Anda di halaman 1dari 6

Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.

com

Page 1 of 6

Laman Utama

Tentang

Blog

Blog
Anda berada di: Laman Utama Blog Fadhilat Silaturrahim

Ceramah Terbaru
August 22, 2011 Itikaf 10 Akhir Ramadhan

Fadhilat Silaturrahim
Fri, July 8, 2011 No Comments by Ustaz

August 20, 2011

:
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. (HR Bukari) Pengajaran Hadis :

Lailat Al-Qadar August 19, 2011 Nuzul Al-Quran

Tag kegemaran
ceramah

hadith nasihat
pengalaman

agama

tafsir

http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

2011/08/25

Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

Page 2 of 6

1. Silaturrahim ( ) terdiri dari dua perkataan, iaitu Silat ( ) : Hubungan, dan Rahim ( : ) Kasih sayang atau rahim. Jadi menurut bahasa Siaturrahim bermakna : Hubungan kasih sayang atau hubungan antara keturunan dari rahim yang sama. Silaturrahim terbagi dua : 1. ( : ) Silaturrahim Am, iaitu hubungan baik dan kasih sayang antara sesama muslim tanpa mengira suku bangsa dan warna kulit, sebab orang yang beriman itu adalah bersaudara. Ini sesuai dengan firman Allah di dalam Al-Quran ( : ) Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (Al-Hujurat : 10) ; Ditinjau dari sudut lain, Silaturrahim Am ini juga dapat diartikan kerana semua kita berasal dari rahim yang sama iaitu rahim wanita pertama nenek kita Hawwa ; 2. ( : ) Silaturrahim Khas, iaitu hubungan baik dan kasih sayang antara kaum kerabat kerana berasal dari rahim yamg sama, iaitu rahim nenek kita terdekat, seperti hubungan seseorang dengan adik beradik kandung, saudara mara lainnya seperti pakcik, makcik, sepupu dan lain-lain. 2. Kedua-dua jenis Silaturrahim diatas wajib dijaga dengan baik, terutama Silaturrahim Khas, sebab Rasulullah SAW bersabda : Sedekah kepada orang miskin mendapat pahala sedekah, tetapi sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala, iaitu : pahala sedekah dan pahala silaturrahim. (HR Tarmidzi : Sahih menurut Al-Albaniy). Para ulama membagi Silaturrahim Khas kepada tiga golongan, iaitu : 1. Al-Qaathi ( : ) Orang yang memutuskan Silaturrahim ; Golongan ini

Cari
Search

tempatnya neraka berdasarkan sabda Nabi SAW : Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan Silaturrahim. (HR Bukhari) 2. Al-Mukaafi ( : ) Orang yang seimbang ; Golongan ini hanya akan berbaik-baik selama kerabatnya berbuat baik kepadanya. Dia hanya akan menziarahi kerabatnya selama mereka suka mengunjunginya, atau hanya sekedar balas kunjungan. Namun golongan ini sudah termasuk baik jika dibandingkan Al-Qaati diatas ; 3. Al-Waasil ( : )
http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/ 2011/08/25

Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

Page 3 of 6

Orang yang menghubungkan Silaturrahim ; Golongan inilah yang paling baik. Mereka sentiasa berusaha menghubungkan Silaturrahim dengan kaum kerabatnya, walaupun terhadap kaum kerabat yang ingin memutuskan hubungan Silaturrahim dengannya. 3. Berdasarkan hadis Sahih diatas dapatlah diambil kesimpulan betapa besar fadhilat atau kelebihan bersilaturrahim, iaitu : 1. Panjang Umur ; 2. Murah Rezeki. Setiap manusia yang waras cara berfikirnya, pasti mengimpikan kedua-dua anugerah Allah tersebut. Malah kita saling doa-mendoakan jika bertemu rakan, apalagi bila lama tidak bersua : Mudah-mudahan kamu panjang umur dan murah rezeki ! Ini membuktikan bahawa dua nikmat tersebut menjadi harapan setiap insan yang berfikiran waras. Hanya saja yang pasti, kedua-dua kelebihan tersebut akan diperolehi hanya oleh golongan Al-Waasil. Hal ini diisyaratkan oleh ( : ) Hendaklah dia menghubungkan Silaturrahim. Semoga golongan Al-Mukaafi juga layak mendapat fadhilat tersebut, namun derjat Al-Waasil tahapnya lebih tinggi dan lebih mulia lagi. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam hadis yang lain, sabdanya : Di dalam syurga kelak ada golongan yang setarap dengan para Nabi, padahal mereka bukan dari kalangan Nabi. Tahukah kamu wahai sahabat, siapakah golongan manusia itu ? Setelah para sahabat tidak tahu jawapannya, lalu baginda SAW menjelaskan : Mereka adalah golongan yang suka memberi, walaupun orang lain bakhil kepadanya, mereka adalah golongan yang suka memaafkan, walaupun orang lain suka berbuat zalim terhadapnya, mereka adalah golongan yang suka menghubungi silaturrahim, walaupun orang lain itu ingin memutuskan silaturrahim dengannya. (Maksud Hadis) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan murah rezeki ? Selaku orang yang beriman kita tidak pernah meragukan setiap ucapan Rasulullah SAW adalah benar belaka,
Copyright 2011 drabdullahyasin.com. All rights reserved.

