Anda di halaman 1dari 10

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1)

B6D1E1
Nama: Tahun: KAD AKTIVITI Permainan Nenek-nenek Si Bongkok Tiga.

Prosedur : 1. Murid membuat satu bulatan besar. 2. Pilih seorang murid untuk menjadi nenek yang ditutup matanya. 3. Murid lain menyanyikan lagu Nenek-nenek Si Bongkok Tiga sambil bergerak mengikut pusingan. 4. Setelah lagu tamat, murid yang menjadi nenek akan bergerak mencari mangsa. 5. Seterusnya nenek akan meneka siapa mangsa yang ditangkap. 6. Apabila tekaan si nenek tepat, mangsa yang berkenaan akan menjadi nenek.

CONTOH SOALAN LISAN : 1. Bayangkan jika kita tidak mempunyai mata. Apakah yang akan terjadi ? 2. Apakah akibat sekiranya seseorang tidak mempunyai mata ? 3. Apakah yang patut kamu lakukan jika kamu bertemu dengan orang buta ? 4. Seorang tua yang buta hendak melintas jalan. Apakah yang patut kamu lakukan ? 5. Bagaimana kamu menghargai mata kamu ? 6. Selain daripada buta, apakah jenis-jenis kecacatan tubuh badan yang kamu tahu ? 7. Murid-murid juga bercerita di dalam kumpulan tentang pengemis buta.

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1)

B6D1E2
Nama: Tahun: KAD AKTIVITi Sayangi Si Kura-kura .

Prosedur : 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi alat dan radas berikut : a. Seekor kura-kura. b. Sebuah akuarium kecil. c. Segelas air. d. Sehelai daun kubis. e. Sebongkah kayu. 3. Setiap kumpukan diminta menyusun atur segala alat dan radas yang diberikan.

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1)

B6D1E2
Nama: Tahun: KAD AKTIVITi Sayangi Si Kura-kura .

4. Murid menyatakan cara bagaimana memastikan kura-kura terus hidup. 5. Murid-murid juga menulis cerita pendek di dalam komputer tentang haiwan kesayangan saya menggunakan MS Power Point. 6. Murid-murid membuat kad bacaan tentang cara-cara menyayangi haiwan kesayangan dan menceritakan bersama kawan-kawan.

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1) Nama: Tahun: KAD AKTIVITI Pentingnya Tumbuhan.

B6D1E3

Prosedur : 1. Murid ditunjukkan dengan dua contoh gambar :

A B 2. Bincangkan dalam kumpulan pilih gambar A atau B yang sesuai dijadikan tempat tinggal. 3. Berikan alasan di atas kenyataan yang diberi. 4. Murid-murid menyenaraikan 3 kepentingan tumbuhan dalam kehidupan seharian. 5. Murid-murid membuat projek menanam pokok sayuran di taman sains.

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1) Nama: Tahun: KAD AKTIVITI Tikar Terbang.

B6D1E4

Prosedur : 1. Setiap kumpulan diberi sepuluh helai daun kelapa. 2. Dengan bimbingan guru, mereka diminta membuat tikar kelarai mata bilis. 3. Setelah siap, mereka diminta menerangkan kegunaan hasil ciptaan mereka. 4. Murid-murid juga boleh membuat bahan-bahan lain selain daripada daun kelapa seperti daun pandan untuk membuat bunga rampai, bunga mawar untuk membuat kalung dan bunga-bungaan lain untuk membuat Potpuri.

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1)

B6D1E5

Nama: Tahun: LEMBARAN KERJA Jagalah deria kita.Tuliskan cara kamu menjaga dan menghargai organ deria. Organ deria Cara menjaga dan menghargai

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI (TAHUN 1) Nama: .. Tahun :.. LEMBARAN KERJA Arkitek Kreatif.

B6D1E6

Buat aktiviti di bawah mengikut arahan. 1. 2. Lukiskan sebuah rumah yang kamu impikan. Gunakan bentuk-bentuk berikut:

3. 4.

Gunakan perisian grafik atau lakaran. Berikan alasan bagi setiap bentuk yang kamu gunakan. _________________________________________ _________________________________________

5. Pamerkan dan ceritakan hasil kerja kamu.

Anda mungkin juga menyukai