Anda di halaman 1dari 3

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian 1.

Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat 2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat 3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh 4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia 5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan 6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda 7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar 8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa 9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat 10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain 11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat 12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira 13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala 14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar 15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran 16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan 17. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat 18. Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang 19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian 20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan 21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan 22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat 23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan 24. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh 25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar 26. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala. 27. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar 28. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya 29. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati 30. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup 31. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai 32. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita 33. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita 34. Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa 35. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya. 36. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya. 37. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati. 38. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta. 39. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar. 40. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah. 41. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat. 42. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda. 43. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat 44. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati 45. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman 1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan 2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta 3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang 4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal. 5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik. 6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja. 7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara. 8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. 9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak 10.Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita. 11. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung 12. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan 13. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat 14. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat 15. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya. 16. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita. 17. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan 18. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan 19. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana 20. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan 21. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

Bermimpi Akan Haiwan 1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal. 2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah. 3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran. 4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat. 5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri. 6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan 7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. 8. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji. 9. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat. 10. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang 11. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang 12. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu 13. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik 14. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat 15. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia 16. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki 17. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda 18. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita 19. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki 20. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh 21. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku 22. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana 23. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan 24. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri 25. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan 26. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda 27. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki 28. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta 29. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian 30. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit 31. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit 32. Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

Anda mungkin juga menyukai