http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

2011/08/25

Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

Page 4 of 6

sebab semua ucapan Nabi SAW adalah wahyu, bukan berdasarkan hawa nafsu. Allah berfirman : Tidaklah baginda bercakap berdasarkan hawa nafsunya, tetapi semua ucapannya adalah wahyu belaka. (Al-Najmi : 3 4). Mungkin juga hikmah atau rahasia disebaliknya Wallahu Alam bahawa orang yang suka bersilaturrahim biasanya orang yang baik relasinya, ramah orangnya dan bermanis muka bila bersua. Dan orang yang ramah dan baik konteknya dengan orang lain biasanya, akan banyak pula peluangnya untuk mendapat sumber rezeki. Dan ini berbeza dengan orang-orang pendiam,tidak ramah dan tidak saling kontek dengan dunia luar. Sebab-sebab seumpama ini disebut dalam Ilmu Aqidah sebagai Sebab Syariy (Sebab yang termaktub di dalam Al-Quran atau Al-Sunnah). 5. Apakah yang dimaksudkan dengan panjang umur ? Bukankah umur sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali ? Ulama Hadis menjawap : Ada dua makna panjang umur disini, iaitu : 1. Hidupmya diberkati Allah ; Maksudnya : Seseorang digolongkan panjang usianya jika hidupnya diberkati oleh Allah SWT seperti istiqamah (berpegang teguh) dalam beragama dan taat kepada Allah dan RasulNya, walaupun dia mati muda. Contoh : Imam Syafii, umur pertamanya hanya 54 tahun (150H-204H) tetapi dalam umur keduanya sudah melebihi 1200 tahun di alam barzakh (204H-1432H) Lihat Nota No. 10 ; 2. Allah akan anugerah dia anak-anak yang soleh dan solehah. Maksudnya : Seseorang tergolong panjang usia jika dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah, walaupun mereka mati muda, sebab Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya anaknya adalah usahanya. (HR Ashab Al-Sunan) Hadis lain : Jika mati anak Adam, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara : 1. Sadakah jariyah ; 2. Ilmu yang bermanfaat ; 3. Anak soleh yang mendoakan (ibu bapanya). (HR Ibnu Majah)

http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

2011/08/25

Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

Page 5 of 6

6. Kalaulah demikian fadhilat Silaturrahim, maka dapatlah diambil kesimpulan betapa besar dosa dan siksaan yang bakal diterima oleh orang suka yang memutuskan Silaturrahim. Kaedah Ushul menyebut ( : ) Sesuatu dapat diketahui melalui lawannya. Bahaya syirik dapat diketahui memalui betapa besarnya fadhilat Tauhid ; Bahaya durhaka kepada ibu bapa boleh diketahui melalui betapa besar ganjaran orang yang berbuat ihsan kepada ibu bapanya ; 3. Bahaya melarang orang yang menyampaikan kebenaran dan memakmurkan masjid dapat diketahui melalui betapa besar ganjaran orang yang suka memakmurkan masjid. Demikianlah, betapa bahaya orang yang memutuskan silaturrahim dapat diketahui dengan mengetahui betapa besarnya ganjaran yang bakal diterima oleh orang yang menghubungkan silaturrahim. Ditinjau dari sudut lain pula, kalaulah secara tersurat (mantuq) demikian fadhilat menghubungkan silaturrahim, maka secara tersirat (mafhum) bahaya memutuskan silaturrahim pula ialah boleh membawa 1. Sempit rezeki, dan 2. Pendek umur, sebagaimana pengertian diatas, yakni : 1. Hidupnya tidak diberkati Allah, walaupun mungkin umurnya mencecah 100 tahun. 2. Allah SWT akan mempersulitnya untuk mendapat dzuriyat keturunan yang soleh dan solehah. Nauudzu Billaahi Min Dzaalik. 7. Oleh itu, jika terjadi persengkitaan antara adik beradik, atau dengan sepupu, pakcik, makcik dan kaum kerabat lainnya atau sesama muslim lainnya, maka usahakanlah segera agar jangan berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda : Tidak halal seorang muslim tidak berteguran dengan saudaranya melebihi tiga hari. Bila mereka bersua, yang satu melencong kesana dan yang satu lagi melencong kesini. Orang yang paling baik antara mereka berdua ialah siapa diantara mereka yang lebih dahulu memberi salam (menyapa) (HR Bukhari dan Muslim). Jangan segansegan untuk menyapa dan memberi salam kepada muslim lain yang ingin bermusuhan dengan kita. Berusahalah untuk sentiasa menjadi muslim yang paling
http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/ 2011/08/25

Fadhilat Silaturrahim | drabdullahyasin.com

Page 6 of 6

baik disisi Allah, walaupun dimata manusia biasa kita dilihat sebagai orang yang hina. Semoga kita semua diberi Allah SWT taufiq-Nya sehingga dipermudahkan untuk melaksanakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Amin Ya Rabbal Aalamiin.
Nota ini disiarkan di Blog dan ditag didalam hadith, nasihat agama. Lihat nota ini sepenuhnya.

http://drabdullahyasin.com/2011/07/08/fadhilat-silaturrahim/

2011/08/25

Anda mungkin juga menyukai