Anda di halaman 1dari 8

BAHASA MELAYU TAHUN 4

MEMINDAHKAN MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR

GAMBAR YANG DIBERIKAN DALAM BAHAGIAN A

1.Gambar Bersiri 2.Gambar Tunggal; 3.Gambar Graf; 4.Gambar Grafik / Rajah / Carta; 5.Gambar Carta / Data.
Contoh ContohGambar GambarTunggal Bersiri

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

1.0 Pengenalan Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dan fahami arahannya. - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat. - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit. 1.3 Menulis ayat yang lengkap - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap. - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat. - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

1.4 Menyemak - Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul. - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.

Siapa

Buat apa

Mengapa,bagaimana, dimana,bila?

Membina lima ayat: 1. Ahmad rajin membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan. 3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang. 4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan. 5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.

Anda mungkin juga menyukai