Anda di halaman 1dari 1

Tahun : 4 Inovatif Masa : 1 jam Tema : 5.

Malaysia Negaraku Tajuk : 5B - Berbangga dengan Identiti Negara - jalur Gemilang Hasil Pembelajaran : Diakhir pelajaran, murid dapat: 1- mengenalpasti identiti negara 2- menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara 3- berbangga dengan identiti negara Aktiviti : 1- Guru meminta murid mencantum puzzle - Jalur Gemilang dan bersoaljawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran. 2- Guru memasang lagu "Jalur Gemilang" dan meminta murid mendengar dengan telili. Guru menerangkan maksud dan lambang yang terdapat pada Jalur Gemilang dan mencungkil pengetahuan sedia ada serta menjana idea melalui jawapan murid 3- Aktiviti murid - Permainan Roda Pusing.Guru menyediakan lambang dan warna pada mounting board yang dipotong bulat. Guru meminta murid memutar serta menjawab berdasarkan gambar tersebut berhenti. 4- Penilaian - Guru memberi lembaran kerja. Guru memerhati dan membantu murid yang lemah menjawab soalan. Guru meminta murid bertukar lembaran kerja dengan kawan. Guru bersoal jawab dengan murid jawapan yang betul dan salah. Penutup : Guru memasang lagu Jalur Gemilang dan meminta murid menyanyi bersama-sama. Guru merumuskan isi pelajaran serta meminta murid mengulangkajinya di rumah. Impak : 30 orang murid menguasai pelajaran dan 5 orang lagi di beri pemulihan semasa aktiviti murid dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai