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Teknologi Pengajaran . Roziahah Jamaludin . 2003 . Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Pengajaran Bantuan Komputer . Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose Alinda Alias. 1996 . Dewan Bahasa dan Pustaka

LAMAN WEB

www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?.../pendidikan

www.slideshare.net/.../penggunaan-teknologi-dalam-pendidikan-1335310 www.scribd.com/.../Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

33

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105

34

Anda mungkin juga menyukai